5.2.09

Baris-Baris Kata - 4

Lama menyepi, kemudian,

"Awak, saya belajar berenang sekarang!"
"Ye? Di mana?"
"Di Bangsar. Seronok!"
"Saya pun boleh ajar awak berenang."
"Hehehe.. Ye ke, awak? Ini saya kena bayar RM200 untuk 8 kali kelas."

"Okaylah tu. Awak tak tahu berenang ke?"
"Tak awak... Malu kan?"
"Apa pula nak malu. Okay la belajar berenang. Macamana? Seronok?"
"Ala awak, baru sekali pergi. Tapi seronok. Cuma penatlah awak."
"Memang belajar berenang penat."

"Ye awak, sudahlah tempat saya belajar tu, saya seorang saja orang dewasa. Yang lain semua budak kecil. Life Guard kolam renang tu asyik ketawakan saya!"
"Hehehe. Kalau awak bosan situ, saya boleh ajar awak berenang. Free je!"
"Boleh... Tapi takpelah. Baru sekali saja pergi pun. Nanti okay la kot."

Senyum...

Kami berbual hal-hal seharian sekarang. Menarik.

1 comment:

Anonymous said...

betul ke ek?
ada org cakap 'berenang blh kuruskan badan'.. huhu ~ Fatim

Post a Comment