"Adakan Pilihanraya Balik!"
Kamu fikir kamu boleh sesuka hati jual beli undi rakyat? Tidak kira siapa kamu, kamu memang tiada maruah. Patutnya di tembak dengan senapang gajah (sambil mendepa tangan gaya P.Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok).
Perbuatan melompat parti adalah perbuatan yang amat hina dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan. Ianya tidak lebih menunjukkan pelompat parti itu seorang yang oportunis. Sentiasa cuba mencari jalan untuk kepentingan diri sendiri. Kamu malang sungguh, orang-orang Bota dapat wakil seperti mamat sekor tu.
Peduli apa mana pihak yang akan menang bila buat pilihanraya balik. Janji rakyat ini yang paling berhak memilih wakil mereka. Bukan wakil mereka melompat kesana kemari ikut sedap hati. Ahli politik begini adalah ahli politik bodoh dan kamu yang menyokong mereka juga adalah bodoh dan bebal. Biar, aku kurang ajar. Tapi sedar sikit, jangan asyik tidur dalam tempurung saja.
Nanti kalau diadakan semula pilihanraya negeri Perak dan kalau mana-mana pihak menang, okay, aku terima. Ianya adil begitu. Cuma...
Semasa pilihanraya, aku sarankan adalah menjadi suatu JENAYAH sekiranya menggunakan agensi kerajaan untuk berpolitik. Menjadi suatu JENAYAH juga sekiranya mengumumkan pakej-pakej imbuhan (skim bantuan nelayan, skim bantuan petani, subsidi warga miskin dan lain-lain) kerajaan persekutuan yang wajib diberi bila-bila masa. Itu JENAYAH paling besar. Menggunakan harta negara untuk berpolitik. Juga, jadikan suatu JENAYAH apabila memburukkan orang lain yang bertanding. Semua yang membuatkan suasana pilihanraya jadi tidak adil dan berat sebelah adalah JENAYAH. Guna polis untuk jadi eskot menteri kesana kemari semasa berkempen juga adalah JENAYAH. Takkan polis tak tahu kot?
Semua kesalahan JENAYAH ini wajib kita hukum seberat mungkin. Mereka ini tidak ubah sebagai pengkhianat negara yang melakukan pengkhianatan terhadap Agong, raja-raja dan rakyat. Wajibnya kalau jumpa mereka yang melakukan perkara ini, baling saja kasut kearah mereka. Biar tidak kena sekalipun, kita cuma hendak menyatakan bahawa mereka tidak ubah seperti George Bush yang amat-amat dibenci itu.
Ya, aku marah sangat dengan suasana politik di Malaysia dan di Perak sekarang. Tidak boleh ke berhenti berpolitik sekejap dan tolong selesaikan masalah ekonomi negara ini. Itu lebih penting tau tak. Kalau kamu masih juga hendak berpolitik, kamu sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah penyangak yang sebenar cuba mencuri hasil-hasil milik rakyat. Pangkat kamu dalam politik itu hanya satu, untuk mengumpul kekayaan. Rakyat yang semakin hari semakin kerap kedengaran diberhentikan kerja hanya boleh ternganga memerhatikan telatah ahli politik.
Berhenti berpolitik lah oi! Buat kerja (aku ingat bunting BUAT KERJA! yang terpasang di Palace of Justice tu sudah hampir setahun atau mungkin lebih di situ. Buta ke?). Buat kerja! Selesaikan masalah rakyat. Orang sudah muak berpolitik.
Orang nak duit untuk beli kuntum-kuntum bunga ros yang bakal dihadiahkan kepada kekasih di hari Kekasih nanti... Hehehe. Jimat duit aku, tiada orang yang boleh aku berikan ros.
p/s : aku masih marah dengan ahli politik.
No comments:
Post a Comment