2.2.09

Seharian

Awal pagi sudah ke Hulu Langat. Bagus juga hujung-hujung minggu mencari destinasi yang jarang dilalui. Tiba di resort, bermula program jungle trekking bertujuan untuk melihat laluan yang bakal digunakan oleh peserta kursus. Agak menarik laluan ini berbanding di Cameron Highland. Laluan agak landai tetapi melihat keadaan hujan yang sering tiba setiap hari, aku pasti ianya akan mencabar. Ada pacat. Cuma, masih belum kena. Aku cakap masih belum kerana sejak masuk hutan dari sekolah dulu hingga sekarang, masih belum kena gigitan pacat. Itulah kenyataannya.

Permandangan hutan dan laluan yang bakal ditempuhi adalah cantik dan tenang. Aku rasa lebih 100 keping gambar sempat aku rakam dengan 400D aku. Bahayanya juga, aku redah air dengan kamera tersebut tanpa apa-apa alatan kalis air. Nasib baik semasa kursus nanti aku takkan jaga laluan yang ada air tersebut. Aku tertinggal kabel di pejabat, jadi tidak boleh aku upload gambar-gambar yang sempat aku rakam semasa jungle trekking siang tadi.

Kemudian makan durian. Aku sudah lupa kali terakhir aku menjamah isi durian. Rasanya sudah terlalu lama hingga aku tidak tahu lagi bagaimana nikmat durian. Lalu setelah selesai kerja, kami dihidangkan dengan durian kampung, dari Linggi. Sungguh sedap. Kononnya mahu kawal pemakanan dan makan seulas dua, sekadar merasa. Akhirnya aku makan hampir 10 ulas.

Tiba di rumah, kepenatan dan kepanasan dek bahang durian.

Catatan tipikal penulis blog. Hehe.

No comments:

Post a Comment