4.2.09

Dari Tingkat 13 Hingga Ke Khayalanku.

Malam tadi, dari tingkat 13 pejabat aku perhatikan tapak binaan di sebelah. Masih ada yang bekerja.

Asyik aku memerhatikan kren berputar mengangkat bahan-bahan binaan. Tiba-tiba aku tersedar. Ah, kren itu sebenarnya berayun kesana kemari mengikut arah beban dan 'tangannya'. Sungguh mengerikan keadaannya. Siapa saja yang mengendalikan kren (seingat aku dipanggil Kangaroo Crane) yang bilik pengendalinya kira-kira 30 meter di udara adalah orang yang amat berani dan berhati kering. Aku takkan menjadi seberani dia.

Setiap bulan aku akan rakamkan progress binaan tersebut. Sama seperti yang aku lakukan terhadap Masjid Putrajaya (Masjid Besi) yang hampir siap pembinaannya di Presint 3. Kerana aku teringat suatu ketika dahulu (sekitar tahun 1993) semasa bekerja di menara Arab-Malaysia di Jalan Raja Chulan. Aku begitu asyik memerhatikan progress pembinaan Menara Kuala Lumpur dari tingkat 17 bangunan aku bekerja. Dalam masa dua minggu, tiang menara itu menjadi lebih tinggi daripada tingkat 17  bangunan Arab-Malaysia. Sungguh menakjubkan.

Aku amat berminat dengan senibina. Sejak dari kecil. Mungkin kerana ayah adalah seorang pelukis pelan. Namun aku tidak mewarisi kerja ayah. Satu halnya kerana aku rabun warna menyebabkan agar sukar untuk aku memohon belajar dalam bidang senibina di ITM. Salah satu syarat mereka adalah TIDAK RABUN WARNA. Mungkin atas sebab-sebab keselamatan. Entah. Jadi berkuburlah satu cita-cita aku, pelukis pelan.

Adik aku dua orang mengikut jejak langkah ayah mempelajari selok belok pelukis pelan walau aku fikir mereka tidak akan bekerja sebagai pelukis pelan seperti ayah dulu. Heh. Teringat juga, Ikhwan Johari, suami si Wardina adalah seorang arkitek. Tidak hairan kerana semenjak dari maktab (satu batch semasa di MRSM Balik Pulau) dulu dia memang pandai melukis.

Teringat lagi, Brad Pitt juga adalah peminat senibina. Cuma aku tidak ada kekasih secantik Angelina Jolie. Err... Aku tiada sesiapa pun. Sigh.

No comments:

Post a Comment