3.2.09

Layan Sebaiknya

Bila kita kerja dikelilingi bos-bos, satu perkara yang kita perlu sedar, kita tidak perlu terlalu uptight hingga tidak boleh bernafas. Relaks. Tenangkan fikiran dan kamu akan dengar kadang-kadang mereka penuh dengan lawak jenaka dan pandang-pandangan yang tak masuk akal. Waktu itu, kamu layankan saja suasana. Bos itu manusia, bukan harimau.

Kemudian banyak-banyak bersabar. Paling penting. Kalau kamu di tengah-tengah dengan jari jemari di keyboard mendengar setiap apa yang mereka perkatakan dan apa yang perlu di taip, kamu kena faham ada ego dalam diri mereka. Ikutkan saja walaupun kamu tahu ada jalan yang lebih mudah. Belakang nanti baru kamu perbetulkan. 

Jangan juga pelik kalau tiba-tiba bos kamu bertanyakan mengenai fail atau dokumen lama yang mungkin lebih tiga atau empat bulan dulu disimpan. Bos kamu mungkin tiba-tiba baru teringat dan pada fikirannya perkara itu baru semalam berlaku (maklumlah dengan kesibukkan mereka). Kamu usahakan lah untuk mencarinya sehingga ditemui. Kalau tidak kamu temui, kamu reka sendiri atau kamu pergi mengaku kamu tidak temuinya.

Jangan pelik juga kalau tiba-tiba bos hulurkan ke tangan kamu not RM50 sebanyak dua keping dan disuruhnya kamu membeli makanan dan dijamukan bersama rakan-rakan kamu. Ada kalanya mereka sebaik begitu. Kamu beli saja apa makanan kegemaran bos dan termasuk sebungkus untuk dia kerana sekurang-kurangnya dia dapat makan bersama kamu dan berbual-bual bersama kamu dan rakan-rakan lain.

Begitu, apa susah sangat hendak hadapi bos? Masih lagi kata aku orang bos? Bodoh!

No comments:

Post a Comment