5.2.09

Baris-Baris Kata - 5

Siang tadi di kafe pejabat. Dia datang kerana urusan perniagaan. Sempat mengajak aku minum petang. Aku yang sedang migrain, mengambil kesempatan untuk berehat seketika dan bersama dia duduk di tepi tingkap melihat petang di kafe.

Dia agak kurus sekarang. Mungkin kerana sibuk dengan kerja atau mungkin kerana kepenatan belajar berenang. Siang tadi dia dengan fesyen biasanya; berbaju blouse pinstripe putih dan berseluar slack pinstripe coklat (Mungkin. Ingat, aku rabun warna) dengan rambut di sanggul dengan pengepit. Jarang sekali dia bersanggul. Rambutnya kelihatan cantik bersanggul.

Dan kami berbual hal-hal seharian lagi.

"Saya nak pindah rumah ni awak."
"Pindah kemana pula?"
"Dekat je. Dekat tempat yang sama cuma kali ini saya berpindah ke kondo."
"Mahal sewa nanti kan?"
"A ah awak. RM900. Rumah sekarang RM450 je. Tapi kira okaylah sebab banyak kemudahan dan lebih selesa."

"Awak tak beli rumah ke?"
"Ada, di Rawang. Tapi saya ingat saya nak jual rumah tu."
"Kenapa pula?"
"Jauh sangat la awak. Saya nak cari dekat sikit dengan tempat kerja."
"Kalau area situ, mahal sangat kot. Tak mungkin boleh dapat harga yang murah."
"Memanglah awak. Kalau saya nak beli pun, saya akan beli kondo saja. Senang sikit. Ada security dan kemudahan lain."
"Betul juga. Rumah teres ni leceh sikit nak jaga. Bila awak nak pindah ni?"

"Kalau boleh saya nak pindah hujung minggu ini atau minggu depan. Saya dah tak sabar ni!"
"Tak boleh la saya tolong angkat barang. Banyak tak barang?"
"Eh, tak payah la awak. Banyak barang rumah tu saya nak bagi rumah anak yatim dan kawan-kawan. Rumah baru nanti sudah semi-furnished. Dan saya akan beli sikit-sikit barang baru."
"Senanglah macamtu."

"Awak, tadi Kak Jas perli-perli saya." Ketawa. Aku tersenyum. Aku tahu, tadi semasa menjemput dia di kedai, Kak Jas tidak sudah-sudah mengusik aku dan dia. Begitu juga Ayahnda. Siap menghulur tangan untuk bersalaman dengan aku. Salam ada makna.
"Apa dia kata?"
"Dia cakap, umur macam saya ni patut sudah kahwin."
"Alah, dia mengusik awak je tu."
"Saya tahu. Tapi awak pun faham kan, saya tidak mahu menyusahkan orang. Ada lagi perkara yang perlu saya selesaikan. Saya tak mahu bebankan orang nanti."
"Saya faham. Awak selesaikan perkara awak dulu. Banyak masa lagi."

"Itulah, senang kalau orang faham."
"Awak selesaikan dulu semua tu..." Aku bisik kepadanya.

"Saya perlu balik ke pejabat ni, awak. Nanti kita jumpa lagi ya."
"Okay. Oh ya, kalau mahu belajar berenang nanti, datang lah ke Hulu Langat ye. Ada kolam."
Kami sama-sama ketawa.

"Awak selamat berkursus ye."
"Okay, jangan risau."

No comments:

Post a Comment