Ada kalanya, aku lakukan sesuatu perkara dalam keadaan terpaksa kerana aku bersimpati dan mahu menyenangkan hati orang lain. Realitinya aku adalah seorang introvert yang lebih suka menyendiri dari bersama dengan sesiapa.
Kadang-kadang bila ada orang yang mahu lakukan sesuatu perkara bersama aku, aku jadi panik dan keliru. Aku tidak boleh hendak tentukan apa yang perlu dilakukan. Realitinya, aku amat jarang letakkan matlamat dalam setiap tindakan aku. Aku lebih selesa lakukan sesuatu perkara secara spontan. Tiada perancangan, tiada perjanjian.
Mungkin kerana sudah terlalu biasa bersendirian menyebabkan aku kurang selesa bila ada orang bersama aku. Kalau mereka bertanyakan pasal makanan, aku suruh mereka tentukan. Aku akan ikut.
Sudah tentu aku bukan seorang leader; pemimpin. Aku tidak punyai skil dan kemampuan untuk melakukannya. Aku lebih selesa melakukan sesuatu perkara sendiri. Akibatnya, aku sering dibiarkan atau diabaikan. Hakikatnya aku amat hargai suasana begitu. Lebih sesuai untuk aku.
Jangan pula kamu fikir apa-apa perkara negatif. Ini cuma hendak menerangkan salah satu sifat aku.
2 comments:
assalamualaikum bang idan,..rajin yer abg menulis dlm blog ni. saya penah gak buat blog,,ada ler 2 @ 3 kali post jer. bz + xder idea sama..hehe. myliverpool2u.blogspot.
Idea yang terbaik adalah diri kita sendiri. Blog sebenarnya adalah mengenai diri kita, pertama. Orang lain, kedua.
Post a Comment