Kesalahan ejaan dan bahasa itu janganlah difikirkan. Banyak. Amat banyak. Aku jarang sangat menapis (proof read) apa yang telah aku tulis. My Bad. Aku menulis terus di ruang new posting dan siarkan setelah selesai menulis.
Kalau hendak difikirkan, aku lebih banyak menulis hal-hal peribadi di sini. Apa yang berlaku di sekeliling aku. Aku tidak faham apa yang membuat orang sentiasa kembali membaca. Tidak seperti tiga empat tahun dulu, pengunjung harian di sini mencapai purata 100 orang setiap hari.
Banyakkkkkk....
Empat tahun dulu, untuk dapat 10 orang pengunjung seminggu pun susah. Ikutkan tidak ada apa yang menarik di sini. Hinggalah seorang cikgu yang pernah mengajar aku di Maktab dulu memberitahu kenapa. Cikgu Zul yang datang bertemu aku di pejabat kelmarin adalah antara pengunjung tetap di sini. Mulanya agak malu tapi bila difikirkan balik, ianya suatu penghargaan yang tidak ternilai. An honour.
Ada punca kenapa aku mengasingkan isu sensitif ke blog baru aku. Aku mahu blog ini lebih santai dan sesuai untuk sesiapa saja. Tidak terlalu negatif dan tidak terlalu obses dengan hal-hal orang dewasa semata-mata.
Maka atas sebab itu, sekarang blog ini lebih banyak mengandungi gambar-gambar yang aku rakam dan juga informasi umum yang aku fikir lebih berguna untuk orang ramai. Bukan bermaksud aku mengubah konsep atau melupakan identiti asal. Bukan juga bermaksud aku sudah tidak lagi menjadi aku. Blog ini tetap akan bercerita apa saja. Tetapi tidak lagi isu-isu sensitif. Bahagian itu, aku sorokkan di blog aku yang lain.
Blog ini akan menulis mengenai perkara umum; cerita mengenai bagaimana dan di mana membeli tiket bas secara online, contohnya. Antara search paling popular yang sering mengakibatkan pengunjung tiba ke laman web aku. Atau orang yang mencari maklumat kerja di pejabat kerajaan (biasanya mereka yang akan menghadapi temuduga kerajaan). Mereka ini juga sering tiba di blog ini.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa sudi mengunjungi blog ini. Aku amat menghargainya.
3 comments:
Salam Sharidan,
Macam yang cikgu kata, "You're a good writer!" Kalau tak interesting pengunjung tak akan berulang-ulang datang ke sini. Yes, I'm a regular visitor here. Mengasingkan frossonice dan frossonfire langkah yang baik.
Looking forward to seeing your book published in the near future.
Keep writing! Keep sharing!
Kalau nak tau info terkini ttg apa2, berlambak bahan bacaan lain ada kat luar sana. IT, Gadjet, kereta, sukan, etc mcm2 kategori ada.
Kalau saya, saya nak baca ttg perkara lain. Something real, something sincere which comes from the heart.
Baca blog awak mcm tengok cerita Truman Show agaknya. Viewers keep coming back for more. They try to relate whatever u wrote to themselves. Maybe even make comparison; your life is better or theirs. Your life sucks worse or theirs.
Agaknya.
Cikgu, ramai sudah minta saya menulis novel. Cuma saya tidak tahu dari mana hendak mula. Atau bagaimana.
Tanpa Nama, Truman Show? Now that is really scary. In a good way tho. Ye betul, yang lain-lain tu kita boleh dapat di mana-mana. Cerita orang lain, sekali sekala kita jumpa gem. Sama seperti saya minat baca blog orang lain.
Post a Comment