Aku sudah ada enam orang pengikut setakat ini. Ramai juga. Hehe.
Cuma, aku perlu mohon maaf kepada mereka (kalau mereka ada blog/website) dan kepada sesiapa pun. Aku tidak akan jadi pengikut (follower) mana-mana blog walaupun ada blog yang aku sentiasa kunjungi. Sentiasa di sini membawa maksud aku kunjungi sekurang-kurangnya sekali sehari. Itu pun aku tidak akan jadi pengikut.
Kena ada sebab? Kalau ada pun, aku tidak perlu berikan. Alah, orang lain ada yang macam aku. Jangan risau, kalau aku tidak jadi pengikut kamu pun, aku akan tetap kunjungi blog/website kamu. Lagipun, bagi aku (kejap, kenapa aku letak juga pengikut kalau aku tidak berminat?) aplikasi pengikut ini adalah tidak lebih sebagai menunjuk saja. Cuma satu kelebihan yang aku fikir menarik; kamu lebih senang untuk akses pengikut kamu yang mungkin selama ini kamu tidak tahu ada blog/website. Itu aku fikir, perkara yang menarik.
Kepada pengikut aku, terima kasih kerana sudi menjadi pengikut. Aku tidak tahu apa yang kamu sukakan di blog ini. Aku akan cuba menulis yang terbaik untuk kamu semua.
Semoga damai sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment