Dalam keadaan hati yang tidak tenteram atau bila ingin tahu dalam diri ini sedang membuak-buak, aku buka Google Earth dan merantau dari satu kawasan ke satu kawasan lain di dalam peta. Walau ianya sekadar perisian yang berinteraksi dengan internet secara langsung, aku sering terasa seperti berada di lokasi di dalam peta yang sedang aku lihat.
Namun apa yang menarik adalah bila aku membuka setiap link ke gambar yang terdapat di atas peta. Kamu lihat potret lanskap daerah asing yang kamu tidak pernah fikir ianya wujud. Sungguh indah dan menguja.
Setiap detik itu juga menyebabkan kaki, tangan, badan dan diri ini mahu bangun dari kerusi yang sedang aku duduk lalu pergi ke destinasi baru yang tidak pernah aku tempuhi. Kamu sendiri lihat gambar yang terdapat di dalam blog dan kamu akan faham maksud aku.
Aku sentiasa mahu mencari sesuatu yang baru.
Akibat daripada minat aku terhadap Google Earth juga menyebabkan hati ini sering mendesak agar aku bercuti dan "bersiar-siar" sekitar Malaysia merakamkan potret bisu daerah yang aku lawati.
InsyaAllah aku akan lakukan itu nanti. Azam aku, suatu masa dapat aku rakam setiap pelusuk negara ini dengan lensa kamera dan kongsi bersama kamu semua. Agar kamu tahu betapa indahnya dunia ini dan mempersoalkan kenapa masih ada manusia yang mahu memusnahkannya.
Sekarang peta di Google Earth yang terpasang di iMac ini sedang menunjukkan kawasan Gua Kelam di Perlis.
Kalaulah sekarang aku di sana.
No comments:
Post a Comment