Setelah lebih seminggu menggunakan Windows 7 Beta Build, aku kembali menggunakan Windows Vista. Maklum dengan versi Beta, banyak lagi yang sedang diperbaiki oleh Microsoft, mungkin. Aku selesa menggunakan Windows 7 dan ianya agak pantas berbanding Vista. Namun kerana aku ada masalah dengan sistem bunyi di mana Windows 7 menyatakan bahawa hardware aku menimbulkan konflik dengan OS mereka, aku terpaksa kembali ke Vista.
Secara umumnya, Windows 7 lebih "ringan" dan mudah dijalankan. Apa mengecewakan aku adalah kerana Windows 7 tidak membawa apa-apa perubahan signifikan terhadap OS keluaran Microsoft. Antaramuka lebih kurang sama dan masih kuno seperti Vista dan XP. Tiada yang radikal.
Aku cadangkan kamu tunggu dulu sehingga versi sebenar Windows 7 keluar nanti. Harapnya ketika itu, masalah yang dihadapi terutama support terhadap hardware sedia ada dapat diselesaikan. Aku pasti akan berpindah ke Windows 7 secepat mungkin apabila keluar kelak. Sekarang, aku terpaksa layan Vista yang amat berat ini.
KEDUA
Bila pulang dari bengkel siang tadi, aku begitu keletihan. Namun niat di hati mahu ke The Mines untuk mencari barang. Sebelum itu, aku mahu tidur sekejap. Jadi aku set penggera di telefon untuk menggerakkan aku pada jam 4 petang.
Empat petang penggera berbunyi. Aku dengan malas capai telefon dan padamkan penggera. Aku tidur kembali; hingga jam 7 petang. Benarlah aku amat keletihan akibat dari bengkel yang berlangsung sejak dari khamis lalu hingga tengahari ahad tadi.
Betul amat memenatkan. Hingga tiba satu masa, aku hampir muntah melihat teks di komputer. Aku terpaksa lari keluar dari bilik bengkel untuk merehatkan otak yang terbeban dengan data yang begitu banyak.
Sebelum balik, bos beritahu bahawa ada satu sesi lagi di awal Mei nanti. Tiga hari yang akan lebih memenatkan. Aku sudah minta awal-awal lagi bahawa aku mahu pembantu untuk membantu aku menaip. Aku tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Bos mencadangkan orang yang sama (dua orang yang agak kurang berfungsi) dan aku tolak. Aku mahu orang lain yang lebih komited dan tidak memberi seribu alasan untuk tidak membuat kerja.
Aku pasti, akhirnya nanti aku akan dapat orang yang Bos cadangkan dan aku bakal hadapi nausea melihat teks lagi. Sigh.
KETIGA
Aku terpaksa limitkan akses ke blog satu lagi (frossonfire.blogspot.com) kerana selepas ini, banyak post di situ adalah isu kontroversi. Aku tidak mahu orang gunakan tulisan aku itu untuk menjatuhkan atau menyusahkan aku nanti. Kalau kamu mahu akses ke blog tersebut, pohonlah. Tapi aku tidak janji untuk benarkan sesiapa saja memasukinya.
Namun, aku tidak pasti sama ada kamu boleh guna selain akaun emel Gmail untuk mendapatkan akses. Cuba dulu.
KEEMPAT
Aku sedari sesuatu. Aku sudah berusia 34 tahun dan sudah lebih 10 tahun aku tidak ada awek. Hahaha.
Memang sah tak laku.
No comments:
Post a Comment