Saya suka kamu.
Ayat mudah bukan? Semua orang faham kerana ianya jelas. Tapi dalam bengkel ini, ayat sebegitu tidak jelas langsung maksudnya. Maka, jadilah seperti begini;
Saya bernama Ahmad Sharidan dan bekerja di JPN memberitahu bahawa saya sukakan kamu yang bernama...
Ya, poyo.
As if semua orang di Malaysia ini bodoh sangat. Tapi itulah realitinya dengan banyak pejabat kerajaan. Mentaliti bos mereka ini terlebih hebat kerana mereka fikir, hanya tulisan semacam tesis saja akan difahami.
Itulah yang membuat aku diam terpaku di hadapan iMac selama sejam sambil mendengar mereka berdebat perkataan yang lebih sesuai digunakan. Ini kerja bosan yang aku perlu lakukan di hujung minggu, selama hampir setiap minggu.
Kamu tentu sedang berehat santai di hujung minggu ini, bukan?
3 comments:
Kadang-kadang ayat yang ringkas itu lebih mudah difahami daripada yang panjang dan berjela-jela disulami bunga-bunga bahasa yang membuatkan sesetengah orang boleh hilang maksud dan makna sebenar dalam timbunan kata-kata yang kebanyakkannya sia-sia dan tidak membawa maksud yang sebenar, apatah lagi kata-kata yang sebegini bukanlah mudah untuk difahami oleh makcik dan pakcik yang masih menggunakan perkataan 'waima','hatta', dan 'sementelah itu'...
Bukan kah?
(Komen ini boleh dikembangkan kepada penulisan tesis.Mungkin)
hehehe...
Saya suka ayat panjang berbelit, tapi cuma bila ianya ayat tahun 50an atau prosa klasik. Selain daripada itu, ianya adalah merepek.
Keep it short and simple. (KISS)
Post a Comment