Aku tidak pernah suka filem-filem sebegini. Aku lebih rela menonton Talentime beribu kali daripada menonton filem hantu yang tidak pernah seram. Heck, aku lebih rela menonton Wonderpet sampai muntah darah daripada menonton filem sebegini. Tapi, kenapa aku pergi juga menonton?
Kerana kawan-kawan. Mereka ajak dan aku ikut. Takkan sepanjang masa hendak bersendirian. Sekali sekala dengan mereka, lebih baik. Fikir-fikir balik, entah bila akhir sekali aku pergi menonton wayang dengan rakan pejabat. Rakan lain adalah. Itu pun amat jarang.
Aku balik ke rumah melihat pakaian belum dibasuh menimbun di dalam raga. Ini akibat kursus tempohari. Maka aku basuh malam tadi kesemuanya, dengan mesin basuh. Tiga kali, baru selesai. Oh, aku bukan bodoh. Semuanya aku asing mengikut jenis. Pakaian pejabat, seluar dan t-shirt aku takkan letak dalam mesin pada waktu yang sama.
Aku perlu basuh semalam kerana esok aku akan kembali berkursus hingga hujung minggu. Ini minggu ke tiga berturut-turut aku buat kerja luar. Aku rasa rugi sangat bayar duit sewa rumah setiap bulan. Lebih baik aku tidur dalam khemah saja. Atau sewa kontena dan letakkan tepi pejabat agar senang aku boleh kemana-mana sekelip mata. Atau lebih baik aku beli caravan atau RV (recreational vehicle). Hidup dalam RV. Rumah bergerak. Lebih mudah. Kalaulah tempat aku berdiri ini sekarang sebuah negara bernama USA. RV pasti lebih murah dari bayaran bulanan kereta kancil aku.
Minggu depan aku belum tahu apa perancangan. Mungkin akan terperap di pejabat lagi. Itu kemungkinan besar. Kamu kata rutin? Rutin adalah perkara sama yang kamu lakukan berulang kali setiap masa. Ini bukan rutin. Ini kerja yang memenatkan.
Oh, aku teringat. Kepada Tanpa Nama yang memberi komen seperti tahu keadaan aku dan suruh aku balik juga kampung sedang aku terkial-kial mencari masa untuk melakukannya, kamu tidak tahu. Itu saja. Ya, kamu tidak tahu. Jadi, aku biarkan saja komen sebegitu. Kadang-kadang penat hendak jelaskan. Seperti mereka hanya baca sebaris ayat dan terus komen. Penat aku menulis semua ini, tau tak.
Err... aku sudah buka sebuah blog baru. Cari sendiri.
1 comment:
erk ye ke.sori.ha,ha
Post a Comment