Aku sedang belajar teknik-teknik mudah di Picasa 3. Ini semua berpunca kerana aku belum install Photoshop pada laptop di rumah. Ada masalah dengan pembaca CD di laptop. Aku sengaja pilih gambar Taman Tasik Taiping kerana aku fikir inilah set gambar yang paling cantik aku pernah rakam.
Aku cuma enhance sikit supaya warnanya lebih matang dan hidup. Sekarang barulah aku tahu ramai jurugambar yang konon bagus hanya menggunakan photo editor seperti Picasa untuk touch-up balik hasil kerja mereka.
Kalau yang betul-betul bagus hasil kerja mereka tanpa perlu touch-up, amat jarang ditemui. Susah sangat. kita nak lihat hasil yang betul-betul asli. Itu yang nyata. Aku buat kerana aku belajar. Selepas ini, aku rasa lebih baik aku belajar untuk mengambil gambar yang lebih baik.
Kamu nak download? Silakan.
4 comments:
taman tasik taiping mmg cantik, tapi kalau nak ambil gambar kawen, nak amik kat jam beso kualer. baru mencabar dan unik... wakakaka
Eh? Tengah jam besar? Tak pernah terfikir pulak. Menarik tu. Boleh dicuba nanti ye. Bila?
bila sudah sampai seru ...haha. takpe, jam besar tak lari ke mana
Ya.. ya. Awak je yang lari keliling jam beso tu nanti. hehehe. Harap2 diorg cabut buang kubah atas jam tu. Buruk benor. Asal memang takde pun.
Post a Comment