- Melihat YouTube mengenai Gur Dur (mantan Presiden Indonesia) didoakan dalam satu perhimpunan penganut Kristian di sana, orang kita sibuk kata dia murtad dan lain-lain lagi.
- Melintasi sekumpulan anak muda keturunan India, kita bersangka buruk dengan mereka di dalam benak otak dengan menuduh mereka sebagai pembuat kacau, kaki pukul, orang rendah akhlak dan gangster.
- Melintasi kedai makanan orang Cina, kita menutup hidup dan memandang jelik daging khinzir dan itik panggang yang tergantung dalam peti kaca dihadapan ramai pengunjung kedai makan itu seperti kita menghina makanan mereka.
- Melihat Melayu bekerja di pejabat kerajaan tidak lebih kerana semata-mata keturunan Melayu mereka yang melayakkan mereka bekerja dengan kerajaan tanpa perlu bersusah payah berebut (sedang kadang-kadang untuk 100 jawatan yang ditawar, mereka terpaksa bersaing dengan 40,000 Melayu lain yang turut memohon jawatan yang sama).
- Memandang rendah mentaliti orang dari Sabah dan Sarawak yang kononnya kurang bagus sedang toleransi antara kaum di sana jauh lebih baik berbanding di Semenanjung.
- Di pejabat kerajaan atau majlis-majlis kerajaan, kita desak orang bukan Islam 'menghayati' doa dan adab majlis keagamaan kita sedangkan kita mengaku negara ini sebuah negara demokrasi.
- Kita berkeras mempertahankan hak kaum kita dengan pelbagai hujah dan statistik serta ugutan ke atas kaum lain sedang kita dulu pernah berjanji untuk hidup aman damai bersama tanpa sengketa sesama kita.
Banyak lagi kalau hendak dibuat kajian. Kita sering menyalahkan orang lain kecuali diri kita sendiri. Kita sering nampak kekurangan orang lain dan kita sering jadikan orang lain sebagai punca sesuatu perkara yang negatif.
Sekali sekala, duduk dan fikir; pernah kita senyum kepada orang dari kaum yang lain dengan senyuman ikhlas tanda keakraban persahabatan? Bukan senyum kerana ingin menawar harga beg tiruan lebih murah atau sedang order makanan di kaunter restoran makanan segera.
Sampai bila, apabila kita marah dengan seseorang kita akan berkata,
"Bodoh punya Hindu/India!"
atau
"Bangang punya Apek/Cina!"
atau
"Cilaka punya Melayu!"
Sampai bila?
Bilakah tiba masanya apabila kita marah, kita akan kita akan cakap,
"Kurang ajar/Bodoh/Bangang punya orang Malaysia!"
atau
"You Malaysian Idiot!"
Bila?
Tak payah tanyalah. Kita ini sebenarnya masih lagi bersifat perkauman. Kamu dan aku masih lagi Racist!
Itu hakikatnya dan terimalah.
No comments:
Post a Comment