2.4.10

Episod Hujan

5.30 petang siang tadi, aku sudah bersiap dengan pakaian sukan, sedia untuk mengayuh basikal. Sebelum aku pergi bersalin pakaian, aku melihat cuaca di luar. Agak mendung tetapi aku andaikan ianya tidak akan hujan lagi. Selesai berpakaian sukan, aku siapkan basikal. Mesin odometer dipasang. Rantai kunci basikal dibuka. Botol air mineral diselak di ruang letak botol. Kamera digital, beg duit dan telefon bimbit disimpan dalam beg khas yang akan aku sangkut di belakang pelana. Aku sarungkan Crocs di kaki. Sangkut helmet di handle basikal.

Menjenguk keluar tingkap.

Hujan lebat.

Aku tersenyum, tawar. Ianya sudah diduga. Aku cuma mahu bersedia. Kebelakangan ini kamu boleh ramal dengan hampir tepat bila hujan akan mula membasahi bumi Putrajaya. Kamu juga boleh andaikan bila hujan akan reda; saat kereta kamu keluar dari parkir pada jam 6.45 petang.

C'est la vie.

2 comments:

ilah said...

semangat beno untuk kurus eahh..nk hujan pn kata tak hujan hahaahahaha

wanshah said...

wah, caiyok2..

Post a Comment