Semalam aku terima kad ucapan daripada mantan Big Bos di pejabat. Dia menyatakan penghargaan terhadap usaha aku menghasilkan montaj persaraannya tempohari. Kerja ini asalnya adalah sebuah 'tribute' perbadi aku kepadanya, atas segala tunjuk ajar dan didikan yang dicurahkan sepanjang aku sempat bekerja dibawahnya.
Sebuah penghargaan yang dihargai. Syukur.
29.7.10
Hasil Kerja
Akhirnya, setelah lebih sebulan buat part time di sebuah studio penerbitan video, aku dapat merasa hasilnya. Walaupun tidak sebanyak mana, tetapi ianya sudah cukup menggembirakan hati ini. Barang diingat, ianya bayaran untuk separuh daripada kerja yang siap. Separuh lagi akan dibayar minggu hadapan, inshaAllah.
Hati mana tidak berasa senang dan bersyukur bila apa yang kita suka lakukan, membawa hasil yang berbaloi.Kalau RIZALMAN suka, harapnya orang lain pun suka
Namun hakikatnya, aku masih perlu banyak belajar. Ada waktunya ketika menyiapkan kerja ini, aku terkial-kial mencari dan menyelongkar software yang digunakan, Apple Motion. Memang sah aku perlu dapatkan sebuah MacBook sekurang-kurangnya, demi untuk memahirkan diri dengan kerja ini. Memang mahal tetapi inshaAllah berbaloi dengan hasilnya nanti.
Syukur kepadaNya diatas rezeki yang dilimpahkan.

28.7.10
Family Guy
Sejak aku kembali melanggan Astro di rumah, aku sudah kemaruk dengan siri sitcom kartun Family Guy di Fox (710). Sitcom ala The Simpson yang tidak masuk akal yang penuh dengan sub plot bodoh yang secara literal berdasarkan apa watak utama sedang katakan atau bayangkan.
Letih nak ketawa.
Letih nak ketawa.
27.7.10
Kayuh Basikal Kembali
Lama juga tidak menulis pasal berbasikal. Apa tidaknya, aku hampir dua minggu tidak berbasikal. Minggu sebelumnya kerana ada Pesta Floria di tepi tasik yang mengganggu laluan berbasikal aku. Konon. Padahal, ada jalan lain yang boleh aku guna. Minggu lepas aku sibuk menemani si dia dengan kerjanya dan aktiviti lain (kamu mahu tahu semuanya ke?).
Petang tadi aku berbasikal untuk kali kembali di hari kerja. Malam sebelumnya, aku cuma tidur dua jam. Jadi badan agak lemah untuk mengayuh secara ekstrem. Jadi aku berlagak santai, sekadar 20 - 25 km/j di sepanjang laluan. Aku tidak mendaki bukit kerana aku tahu setelah dua minggu 'berehat', pasti badan akan marah bila aku paksa bekerja keras.
Badan aku juga masih gemuk. Maknanya lebih tiga bulan aku berbasikal, hasilnya secara rupa bentuk fizikal masih belum nampak. Tetapi aku tahu 'fitness level' aku adalah jauh lebih tinggi berbanding tiga bulan lalu.
Cuma kamu tengok perut aku, masih sama. Perlu ada cara lain untuk aku kempiskan kembali. Sit-up mungkin. Tengok betis aku, masih besar. Kemudian si dia berkata dia dengar nafas aku seperti orang tercungap-cungap. Dia fikir aku letih. Tidak sebenarnya. Cuma nafas aku sedikit berat.
Lagi satu, baju yang aku pakai dalam gambar di atas itu, masa beli aku fikir ianya berwarna kuning. Rupa-rupanya hijau. Sabar sajalah. Sudah rabun warna, kena terima keadaan. Hehehe.
Ada orang bertanya sama ada mereka boleh sertai aku berbasikal. Amat dialu-alukan. Kalau cuaca baik, biasanya aku akan bermula pada jam lebih kurang 5.45 petang di tepi tasik berhampiran Masjid Besi dan Tugu Milenium kerana ianya berhampiran dengan pejabat. Setakat yang aku nampak (kalau aku tidak salah teka warna), cuma basikal aku saja yang berwarna kelabu. Orang lain biasanya akan pilih warna putih atau hitam atau warna lain yang lebih cool. Aku tidak. Aku dengan basikal Giant ATX660 berwarna kelabu, helmet IronMag berwarna kelabu, seluar sukan 3/4 dan jersey sukan yang aku sering salah teka warnanya. Oh, kasut Crocs. Tegur aku, inshaAllah aku akan sahut kerana aku sudah tidak menggunakan iPod Shuffle aku ketika berbasikal. Jadi aku boleh dengar suara orang menjerit ke arah aku.
Siapa mahu beli Apple iPod Shuffle 2GB berwarna err.. gold/oren/hijau (tidak pasti mana satu) aku? RM100 saja. Hahaha. Apahal semua benda aku hendak jual? Tengok SINI. Post aku sebelum ini tulis ianya berwarna hijau. Okay, Apple iPod Shuffle 2GB berwarna hijau. Fikir-fikir balik, tak jadi jual. Sayang dan masih boleh guna kemudian nanti.
Esok berbasikal lagi, inshaAllah.

26.7.10
Pan Mee
Selama ini kalau aku ke MidValley, destinasi makan aku cuma di restoran makanan segera. Itu saja yang mudah dimakan dalam kompleks pasaraya yang padat dengan pengunjung.
Namun bila pergi dengan si dia, aku dibawa makan makanan yang aku tidak pernah sangka aku akan makan, apatah lagi memikirkannya. Kalau aku lalu pun depan kedai dalam food court tersebut, pasti aku tidak pandang. Makanan cina dan dalam kepala fikir, tidak mungkin halal.
Si dia yang pernah bekerja di MidValley suatu masa dulu pasti lebih mengetahui. Dia memperkenalkan aku dengan pan mee. Mee keping (seperti kuey teow) berkuah ikan bilis, daging ayam kisar, ikan bilis dan rumpai laut. Pertama kali merasa (kerana aku makan pan mee goreng - konon kerana kurang menyukai mee berkuah), terus teruja. Mungkin kerana kuah ikan bilis yang sangat sedap.
Kalau kamu ke MidValley dan tidak tahu apa yang hendak dimakan, cuba pan mee ini di foot court berhampiran Machines. Jangan risau, ianya halal.

Pan mee |
Pan mee goreng |
Kuey Teow Goreng SS5, Kelana Jaya
Sejak diperkenalkan oleh si dia, aku menjadi kemaruk dengan kuey teow goreng di SS5, Kelana Jaya. Kalau datang bertemunya, pasti salah satu destinasi makan kami adalah di situ. Senang dan dekat.
Rasa cukup okay, bukan sedap macam hari-hari kena makan. Tetapi setiap kali aku di situ, pasti aku akan pesan sehingga dua pinggan; besar dan kecil. Kemudian setelah selesai, aku komplen kepadanya,
"Makin gemuklah abang selepas ni..."
Aku sudah pun lantik dia jadi dietitian aku, mengawal apa yang aku patut makan. Masalahnya pula, dia pun jenis suka jalan-jalan cari makan macam aku juga.
"**** makan, abang tengok sajalah ye"
Ye lah sayang oi...

25.7.10
Bagaimana Membeli Jiwa Pengguna
Tertera di cawan McDonald's penyataan
"We deliver 24 hours, 1300-13-1300, NO MINIMUM ORDER"
Brave statement.
Kalau aku pesan sebungkus kentang goreng bersaiz sederhana pada jam tiga pagi, berbaloi atau tidak mereka hantar?
Okay, lagi satu. Kedai makan melayu yang bersepah di sana sini. Apa kelemahannya? Pelayan. Susah sangat nak duduk dekat dengan pelanggan. Kalau boleh mereka hendak menyorok jauh supaya tidak dipanggil setiap masa.
Tengok pula restoran mamak. Belum sempat duduk sudah ditanya apa yang hendak dimakan. Kemudian tengok pula kedai makan cina yang halal (aku tahu orang kita sensitif sangat). Pesan makanan selepas beberapa orang lain pesan, tidak sampai 10 minit makanan kita sampai. Mereka tidak akan berlengah buat kerja.
Bukan hendak kutuk bangsa sendiri tetapi kadang-kadang aku rasa kita ini terlalu malas. Aku pun begitu sebenarnya. Kena berani berubah!

24.7.10
Pasal Tiket Bas Online, Lagi
Setiap tahun bila hampir tiba musim raya, blog ini akan dipenuhi dengan pengunjung yang mencari maklumat mengenai laman web untuk membeli tiket bas secara online. Bila sampai kemuncaknya, sehari boleh mencecah ratusan pengunjung yang tiba.
Pernah terlintas niat untuk membuat blog atau laman web yang menyenaraikan pengangkutan awam di Malaysia termasuk link ke syarikat yang menjual tiket secara online. Aku masih belum jumpa blog atau laman web sebegitu. Wouldn't it be great?
Dulu aku selalu mengunjungi laman web Mara Liner yang menyediakan pembelian tiket bas secara online kerana si Aliah selalu balik kampung dengan bas tersebut. Mudah dan cepat. Malah ada diskaun.
Tadi aku tengok statistik di Nuffnang (sebenarnya aku ada web stat lain yang turut aku guna di frossonice.com tetapi biarlah rahsia), aku dapati setakat minggu ini, sudah 57 carian tiket bas online hinggap ke blog aku. Tunggu beberapa minggu lagi. Pasti ianya akan mencecah ratusan, setiap hari!
Sebenarnya aku sudah berkali-kali menulis mengenai ini. Kamu tahu kenapa? Aku sengaja buat untuk menaikkan trafik aku. Hehehe.
Okay, kalau kamu hinggap sini dan masih juga mahu tahu mengenai laman web pembelian tiket bas secara online, tengok sini:

Air Pancut MidValley
Sekali sekala bila ke MidValley terutama waktu malam, aku akan singgah di taman air pancut kecil di tengah-tengah antara MidValley Megamall dengan The Gardens. Duduk sambil memerhatikan air pancut bergerak 'seirama' dengan cahaya pelbagai warna. Kadang-kadang aku boleh leka di situ.
Walaupun kecil, tetapi cukup selesa dan santai untuk duduk dan menenangkan fikiran setelah mengharungi ribuan orang yang berkunjung di situ.

Malam Di Taman Tasik Titiwangsa
Sudah lama aku tidak membuat fotografi malam. Biasanya aku akan guna Canon EOS 400D aku kerana lebih baik kualitinya dan lebih hebat hasilnya. Memandangkan kamera tersebut sudah sedikit rosak dan juga pada malam semalam hanya kamera digital Sony CyberShot DCR-W350 saja yang berada di tangan, tiada pilihan selain cuba menggunakan kamera tersebut dan melihat hasilnya nanti.
Seperti yang dijangka, hasilnya kurang memuaskan. Begitu banyak noise yang terkandung dalam setiap gambar yang dirakam. Aku tidak menggunakan flash kerana mahu merakam suasna sebenar sekitar Taman Tasik Titiwangsa malam semalam.
Tanpa tripod, ianya lebih menyukarkan keadaan. Aku terpaksa menggunakan apa saja yang ada di sekeliling sebagai 'tripod sementara'.
Satu perkara yang aku sedari, di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, begitu ramai orang duduk berehat di sepanjang tasik. Cuma keadaan agak gelap kerana lampu yang ada tidak berfungsi. Suasana sedikit dicerahi dengan lampu jalan tidak jauh dari taman. Cahaya dari tepi jalan yang menimbulkan bayang-bayang di dalam taman begitu menarik untuk dirakam.
Tunggu kalau aku ada kamera DSLR baru nanti (inshaAllah), aku akan datang lagi pada waktu malam untuk merakam suasana di situ.
Berbeza dengan sekitar tasik di Putrajaya, Taman Tasik Titiwangsa kelihatan tidak terlalu 'detach' dengan manusia. Aku berasa selesa dengan si dia tanpa rasa risau dengan apa-apa yang akan berlaku. Aku tidak fikir Taman di Putrajaya lebih selamat walaupun ada pengawal keselamatan yang menjaganya.
Bukan apa, orang kata kalau berpasang-pasangan datang ke tepi taman tasik waktu malam itu, biasanya untuk bermadu kasih. Tetapi aku dan si dia meluangkan masa berfotografi dan makan buah manggis sambil melihat keindahan limpahan lampu bangunan tinggi di Kuala Lumpur pada waktu malam. Ramai yang datang dan di sekeliling kita boleh lihat orang berbasikal, berjogging, keluarga duduk berkelah dan pasangan bersiar-siar. Ada yang sedang bercumbu, itu pasti. Lihat pada niat diri ketika di situ.
Lebih baik kalau sekitar tasik dicerahkan sedikit dengan cahaya lampu. Kalau ada tiang lampu tetapi tidak berfungsi, membazir namanya. Kalau cerah, kurang sedikit aktviti 'bermadu kasih'. Ada segan, kalau mereka masih rasa segan.

Kuala Lumpur, Waktu Malam
Berbekalkan kamera digital Sony CyberShot DCR-W350, aku rakamkan suasana Kuala Lumpur pada waktu malam dari Tasik Titiwangsa lewat malam semalam. Aku bukan skodeng orang.
Tetapi suasana malam Kuala Lumpur dari situ sungguh menawan.

21.7.10
Sedikit Bersabar
Dia tahu rasa hati ini bagaimana dan dia menyedarinya. Dia juga begitu terhadap aku.
Cuma aku perlu belajar supaya sedikit bersabar dengan keadaan.
Aku akan cuba untuk menjadi yang lebih baik.

20.7.10
Seketika II
Beberapa bulan lepas, aku ditugas untuk menyiapkan montaj perpisahan seorang mantan bos. Ianya akan ditayangkan sewaktu salah seorang pegawai (yang juga merupakan bekas artis sebuah kumpulan pop suatu masa dulu) mendendangkan lagu SM Salim. Aku agak kurang bersetuju dengan pemilihan lagu kerana ianya kurang sesuai dengan mood dan tempo majlis. Tetapi aku tetap buat montaj tersebut yang perlu aku siapkan dalam masa beberapa hari.
Tiba hari reheasal, aku diberitahu bahawa pegawai tersebut tidak jadi menyanyikan lagu sewaktu majlis atas sebab-sebab teknikal. Ada logiknya. Sistem pembesar suara di dewan pejabat lebih dikhususkan untuk ucapan, bukan untuk nyanyian. Mungkin itu akan menimbulkan kesukaran kepada dia nanti. Akhirnya hanya montaj yang diselingkan dengan lagu instrumental ditayangkan.
Berbalik kepada pegawai (seperti aku kata, bekas penyanyi sebuah kumpulan muzik pop suatu masa dulu), aku sedikit hairan kerana dia ditempatkan di pejabat ini. Sedangkan kelayakan ijazahnya dia lebih kepada seni persembahan. Patutnya dia ditempatkan di kementerian atau jabatan yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja seni. Barulah mutu dan hasil kerjanya jadi lebih efektif. Berbaloi juga dengan apa yang dia belajar di universiti dulu.
Seperti biasa, bekerja di jabatan seperti ini, kami sering dikunjungi artis terkenal. Jadi, jarang seorang artis yang bekerja di sini menjadi tumpuan peminat (di kalangan pekerja di sini) yang obses terhadapnya. Dia dibiarkan hidup dan bekerja seperti orang lain.
Mungkin kalau mantan bos besar dulu masih memimpin jabatan ini, dia (si penyanyi) bakal ditempatkan di tempat yang lebih sesuai untuknya dan dipertanggungjawabkan dengan tugas yang lebih sesuai dengan kemahirannya. Mantan bos besar dulu adalah seorang yang menghargai seni, jadi tidak mustahil bakal seni pegawai ini akan digunakan dengan cara yang terbaik di pejabat ini.
Cuma buat masa ini, aku agak bersimpati dengannya yang terperosok di bahagian yang tidak ada kena mengena dengan kebolehan dia. Tetapi, sekurang-kurangnya dia sentiasa komited dengan kerja dan itu kita perlu respek. :-)
Biar apa jua keadaan yang kita lalui, kita perlu bijak menyesuaikan diri kita. Jangan kita sentiasa menolak segala yang kita tidak suka semata-mata hanya kerana kita tidak suka atau benci. Sebaliknya, gunakan ruang yang ada untuk belajar mengenai kehidupan sekeliling kita dan memahaminya.
Berani hadapi cabaran yang ada. InshaAllah.

Seketika
Kalau tengok dari jumlah posting bulan ini, agak mustahil untuk cecah 40 post di penghujung bulan nanti. Kalau hendak dikata sibuk, tidak juga. Seperti yang aku beritahu pada si dia, aku sedang buntu idea. Lagi satu, aku lebih senang bersamanya daripada menulis di sini sepanjang masa. Mungkin itu tandanya dulu aku tidak ada aktiviti menarik untuk dilakukan, menyebabkan aku menghabiskan masa menulis di sini. Hehehe.
Satu kerja besar di pejabat sudah aku siapkan. Sekarang ada dua lagi kerja yang perlu aku siapkan menjelang penghujung Julai. Satu wajib aku siapkan sebelum habis Julai dan satu lagi aku sasarkan menjelang pertengahan Ogos. Kerja kedua tersebut adalah menyiapkan buletin JPN. Sudah lama aku tidak hasilkan buletin untuk pejabat. Kali terakhir mungkin di penghujung tahun 2008. Sekarang kerja itu kembali kepada aku kerana salah seorang rakan pejabat sudah bertukar kerja.
Dalam masa setahun lebih tersebut, aku mengumpul banyak idea yang boleh aku guna kalau aku dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan buletin semula. Harap hasilnya menarik seperti yang aku rancang. Setakat ini respon dari mock-up yang aku hasilkan adalah baik.
Kalau kita buat benda yang kita suka, hati jadi senang dan gembira. Tidak perlu rasa tertekan dengan kerja. Juga, tidak perlu peduli apa orang lain kata (perkara yang buruk) mengenai kerja kita. Mereka bukan berada di tempat kita, jadi mereka boleh buat andaian apa saja. Cuma kita yang tahu keadaan sebenar bagaimana. Maka, kalau ada orang mengata perkara yang negatif mengenai kita, biarkan saja. Tidak ada untung membentak dan marah. Lebih baik, kita buktikan hasil kerja kita.
Paling bagus bila hasil kerja kita dihargai orang lain. Mantan bos tempohari sangat gembira dengan video clip yang aku hasilkan sempena hari persaraannya. Tidak perlu kita kata itu hasil terbaik kita. Cukup kita kata kita buat yang terbaik sebagai penghargaan untuk beliau.
Kalau hendak jadi yang terbaik, kita perlu buat yang terbaik.

19.7.10
Taman Cahaya
Malam hari lahirnya, kami ke I-City di Shah Alam, melihat keindahan kerdipan pohon-pohon bercahaya LED. Tiada kata hendak diungkapkan bila melihat keindahannya. Biar gambar menjadi saksi walaupun ianya dirakam cuma menggunakan kamera digital biasa. Kalau dengan DSLR, pasti hasilnya lebih menarik.
Seharian ke sana sini, sungguh memenatkan. Namun semua itu terubat bila tahu di hati sentiasa damai dan bahagia ditemani insan yang menghargainya.

Tasik Biru
Lewat petang, sementara menunggu waktu yang sesuai untuk ke Laman Kasih, aku bersamanya meneruskan perjalanan melihat sekitar kawasan berhampiran. Tiba di satu tasik yang cukup indah pemandangannya. Selama ini aku hanya berkesempatan melihatnya dari lebuhraya ketika perjalanan balik ke kampung halaman.
Inilah Tasik Biru yang terletak di Kuang, Selangor. Airnya jernih. Malah di suatu sudut, kelihatan kanak-kanak sedang mandi manda. Di satu sudut lain, terdapat gerai makanan di gigi air tasik.
Tiba kami di lewat senja, maka suasananya agak gelap. Berbekalkan kamera digital biasa, aku cuba merakam suasana Tasik Biru.
Pasti selepas ini aku akan datang lagi dengan kamera yang lebih berkuasa dan harapnya dalam keadaan cuaca yang baik; langit biru dan awan memutih.

Laman Kasih
Sempena hari lahirnya, aku membawa si dia ke Laman Kasih di Kuang untuk makan bersama. Puas aku fikirkan tempat yang sesuai untuk melakukannya. Kemudian aku teringatkan mengenai tempat ini atas saranan seorang sahabat tidak lama dulu. Bila aku buka ruang Facebook Laman Kasih, aku dapati malam semalam adalah malam terakhir dibuka sebelum ditutup untuk 'ubahsuai' sehingga Ogos nanti.
Suasananya sangat damai. Lampu menghiasi sekeliling kawasan, cukup sekadar memberi mood yang santai. Aku memesan Laksa Kedah, juadah paling kami minati. Rasanya sudah cukup baik walaupun dari deria lidah kami berdua, ianya tidak sehebat laksa yang pernah kami makan. Harganya RM9.90 agak tinggi daripada biasa tetapi berpatutan dengan suasananya. Dia memesan Nasi Lemak Sambal Sotong. Sedikit manis untuk seleranya.
Tidak ramai yang datang malam tadi. Sehingga kami tiba, baru ada dua kumpulan lain. Laman Kasih sangat sesuai untuk pasangan yang mahu lari dari kesibukan kota tetapi tidak perlu jauh dari kota. Harga makanan sedikit tinggi tetapi cukup berpatutan dengan suasana yang kamu mahukan.
Koordinat GPS ke lokasi Laman Kasih: N 03 13.808 E 101 32.963

14.7.10
Floria 2010 In A Haste
Ramai sangat orang hujung minggu tempohari. Tidak selesa untuk berfotografi. Jadi aku rakamkan sesedap rasa sekadar perlu. Banyak gambar di sini sudah "heavily edited". Jangan percaya dengan kualitinya.
9.7.10
Pesta Flora - Almost Ready
Persiapan Pesta Flora Putrajaya 2010 pula sudah masuk fasa terakhir siang 8hb Julai semalam. Aku sempat menjenguk persiapa yang sedang mereka lakukan. Bagus juga berbasikal. Sekurang-kurangnya jaga dan event manager tidak boleh halau aku sesuka hati mereka.
Pesta Flora akan bermula pada hari sabtu nanti dan pastinya ribuan orang akan datang berkunjung untuk melihat seni hiasan bunga dan taman yang sungguh menarik. Aku sempat melihat tapak pameran di bahagian luar berhampiran dengan monumen alaf baru saja dan ianya sungguh menarik. Ratusan pekerja sedang bertungkus lumus menyiapkan hiasan taman bunga mereka. Aku paling tertarik dengan seni taman Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (Jabatan Lanskap) datang dengan idea yang hebat.
Maaf kalau gambar kurang memuaskan. Aku cuma boleh merakam suasana dengan telefon bimbit sekadar 3.2MP. Kamera digital aku dipinjam oleh orang.
Pasti kamu juga tidak sabar untuk mengunjungi Pesta Flora sepanjang minggu hadapan. Aku mahu membawa si dia bersama nanti.

Minggu Pelayaran Putrajaya 2010
Putrajaya di penghujung minggu ini akan diisi dengan dua acara. Salah satu daripadanya adalah Minggu Pelayaran Putrajaya 2010 yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Julai di kompleks sukan air Putrajaya, di Presint 6.
Aku tidak tahu apakah aktiviti menarik yang akan dijalankan nanti. Tapi pastinya ada aktiviti air seperti kapal layar, perahu naga dan juga water ski. Aku nampak Alex Yoong sibuk berlatih tempohari.
Jadi, kalau kamu bosan mengunjungi Pesta Flora di Presint 2, pergilah ke Minggu Pelayaran Putrajaya. Cuma peliknya, 9hb Julai sudah bermula program tetapi petang 8hb Julai aku nampak masih tidak ada apa-apa persiapan besar. Tidak mengapa, pergi tinjau sendiri nanti.

8.7.10
7.7.10
Ceritera
Sebuah restoran akan dibuka berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya pada 10 Julai nanti. Restoran yang diberi Ceritera ini nampaknya berkonsep kontemporari. Aku tidak tahu apa menu hidangan mereka.
Kamu boleh kunjungi laman Facebook Ceritera dan lihat sendiri. Ada persembahan oleh Jamal Abdillah. Pasti menarik.

Painted Sky
Semalam langit dilakar indah dengan lukisan alam. Maha suci Allah yang menciptakan segala keindah di alam ini.
Damai hati bila dapat menikmatinya.