Aku masih perlu menggunakan sebuah Apple iMac, sama seperti yang sedang aku guna di pejabat. Jadi agak mudah untuk aku membiasakan diri. Cuma, iMac di pejabat bersaiz 20" (skrin) dan di studio pula bersaiz 24". Terasa lebih besar tetapi amat sesuai dengan software yang perlu digunakan.
Aku menggunakan Apple Final Cut Studio sebagai software utama untuk editing. Realitinya, software ini aku tidak pernah guna dan aku masih belajar. Setakat ini aku rasakan inilah antara software yang sangat mudah untuk dipelajari dan digunakan.
Final Cut Pro HD 7 digunakan untuk membuat video editing. Boleh sakit kepala juga bila aku diberi video 'raw' berpuluh minit untuk dicantum menjadi montaj tiga empat minit. Tetapi ianya amat menarik untuk dipelajari. Kalau Lords Of The Rings boleh disunting menggunakan software, apa lagi yang kamu mahukan?
Terbaru malam tadi aku belajar Motion 4, satu daripada koleksi software editing dalam Apple Final Cut Studio. Ianya boleh dikatakan hampir sama dengan Adobe Flash tetapi jauh lebih cool. Kemudian tuan punya studio beritahu,
"Software ini biasa digunakan untuk membuat montaj pengenalan siri-siri televisyen..."
Aku tersenyum. Aku akan mahirkan diri dengan kedua-dua software ini. Potensinya sangat meluas. Aku juga membuat kesimpulan bahawa, untuk memahirkan diri, aku perlu ada akses kepada software ini setiap masa. Memandangkan Apple Final Cut dibina khas untuk komputer jenama Apple, aku merancang untuk membeli ini;
Macbook Pro 15". :D InshaAllah dalam masa terdekat.
1 comment:
rajin n ada inisiatif untuk berjaya untuk diri sendiri..good luck
Post a Comment