Tertera di cawan McDonald's penyataan
"We deliver 24 hours, 1300-13-1300, NO MINIMUM ORDER"
Brave statement.
Kalau aku pesan sebungkus kentang goreng bersaiz sederhana pada jam tiga pagi, berbaloi atau tidak mereka hantar?
Okay, lagi satu. Kedai makan melayu yang bersepah di sana sini. Apa kelemahannya? Pelayan. Susah sangat nak duduk dekat dengan pelanggan. Kalau boleh mereka hendak menyorok jauh supaya tidak dipanggil setiap masa.
Tengok pula restoran mamak. Belum sempat duduk sudah ditanya apa yang hendak dimakan. Kemudian tengok pula kedai makan cina yang halal (aku tahu orang kita sensitif sangat). Pesan makanan selepas beberapa orang lain pesan, tidak sampai 10 minit makanan kita sampai. Mereka tidak akan berlengah buat kerja.
Bukan hendak kutuk bangsa sendiri tetapi kadang-kadang aku rasa kita ini terlalu malas. Aku pun begitu sebenarnya. Kena berani berubah!
No comments:
Post a Comment