Sudah lama aku tidak membuat fotografi malam. Biasanya aku akan guna Canon EOS 400D aku kerana lebih baik kualitinya dan lebih hebat hasilnya. Memandangkan kamera tersebut sudah sedikit rosak dan juga pada malam semalam hanya kamera digital Sony CyberShot DCR-W350 saja yang berada di tangan, tiada pilihan selain cuba menggunakan kamera tersebut dan melihat hasilnya nanti.
Seperti yang dijangka, hasilnya kurang memuaskan. Begitu banyak noise yang terkandung dalam setiap gambar yang dirakam. Aku tidak menggunakan flash kerana mahu merakam suasna sebenar sekitar Taman Tasik Titiwangsa malam semalam.
Tanpa tripod, ianya lebih menyukarkan keadaan. Aku terpaksa menggunakan apa saja yang ada di sekeliling sebagai 'tripod sementara'.
Satu perkara yang aku sedari, di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, begitu ramai orang duduk berehat di sepanjang tasik. Cuma keadaan agak gelap kerana lampu yang ada tidak berfungsi. Suasana sedikit dicerahi dengan lampu jalan tidak jauh dari taman. Cahaya dari tepi jalan yang menimbulkan bayang-bayang di dalam taman begitu menarik untuk dirakam.
Tunggu kalau aku ada kamera DSLR baru nanti (inshaAllah), aku akan datang lagi pada waktu malam untuk merakam suasana di situ.
Berbeza dengan sekitar tasik di Putrajaya, Taman Tasik Titiwangsa kelihatan tidak terlalu 'detach' dengan manusia. Aku berasa selesa dengan si dia tanpa rasa risau dengan apa-apa yang akan berlaku. Aku tidak fikir Taman di Putrajaya lebih selamat walaupun ada pengawal keselamatan yang menjaganya.
Bukan apa, orang kata kalau berpasang-pasangan datang ke tepi taman tasik waktu malam itu, biasanya untuk bermadu kasih. Tetapi aku dan si dia meluangkan masa berfotografi dan makan buah manggis sambil melihat keindahan limpahan lampu bangunan tinggi di Kuala Lumpur pada waktu malam. Ramai yang datang dan di sekeliling kita boleh lihat orang berbasikal, berjogging, keluarga duduk berkelah dan pasangan bersiar-siar. Ada yang sedang bercumbu, itu pasti. Lihat pada niat diri ketika di situ.
Lebih baik kalau sekitar tasik dicerahkan sedikit dengan cahaya lampu. Kalau ada tiang lampu tetapi tidak berfungsi, membazir namanya. Kalau cerah, kurang sedikit aktviti 'bermadu kasih'. Ada segan, kalau mereka masih rasa segan.
No comments:
Post a Comment