Putrajaya di penghujung minggu ini akan diisi dengan dua acara. Salah satu daripadanya adalah Minggu Pelayaran Putrajaya 2010 yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Julai di kompleks sukan air Putrajaya, di Presint 6.
Aku tidak tahu apakah aktiviti menarik yang akan dijalankan nanti. Tapi pastinya ada aktiviti air seperti kapal layar, perahu naga dan juga water ski. Aku nampak Alex Yoong sibuk berlatih tempohari.
Jadi, kalau kamu bosan mengunjungi Pesta Flora di Presint 2, pergilah ke Minggu Pelayaran Putrajaya. Cuma peliknya, 9hb Julai sudah bermula program tetapi petang 8hb Julai aku nampak masih tidak ada apa-apa persiapan besar. Tidak mengapa, pergi tinjau sendiri nanti.
No comments:
Post a Comment