24.7.10

Air Pancut MidValley

Sekali sekala bila ke MidValley terutama waktu malam, aku akan singgah di taman air pancut kecil di tengah-tengah antara MidValley Megamall dengan The Gardens. Duduk sambil memerhatikan air pancut bergerak 'seirama' dengan cahaya pelbagai warna. Kadang-kadang aku boleh leka di situ.

Walaupun kecil, tetapi cukup selesa dan santai untuk duduk dan menenangkan fikiran setelah mengharungi ribuan orang yang berkunjung di situ.



No comments:

Post a Comment