Sempena hari lahirnya, aku membawa si dia ke Laman Kasih di Kuang untuk makan bersama. Puas aku fikirkan tempat yang sesuai untuk melakukannya. Kemudian aku teringatkan mengenai tempat ini atas saranan seorang sahabat tidak lama dulu. Bila aku buka ruang Facebook Laman Kasih, aku dapati malam semalam adalah malam terakhir dibuka sebelum ditutup untuk 'ubahsuai' sehingga Ogos nanti.
Suasananya sangat damai. Lampu menghiasi sekeliling kawasan, cukup sekadar memberi mood yang santai. Aku memesan Laksa Kedah, juadah paling kami minati. Rasanya sudah cukup baik walaupun dari deria lidah kami berdua, ianya tidak sehebat laksa yang pernah kami makan. Harganya RM9.90 agak tinggi daripada biasa tetapi berpatutan dengan suasananya. Dia memesan Nasi Lemak Sambal Sotong. Sedikit manis untuk seleranya.
Tidak ramai yang datang malam tadi. Sehingga kami tiba, baru ada dua kumpulan lain. Laman Kasih sangat sesuai untuk pasangan yang mahu lari dari kesibukan kota tetapi tidak perlu jauh dari kota. Harga makanan sedikit tinggi tetapi cukup berpatutan dengan suasana yang kamu mahukan.
Koordinat GPS ke lokasi Laman Kasih: N 03 13.808 E 101 32.963
No comments:
Post a Comment