9.7.10

Pesta Flora - Almost Ready

Persiapan Pesta Flora Putrajaya 2010 pula sudah masuk fasa terakhir siang 8hb Julai semalam. Aku sempat menjenguk persiapa yang sedang mereka lakukan. Bagus juga berbasikal. Sekurang-kurangnya jaga dan event manager tidak boleh halau aku sesuka hati mereka.

Pesta Flora akan bermula pada hari sabtu nanti dan pastinya ribuan orang akan datang berkunjung untuk melihat seni hiasan bunga dan taman yang sungguh menarik. Aku sempat melihat tapak pameran di bahagian luar berhampiran dengan monumen alaf baru saja dan ianya sungguh menarik. Ratusan pekerja sedang bertungkus lumus menyiapkan hiasan taman bunga mereka. Aku paling tertarik dengan seni taman Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (Jabatan Lanskap) datang dengan idea yang hebat.




Maaf kalau gambar kurang memuaskan. Aku cuma boleh merakam suasana dengan telefon bimbit sekadar 3.2MP. Kamera digital aku dipinjam oleh orang.

Pasti kamu juga tidak sabar untuk mengunjungi Pesta Flora sepanjang minggu hadapan. Aku mahu membawa si dia bersama nanti.

1 comment:

en_me said...

sonoknyer nak tengok munger.. ehehe

Post a Comment