20.7.10

Seketika II

Beberapa bulan lepas, aku ditugas untuk menyiapkan montaj perpisahan seorang mantan bos. Ianya akan ditayangkan sewaktu salah seorang pegawai (yang juga merupakan bekas artis sebuah kumpulan pop suatu masa dulu) mendendangkan lagu SM Salim. Aku agak kurang bersetuju dengan pemilihan lagu kerana ianya kurang sesuai dengan mood dan tempo majlis. Tetapi aku tetap buat montaj tersebut yang perlu aku siapkan dalam masa beberapa hari.

Tiba hari reheasal, aku diberitahu bahawa pegawai tersebut tidak jadi menyanyikan lagu sewaktu majlis atas sebab-sebab teknikal. Ada logiknya. Sistem pembesar suara di dewan pejabat lebih dikhususkan untuk ucapan, bukan untuk nyanyian. Mungkin itu akan menimbulkan kesukaran kepada dia nanti. Akhirnya hanya montaj yang diselingkan dengan lagu instrumental ditayangkan.

Berbalik kepada pegawai (seperti aku kata, bekas penyanyi sebuah kumpulan muzik pop suatu masa dulu), aku sedikit hairan kerana dia ditempatkan di pejabat ini. Sedangkan kelayakan ijazahnya dia lebih kepada seni persembahan. Patutnya dia ditempatkan di kementerian atau jabatan yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja seni. Barulah mutu dan hasil kerjanya jadi lebih efektif. Berbaloi juga dengan apa yang dia belajar di universiti dulu.

Seperti biasa, bekerja di jabatan seperti ini, kami sering dikunjungi artis terkenal. Jadi, jarang seorang artis yang bekerja di sini menjadi tumpuan peminat (di kalangan pekerja di sini) yang obses terhadapnya. Dia dibiarkan hidup dan bekerja seperti orang lain.

Mungkin kalau mantan bos besar dulu masih memimpin jabatan ini, dia (si penyanyi) bakal ditempatkan di tempat yang lebih sesuai untuknya dan dipertanggungjawabkan dengan tugas yang lebih sesuai dengan kemahirannya. Mantan bos besar dulu adalah seorang yang menghargai seni, jadi tidak mustahil bakal seni pegawai ini akan digunakan dengan cara yang terbaik di pejabat ini.

Cuma buat masa ini, aku agak bersimpati dengannya yang terperosok di bahagian yang tidak ada kena mengena dengan kebolehan dia. Tetapi, sekurang-kurangnya dia sentiasa komited dengan kerja dan itu kita perlu respek. :-)

Biar apa jua keadaan yang kita lalui, kita perlu bijak menyesuaikan diri kita. Jangan kita sentiasa menolak segala yang kita tidak suka semata-mata hanya kerana kita tidak suka atau benci. Sebaliknya, gunakan ruang yang ada untuk belajar mengenai kehidupan sekeliling kita dan memahaminya.

Berani hadapi cabaran yang ada. InshaAllah.

2 comments:

drill_red said...

erk!! sapa tu?? apasai den tak tahu?? hemmm..

Ahmad Sharidan said...

Eh, tak tahu? Bekas ahli kumpulan UNIC rasanya. Di BSK tu.

Post a Comment