Setiap tahun bila hampir tiba musim raya, blog ini akan dipenuhi dengan pengunjung yang mencari maklumat mengenai laman web untuk membeli tiket bas secara online. Bila sampai kemuncaknya, sehari boleh mencecah ratusan pengunjung yang tiba.
Pernah terlintas niat untuk membuat blog atau laman web yang menyenaraikan pengangkutan awam di Malaysia termasuk link ke syarikat yang menjual tiket secara online. Aku masih belum jumpa blog atau laman web sebegitu. Wouldn't it be great?
Dulu aku selalu mengunjungi laman web Mara Liner yang menyediakan pembelian tiket bas secara online kerana si Aliah selalu balik kampung dengan bas tersebut. Mudah dan cepat. Malah ada diskaun.
Tadi aku tengok statistik di Nuffnang (sebenarnya aku ada web stat lain yang turut aku guna di frossonice.com tetapi biarlah rahsia), aku dapati setakat minggu ini, sudah 57 carian tiket bas online hinggap ke blog aku. Tunggu beberapa minggu lagi. Pasti ianya akan mencecah ratusan, setiap hari!
Sebenarnya aku sudah berkali-kali menulis mengenai ini. Kamu tahu kenapa? Aku sengaja buat untuk menaikkan trafik aku. Hehehe.
Okay, kalau kamu hinggap sini dan masih juga mahu tahu mengenai laman web pembelian tiket bas secara online, tengok sini:
No comments:
Post a Comment