12.2.09

Koleksi Samsung SGH-L700 - Set 2

Aku sedang berkira-kira hendak membeli sebuah kamera digital baru. Bukan digital SLR kerana aku sudah ada satu seperti di bawah, Canon EOS 400D


Aku mahu dapatkan kamera digital biasa yang boleh aku ambil gambar secara spontan tanpa perlu memikirkan setting sebelum shot boleh diambil. Nanti aku akan survey. Buat masa ini, banyak gambar spontan aku cuma rakamkan melalui telefon bimbit Samsung yang berkamera 2MP. Tidak banyak gambar menarik yang terhasil melaluinya. Cuma ada beberapa yang aku fikir agak baik untuk sebuah kamera bodoh di belakang telefon.


Senja adalah paling menarik. kerana senja mempunyai warna-warna yang aku tidak kenali tetapi sangat indah. Senja juga adalah waktu santai aku mengambil gambar kerana waktu itu juga adalah waktu pulang aku dari kerja.


Ini yang aku maksudkan, aku tidak perlu bersusah payah menentukan setting sebelum mengambil gambar. Dari atas dashboard kereta pun aku boleh gambar secara automatik.


Agak kecewa juga kerana kamera telefon Samsung ini cuma amat baik ketika matahari tegak di atas kepala. Maksudnya cukup cahaya matahari yang memancar, seperti gambar atas.

Ada waktunya, bila aku pergi ke sesuatu tempat komersial, kedai makan contohnya, ada potret-potret yang menarik untuk di rakamkan dengan kamera.


Noodle Station yang menjadi kedai mee favorite aku.


Dan juga kedai donut kegemaran aku. Dunkin Donut? Apa tu?


Senja lagi...


Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Padahal ada je kamera SLR aku di tangan, tetapi masih guna kamera telefon Samsung.


Potret langit adalah shot kegemaran aku. Awan-awan yang berarak sentiasa menghidupkan suasana. Sentiasa istimewa, sentiasa unik.


Langit siang dan senja yang menjelang adalah rakaman kehidupan yang paling tenang bagi aku.


Semua ini dirakamkan dengan kamera belakang telefon Samsung. Jadi aku perlu dapatkan sebuah kamera digital biasa yang murah dan berkualiti. Aku tidak perlu pixel tinggi. Aku cuma mahu guna untuk shot-shot spontan, itu saja.

Mahu belanja aku? Hari lahir aku 10 hari saja lagi. Hehehe...

1 comment:

Ain said...

Boleh la cuba IXUS 80 IS. 8MP,ada image stabilizer,face detection...Kualiti ok, nak guna pun senang.Paling best kalau nak ambil gambar spontan,masa untuk kamera ni di'on'kan dan ready untuk snap sangat cepat.

Harga dipasaran RM750-RM799. Ada juga yang jual RM850. Suami saya belikan last month harganya RM720. Kedainya di Cineleisure Damansara Lot G8-G13 :)

Post a Comment