4.2.09

Mencari Motif

Entah kenapa, aku tidak pernah minat punk. Pelik juga. Sedang aku dengar hampir semua lagu termasuk muzik pelik orang asli di Afrika. Malah zaman dulu-dulu (semasa kamu ramai yang masih memakai lampin), segala genre muzik keras aku dengar hingga suatu hari pernah ditegur oleh cikgu Bahrin (grrr...) apa motif kami dengar lagu tersebut. Termasuk soalan bodoh beliau,

"Kamu dengar lagu-lagu ini, kamu faham ke lirik dia?"

Dan seterusnya dia tanyakan (kami yang beberapa orang itu) apa maksud obituary, kerana kami sedang mendengar lagu dari band Obituary. Cikgu Bahrin ni mengajar English (aku lupa sebenarnya). Apa dia ingat orang ni bodoh sangat ke?

Okay, aku dah melalut. Ya, aku tidak pernah minat dengan lagu-lagu punk. Mungkin kerana aku suka harmoni dalam lagu. Sebab itu aku boleh terima lagu King Diamond (black metal kan?) tetapi tidak boleh terima lagu punk. Sebab itu aku selesa dengan Iron Maiden, Helloween, Metallica, Sepultura, Kreator dan banyak lagi band-band keras tetapi aku tidak dengar lagu punk kecuali Ramones. Masalahnya Ramones tu punk ke? Entah.

Ya, ya... Aku tahu. Aku oldschool. Dengar lagu-lagu lama. Jangan tidak tahu, dalam playlist MP3 player kereta aku ada 18 buah lagu R.Azmi. R.Azmi! Betapa punya oldschool. Malah aku hafal beberapa lagu The Beatles seperti Norwegian Wood dan Eleanor Rigby. Gila tau tak.

Motif. Tidak ada motif. Cuma aku agak keliru kenapa aku dulu tidak pernah minat dengan punk. 

*Cengkerik berbunyi... (tiru IRA)

Ohh... Ya tak ya. Memang lagu-lagu punk tidak pernah popular di maktab dulu. Thrash dan Heavy Metal yang lebih kami dengar. Patutlah...

p/s: Aku sibuk menikmati irama Beethoven - The Ninth Symphony. Classic!

1 comment:

IRA said...

dengar bunyi cengkerik pun best juga.hehehe

Post a Comment