Ada orang yang tidak pernah bayar cukai seumur hidup, atau baru tamat bersekolah dan belum bekerja, kemudian bising bila kerajaan atau kakitangan kerajaan berbelanja terhadap sesuatu. Membazir wang rakyat, wang pembayar cukai. Sebenarnya aku agak tidak faham, hendak buat apa dengan duit tersebut kalau tidak dibelanjakan? Barulah ada aliran. Kalau simpan semuanya, apa jadi nanti? Secara ekonominya, ia tidak begitu baik. Lagipun, kalau hendak marahkan kakitangan awam yang dikata membazir wang rakyat, jangan marah orang di kaunter. Mereka bekerja dengan gaji kerani yang rendah berbanding bos mereka yang pagi petang menghayun kayu golf di kelab golf seluruh Malaysia.
Hendak kata bos-bos ini business man, tidak juga. Mereka sekadar penjawat awam. Cadangan aku, pantau kegiatan bos-bos agensi kerajaan yang bermain golf. Ya, aku tahu itu sukan. Tapi tidak sesuai rasanya mereka bermain golf kerana ianya adalah permainan yang sering dikaitkan dengan golongan kaya dan ahli perniagaan. Ianya tidak melambangkan ciri-ciri penjawat awam. Fikir, kenapa mereka ada masa untuk bermain golf sepanjang masa sedang orang bawahan mereka terpaksa bekerja siang malam dan hujung minggu kemudian menjadi sasaran kutukan, kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan?
Kebanyakkan bos-bos ini, tidak tahu apa-apa langsung mengenai perkhidmatan kaunter. Malah ramai antara bos-bos ini, tidak tahu apa langsung dengan kerja yang mereka lakukan. Bayangkan ada antara mereka yang setahun dua bekerja dalam sebuah agensi kemudian bertukar ke agensi lain. Apa guna setahun dua di sesuatu tempat? Bukan boleh buat apa-apa pun. Perdana Menteri pun dapat 5 tahun peluang. Setahun dua, rasanya macam tak masuk akal.
Dan, seriusnya, mereka tidak peduli berapa orang bawahan mereka perolehi sebulan (gaji) kerana gaji mereka, elaun mereka dan segala macam kemudahan yang mereka nikmati, tidak memerlukan mereka peduli nasib dan keadaan orang lain. Kemudian mereka keluarkan segala larangan menghalang orang bawahan mereka mencari duit lebih di luar waktu kerja atas alasan penjawat awam (dibuatnya peraturan meliputi keseluruan anggota) akan terganggu tumpuan kerja. Bullshit. Kamu tidak tahu susahnya hidup kerani penjawat awam.
Kawan aku di rumah malam tadi (dia baru sembuh dari serangan denggi) berkata dia mahu mencari kerja lain tetapi risaukan keadaan ekonomi sekarang serta terasa rugi kerana syarikatnya sekarang memberi bonus kepada dia sebanyak RM24,000 untuk tahun lepas. RM24,000! Kamu cuma boleh bermimpi untuk dapat sebegitu banyak kalau bekerja di pejabat kerajaan. RM24,000 bagi ramai kerani di pejabat kerajaan adalah setahun setengah atau lebih gaji bulanan mereka.
RM24,000! Isk...
Bila di tanya, ramai kakitangan awam kata kerja dengan kerajaan ini terjamin masa depan dan banyak kemudahan yang dapat. Seolah-olah bonus ribuan ringgit bila bekerja dengan agensi swasta itu tidak mempunyai apa-apa signifikan dalam diri mereka. Aku tahu tidak semua agensi swasta yang begitu pemurah. Kamu tidak perlu salahkan "ketidaksedaran dan ketidakprihatinan aku". Ramai kakitangan kerajaan yang cemburu melihat 'kemewahan' kakitangan agensi swasta.
Ya betul, kerja kerajaan banyak kemudahan. Senang dapat pinjaman. Perubatan percuma dan lain-lain lagi. Kita perlu sedar ramai kakitangan kerajaan sebenarnya mempunyai hutang keliling pinggang yang banyak dan menyusahkan. Ada antara mereka yang membawa pulang beberapa ratus dan rm2000 - rm3000 gaji mereka. Selebihnya dipotong akibat pembelian itu ini.
Sebenarnya aku tidak perlu menulis panjang mengenai hal ini. Bagaimana diceritakan sekalipun, kalau orang masih memilih untuk melihat sesuatu perkara itu merah, ianya tetap merah. Kalau mahu melihat biru, ianya tetap biru. Manusia ramai yang malas berfikir dan lebih suka membuat andaian.
Masih keliru kenapa kakitangan di kaunter marah-marah dan tidak mesra? Fikir lebih lama lagi.
Biar aku siapkan kerja aku.
2 comments:
yang swasta cemburukan yang gomen. yg gomen cemburukan yang swasta.
sebenarnya swasta atau gomen ada kelebihan masing2. kena pilih ikut cara hidup yang kita pilih.
apa pun, dua2 pun tensen.
hehe.. tol tol..
hmm dah jumpa ke blom??? hahahha...
Post a Comment