Namun, entah mana hilang bijaksana tersebut.
Tidak mengapalah. Mungkin sekarang mereka sudah sedar bahawa rakyat tidak semuanya akan sembah. Kalau tidak, takkan ada peribahasa
"Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja Disanggah."
Tidak juga aku bersetuju kalau ada mana-mana pihak hendak menyaman Sultan Perak. Itu tindakan bodoh.
Cuma, mungkin rakyat boleh lahirkan rasa kecewa di hadapan Sultan dengan cara lain. Baring di atas jalanraya di hadapan kereta yang membawa kerabat raja contohnya. Itu tindakan berani yang aku fikir akan menyebabkan raja tersentak dan sedar. Biadap dan kurang ajar itu sudah tentu. Tetapi sejak bila perbuatan membantah dan memprotes itu tindakan yang tidak kurang ajar?
Alasan paling kukuh Sultan boleh berikan adalah kerana mahu menjimatkan kos yang rakyat perlu tanggung sekiranya pilihanraya perlu diadakan semula. Aku tidak nampak logiknya. Itu duit rakyat sendiri. Biar mereka tentukan. Kalau mereka mahu habiskan duit untuk mengadakan pilihanraya hari-hari pun, biarkan. Kerana selagi rakyat bergaduh dan tidak bersatu padu, begitulah seterusnya akan terjadi.
Jangan fikir rakyat akan sepenuhnya buta-buta akan sokong institusi raja lagi selepas ini. Seperti banyak yang berlaku di seluruh dunia; apabila rakyat dizalimi oleh raja, tangan rakyat yang banyak itu boleh menarik raja jatuh dari takhtanya. Lihat Nepal, itu contoh paling dekat dan terbaru.
Aku cuma berharap Sultan dapat berdiri lebih tinggi (sesuai dengan tarafnya) dan bertindak lebih bijaksana sesuai dengan tarafnya sebegai pemimpin sejati yang rakyat sanjung sejak dulu. Tidak ada yang lebih baik daripada membahagiakan sejuta rakyat berbanding membahagiakan 4 orang pelompat parti politik dan oportunis politik lain.
Sudahlah. Selepas ini kalau kenderaan Sultan lalu melintas aku yang berdiri di tepi jalan, aku akan berpaling kebelakang dan menunduk bisu. Itu protes aku.
Maaf juga orang-orang PR, ini bukan blog penyokong kamu. Ini blog penyokong demokrasi.
2 comments:
orang yang suka, rasa keputusan sultan tepat... orang yang tak suka rasa keputusan sultan tak adil...
Sebenarnya ramai rakyat Perak bersorak gembira terutama yang realitinya bekerja dekat dengan barisan pemimpin Pakatan Rakyat ini @ staff kerajaan... Mereka lebih tahu siapa MB sebenar dan suara & kuasa siapa yang lebih besar...
Pilihanraya sebenarnya menakutkan kerana jika DAP terus menang dengan bilangan yang besar lagi sukar untuk Negeri Perak. Budget kritikal dan ketamakan kuasa semakin bermula.... memang benar cina berhak mendapat haknya tetapi Melayu tidak dapat apa2 dlm tempoh 10 bulan ni berbanding cina...
Ini hanya pandangan orang yang tinggal dan kerja di kerajaan Negeri Perak...
Bukan sebab sokong BN atau anti Pakatan Rakyat... Jika PAS sahaja boleh tahan lagi tapi ini bila cina lebih menguasai, SUSAH... jom kerja dengan EXCO2 CINA ni... baru tahu who is the real MB...
Pilihanraya sangat adil... tapi lebih adil jika ia bersih... yang mana satu pilihan bijak? untuk keadilan bagi 40%-60% ke? biarlah adil kepada majoriti sebab ia lebih selamat untuk rakyat...
Sorry... ini cuma pandangan aku...
Itulah susahnya. Kerana kita masih menebal semangat bangsa dalam diri (walau ramai antara kita mengatakan tidak) dan tidak boleh menerima penguasaan orang lain terhadap diri kita.
Pertama, bangsa adalah retorik semata-mata. Kalau kita sentiasa melaungkan kepada agama lain bahawa Nabi Muhammad sendiri dilantik menjadi Rasul kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, hairan juga kenapa kita masih keras menidakkan hak bangsa lain untuk berkuasa. Tidakkah agama sendiri mengajar kita mengenai toleransi?
Memang benar kes di Perak di mana bukan Menteri Besar Dato' Nizar yang berkuasa, sebaliknya golongan DAP yang mempunyai pengaruh kuat. Harus kita ingat juga, majoriti rakyat yang memilih mereka.
Bila kita nampak salah dan silap mereka, di kemudian hari nanti, kita perbetulkan pilihan kita. Namun kalau dengan menggunakan cara yang tidak elok, kita juga tidak lebih seperti mereka. Malah lebih buruk lagi keadaannya hingga menjadikan sebilangan rakyat merusuh.
Lebih adil pilihan dibuat oleh rakyat sendiri. Kerana kalau benar rakyat ini mendukung demokrasi, maka perlulah juga keadilan pemerintahan berdasarkan prinsip demokrasi (yang kita prescribe semenjak merdeka). Namun kalau kita masih rasa ianya akan mengganggu gugat hak orang Melayu, adalah lebih baik kita prasyaratkan saja bahawa hanya orang melayu saja boleh memerintah secara total di Perak kerana mahu menjaga hak orang Melayu.
Kemudian kita boleh fikirkan kenapa bangsa lain bencikan kita.
Cukup untuk saya berpolitik. Selepas ini tiada lagi. Terima Kasih.
Post a Comment