16.4.09

Kawan Menangis

Beberapa hari lalu.

Hampir lewat malam, aku terima panggilan sedih dari seorang sahabat. Sedang berputus asa kerana manusia lain yang tidak jujur dan ikhlas. Lalu aku pergi mencari dia di suatu sudut di dataran Putrajaya.

Aku hanya ada beberapa ketika untuk mendengar luahan hatinya dan memujuk dia. Atau sekurang-kurangnya mendamaikan hatinya buat sekejap waktu. Dalam detik selepas hujan kami duduk di hamparan batu basah. Dia minta izin untuk mendengar sebuah lagu.

Sepi.

Kesedihan selepas itu. Aku tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Kata-kata aku selepas itu seperti aku cedok bulat-bulat dari kata-kata orang lain. Bila kali terakhir aku memujuk hati orang yang sedang bersedih? Sudah aku lupa. Mungkin lebih 13 tahun dulu dikerusi Kompleks PKNS Shah Alam.

Kemudian dia menceritakan perkara yang telah berlaku.

Kamu mahu menjadi marah, geram dan dalam masa yang sama turut bersimpati dengan dia. Aku bukanlah orang yang terbaik untuk keadaan begitu. Kadang-kadang aku terfikir; kenapa manusia selalu kejam?

Hampir lewat malam, tiupan wisel berbunyi, menandakan waktu santai di dataran Putrajaya sudah tamat. Kami pulang mengikut hala tuju masing-masing.

Sekurang-kurangya aku tahu dia sedikit rasa gembira.

Hidup ini sememangnya indah.

2 comments:

MissY said...

Life is beautiful if you want it to be beautiful. Tenks a lot!

frossonice said...

Betul. Dan awak sebenarnya hidup dalam dunia yang amat indah. Ingat bulan di langit kelam yang saya tunjuk. Indah, bukan?

Post a Comment