Aku ada alahan dan ianya perkara yang sangat baru berlaku. Selama ini kalau ada, tidak sebegitu teruk seperti sekarang.
Alahan terhadap apa, aku masih belum tahu. Aku suspek terhadap makanan laut. Anehnya, selama ini aku makan makanan laut, langsung tidak menjadi masalah. Semalam alahan tersebut tidak berlaku kerana seharian aku tidak makan makanan laut. Tetapi siang tadi dengan sengaja aku makan tomyam campur (ada sotong dan udang) untuk mencari bukti. Sekarang, badan aku di bahagian leher dan lengan serta mungkin juga peha sedang membengkak dengan bengkak-bengkak kecil seperti digigit nyamuk. Kemudian ia akan menjadi kemerahan dan terasa gatal.
Jadi, sah aku alah terhadap makanan laut? Mana mungkin. Selama 30 tahun lebih aku makan, tidak jadi begini. Seingat aku dulu, alahan begini pernah terjadi jika aku mandi air di hulu sungai...
Sekejap. Aku baru teringat. Baru-baru ini (hujung minggu sebelum ini) aku mandi di Sungai Congkak. Aku masih ingat, selalunya kalau mandi di sungai sebegini, badan aku akan mengalami keadaan serupa, gatal-gatal. Tetapi tidaklah seteruk apa yang aku alami sekarang.
Sekarang sudah lebih seminggu tetapi alahan masih berlaku. Aku perlu bergantung kepada ubat doktor untuk mencegah gatal dan bengkak. Aneh.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
2 comments:
Itu makna nye ia suruh kawin cepat aahhhaaahaahaa... ;p
itu resedung namanya
Post a Comment