Kalau tengok dari jumlah posting bulan ini, agak mustahil untuk cecah 40 post di penghujung bulan nanti. Kalau hendak dikata sibuk, tidak juga. Seperti yang aku beritahu pada si dia, aku sedang buntu idea. Lagi satu, aku lebih senang bersamanya daripada menulis di sini sepanjang masa. Mungkin itu tandanya dulu aku tidak ada aktiviti menarik untuk dilakukan, menyebabkan aku menghabiskan masa menulis di sini. Hehehe.
Satu kerja besar di pejabat sudah aku siapkan. Sekarang ada dua lagi kerja yang perlu aku siapkan menjelang penghujung Julai. Satu wajib aku siapkan sebelum habis Julai dan satu lagi aku sasarkan menjelang pertengahan Ogos. Kerja kedua tersebut adalah menyiapkan buletin JPN. Sudah lama aku tidak hasilkan buletin untuk pejabat. Kali terakhir mungkin di penghujung tahun 2008. Sekarang kerja itu kembali kepada aku kerana salah seorang rakan pejabat sudah bertukar kerja.
Dalam masa setahun lebih tersebut, aku mengumpul banyak idea yang boleh aku guna kalau aku dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan buletin semula. Harap hasilnya menarik seperti yang aku rancang. Setakat ini respon dari mock-up yang aku hasilkan adalah baik.
Kalau kita buat benda yang kita suka, hati jadi senang dan gembira. Tidak perlu rasa tertekan dengan kerja. Juga, tidak perlu peduli apa orang lain kata (perkara yang buruk) mengenai kerja kita. Mereka bukan berada di tempat kita, jadi mereka boleh buat andaian apa saja. Cuma kita yang tahu keadaan sebenar bagaimana. Maka, kalau ada orang mengata perkara yang negatif mengenai kita, biarkan saja. Tidak ada untung membentak dan marah. Lebih baik, kita buktikan hasil kerja kita.
Paling bagus bila hasil kerja kita dihargai orang lain. Mantan bos tempohari sangat gembira dengan video clip yang aku hasilkan sempena hari persaraannya. Tidak perlu kita kata itu hasil terbaik kita. Cukup kita kata kita buat yang terbaik sebagai penghargaan untuk beliau.
Kalau hendak jadi yang terbaik, kita perlu buat yang terbaik.
2 comments:
hehe... bila ada benda yg lebih menarik dlm hidup, mmg kita malas nk menulis kat sini kannn...? tiba2 tak banyak idea kannnn...?
You are so right, my friend. :D
Post a Comment