30.1.09

Always With Me



Always With Me - Itsumo Nando (Spirited Away Ending Credit)

Filem anime pertama yang memenangi anugerah Academy bagi kategori filem animasi terbaik. Karya Miyazaki Hayao dari Studio Ghibli.

Post Ke 51, Bulan Ini

Ikutkan aku malas hendak menulis lagi bagi bulan ini. Kerana post aku sudah mencapai 50. Sudah banyak. Post terbanyak dalam sebulan. Kalau tengok balik beberapa tahun lepas, sebulan post aku lebih kurang 10 je. Ada yang satu post saja sebulan. Tapi bulan ini, 50 post dan kalau masuk yang ini dan mungkin beberapa lagi dalam sehari dua ni, ianya sungguh hebat, bagi akulah. Pastinya bulan Februari nanti aku tiada kesempatan untuk menulis sebanyak ini.

Novel pun belum sepenuhnya bergerak.

Bisnes pun belum bergerak juga.

Kerja pun banyak yang masih sangkut.

Apa nak jadi? Entah.

Sejak beberapa hari ini, aku ada masalah dengan makan. Makanan banyak. Macam-macam pilihan ada. Tapi sejak aku 'sedar' itu ini aku tak boleh nak makan, susah juga nak lalui hari-hari dan berfikir apa yang patut aku makan hari ini. Kalau dulu, jalan ringkas aku akan terus ke restoran makanan segera saja. Sekarang, dengan aku membuat larangan (kurangkan sebenarnya) terhadap makanan yang berisi daging ayam dan lembu, pilihan aku dari 10 jadi 2 saja. Ikan dan sayur.

Aku sebenarnya tidak ada masalah makan sayur. Aku bukanlah anti sayur. Tapi aku memilih dengan sayur yang aku makan. Jenis-jenis kobis tiada masalah. Aku kurang makan sayur seperti sawi, peria, bendi dan beberapa lagi sayur yang dulu bila aku makan, terasa pahit. Akal budak kecil, mana suka pahit. Jadi, beberapa hari ini aku pergilah ke pasaraya. Kononnya hendak membeli salad segera yang sudah berbungkus (boleh terus makan). Mulanya di Cold Storage Alamanda. Harganya jauh lebih mahal dari biasa aku tengok. Aku ke Carrefour Alamanda, langsung tidak jual.

Esoknya pula aku ke Jusco depan rumah. Ada salad yang aku cari. Cuma bila aku tengok tarikh luput, sudah luput beberapa hari lepas atau akan luput esok hari. Baru aku teringat, orang masih menyambut Tahun Baru Cina jadi stok mungkin tiada. Kalau nak suruh aku buat sendiri, jangan harap. Merugikan saja.

Jadi penyelesaiannya aku makan makanan yang tiada ayam dan daging di dalam masakan. Padahal benda-benda lain yang boleh menggemukkan tetap ada. Itulah, susah hendak menjaga makan dalam dunia yang penuh dengan makanan yang tidak sesuai untuk orang yang mahu menjaga makan.

Pengajarannya, bersenam lebih baik dan lebih menjimatkan kos daripada cuba hendak menjaga makan kerana hendak sihat. Kalau di negara barat, mungkin boleh. Mungkin. Tetapi di Malaysia dengan juadah yang bermacam dan enak, cara paling kejam adalah menjahit mulut kamu sendiri. Realitinya begitu. Ya, bersenam. Itu lebih baik.

Tapi, ada masa ke hendak bersenam?

29.1.09

Puncanya Kerana Top Gear

Selagi dasar monopoli talian internet kabel (DSL) masih terlaksana di Malaysia, selagi itulah kita sebagai pengguna akan terus menikmati perkhimatan internet paling buruk di dunia (untuk sebuah negara yang berhasrat untuk jadi negara maju). Sudahlah dengan dasar monopoli ini. Pengguna sudah muak dan perkara kecil sebegini pun boleh menyebabkan orang benci dengan kerajaan yang memerintah. Kenapa itu pun tak boleh nak fikir?

Kalau kita wujudkan persaingan dengan pelbagai pilihan untuk pengguna, insyaAllah mutu perkhidmatan akan meningkat dan harga akan jatuh turun, sesuai untuk diguna semua golongan. Itu kan prinsip pasaran bebas? Kenapa kita tidak boleh liberalkan perkhidmatan internet kabel (aku tidak bincangkan wireless broadband) supaya lebih ramai orang dapat menggunakannya? Sakit hati juga kadang-kadang kerana nama saja DSL dengan kelajuan 1MB (download), tetapi terasa seperi menggunakan talian dial-up 10 tahun lalu. Sekadang sudah 2009, lagi 11 tahun menjelang 2020. Masihkah pengguna dihadkan setakat 400kb download (padahal beli pakej 1MB)? Bila kita tegur, mereka dengan selamba beruk (aku pasti beruk tiada yang selamba) akan cakap perkhidmatan internet mereka berasaskan "best of effort". Maknanya, kalau line tersebut tidak terbeban dengan workload, maka lajulah internet, dan sebalik. Mana "effort"nya? Takde, cuma kutip duit bil dan potong sepantas kilat sekiranya tidak bayar.

WiMax mana? Bertahun sudah aku dengar tapi masih tidak sampai ke tempat aku tinggal. Padahal sekitar lembah Klang juga. Apa lembab sangat manusia ni bergerak? Kemudian salahkan pengguna tidak mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang diberikan. Kemudahan apa? Mana?

Sehari dua ini aku membebel mengenai perkhidmatan, politik dan lain-lain ye. Memang patut pun. Aku rasa perkembangan teknologi di Malaysia ini semakin perlahan. Macam kena tolak baru hendak bergerak. Dari tahun 2003 - 2008, apa yang ada? Selain Piala Angin Monsun (yang tidak ada kena mengena dengan aku dan 25.99 juta rakyat Malaysia lain), tiada perkara besar yang berlaku di Malaysia.

Betul cakap Big Bos, Pak Lah sekarang ini tidak lebih sebagai Manager (Pengurus). Dia cuma mengurus Malaysia. Itu pun hancur. Che Det dulu adalah Leader (Ketua). Dia membawa hala tuju Malaysia dan aku tidak peduli kamu hendak cakap dia diktator, kejam, racist dan lain-lain sekalipun. Lebih baik Che Det daripada Pak Lah. Itu jelas dan nyata. Dan tidak perlu lagi kita cari hina dia kerana dia sekarang cuma ada suara, bukan kuasa. Takkan suara dia pun kamu masih benci? Tak baik benci sesama manusia. Tuhan mana-mana agama pun tak suruh membenci dan berdendam sesama manusia, ingat tu. Melainkan kamu tiada Tuhan.

Sudah melalut. Sebenarnya aku sedang hendak menonton siaran Top Gear Australia (kerana hendak membezakan dengan Top Gear UK) di internet. Tapi, dek kerana terlalu lembabnya internet, aku rasa terpanggil hendak menulis di sini.

Itu saja.

28.1.09

Laptop Aku Guna ReadyBoost

Lagi... Aku terasa hendak menulis (mentang-mentang jari sudah pulih).

Dari siang tadi aku hendak bercerita mengenai laptop yang sedang aku guna. Aku beli pada September lalu. Sudah aku ceritakan sebelum ini; jenama Compaq siri paling rendah. Aku cuma upgrade RAM dari 1GB kepada 2GB. Tidak boleh pergi lebih jauh daripada itu kerana spesifikasi tersedia sudah meletakkan limit kepada 2GB saja. Pernah aku cuba di kedai tetapi tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Aku juga sudah tukarkan OS kepada Windows Vista Ultimate. Aeroglass berfungsi dengan baik. Aeroglass? Kalau kamu juga menggunakan Windows Vista Ultimate, lihat pada taskbar. Kalau ianya lut sinar, itu adalah ciri-ciri Aeroglass. Satu lagi cara, klik butang WINDOWS, hold dan klik pula butang TAB. Apa jadi? Kalau ada sesuatu yang menarik berlaku, maknanya PC/laptop kamu memang boleh menggunakan Aeroglass. Estetika saja, jadi kamu tidak perlu risau kalau kamu tidak boleh melakukannya.

Sehingga saat ini, aku masih tidak ada masalah dengan laptop ini kecuali sedikit DVD reader yang sedikit cerewet. Belum pernah 'hang' dan belum lagi diserang virus walau aku cuma menggunakan perisian antivirus AVG yang diperolehi secara percuma di internet.

Beginilah, tidak susah menjaga PC/laptop sebenarnya. Pertama kamu perlu faham, PC/laptop adalah bodoh. Tidak boleh berfungsi sendiri tanpa kamu. Jadi, kawalan sepenuhnya terletak kepada kamu. Apa yang kamu install dan cara kamu guna PC/laptop kamu akan mempengaruhi keadaannya nanti.

Beberapa tips mudah penjagaan/penggunaan untuk kamu yang memiliki PC/laptop:
  1. Jangan overload sistem kamu. Kalau boleh, buang segala perisian yang kamu 99% takkan guna. Buang juga perisian yang tidak perlu yang tertenggek di taskbar kamu. Sekiranya kamu tidak online di Yahoo Messenger, exit terus. Ia dapat menjimatkan ruang RAM kamu. Kalau masih ada ikon Yahoo Messenger yang sedang tidur di taskbar kamu, itu bermakna RAM kamu masih sedang digunakan.
  2. Buang juga perisian estetika yang walau nampak cantik tetapi sebenarnya merugikan RAM kamu. Seperti virtual taskbar, Sidebar, fancy bar (ala Mac OSX) dan segala mak nenek yang sebenarnya amat-amat merugikan RAM kamu. Kalau orang kata ianya tidak makan RAM dan tidak mengganggu sistem kamu, orang itu buta IT. Full stop.
  3. Install apa yang perlu dan apa yang kamu akan selalu guna saja. Contohnya pemain MP3 (MP3 player). Kamu tidak perlu install WinAmp, Sonique (ada lagi ke?) atau iTunes sekaligus. Satu perisian cukup. Kalau kamu suka fancy dan suka skin, guna saja WinAmp. Kalau kamu suka teratur dan cool, err... iTunes. Begitu juga dengan pemain video. Bagi aku, VLC sudah memadai. Kalau hendak menonton video realplayer, mungkin boleh install 123 Player. Begitu juga antivirus. Install satu antivirus cukup. Install lebih dari satu antivirus, mereka akan saling salah menyalahkan. Apa tidaknya, virus vault antivirus A akan dikesan sebagai pembawa virus bagi antivirus B. Begitu sebaliknya.
  4. PASTIKAN, setiap pendrive, floppy disk (masih ada?) atau external HDD di siasat (scan) dulu oleh antivirus sebelum dibenarkan beroperasi. Jangan terus cucuk masuk dan guna saja. Itu memang cari nahas. Kamu tidak tahu dari ceruk mana semua benda tersebut tiba.
  5. Sejukkan sentiasa. Itulah masalahnya, PC/laptop ini amat manja. Suka sejuk sepanjang masa. Kalau kamu guna laptop, dapatkan cooler yang kamu boleh letak di bawah laptop. Kalau kamu guna PC, pastikan ada ruang untuk pengaliran udara panas keluar dan udara sejuk masuk. Atau kamu pasang cooler yang besar. Alternatif itu lebih mahal.
  6. Beli Macbook/iMac... hehe.
Ada banyak kaedah dan cara untuk penggunaan/penjagaan PC/laptop yang berkesan. Boleh cari di internet. Aku malas sangat hendak menulisnya di sini. Cuma ada satu tips mudah untuk meningkatkan kuasa memori laptop kamu, sekiranya kamu beli laptop murah yang RAM terhad kepada 2GB saja. Kalau kamu guna Windows Vista, ada satu aplikasi yang diberi nama ReadyBoost. Kalau kamu ada pendrive atau memory card yang berkapasiti lebih 1GB (aku fikir ianya lebih logik daripada aku cadangkan sekadar 512MB) yang kamu tidak guna, cucuk masuk ke slot yang berkaitan di laptop kamu dan kemudian tunggu.

Windows akan tanya sama ada kita mahu Speed Up My System atau tidak. Pilih saja ya dan set pendrive atau memory card kamu sebagai memori tambahan kepada sistem. Ianya agak berkesan mengikut pengalaman aku. Boleh terasa ReadyBoost meningkatkan keupayaan sistem walau sedikit. Aku suka main games SimCity 4 dan kalau hanya guna 2GB memori yang ada dalam sistem, permainannya agak terganggu dan tersangkut. Tetapi bila aku tambah memori card (SD Card kapasiti 2GB), games tersebut berjalan dengan lancar pada setting biasa. Menarik. Cubalah. Lagipun pendrive dan memory amat murah sekarang. Ianya lebih murah daripada 1GB RAM biasa untuk laptop (RM50).

Sehingga di lain siaran, terima kasih. :-P


eBook, eBay, Misai Kucing dan Wolverine

Sejak beberapa bulan lalu, aku agak keliru dengan jumlah pengunjung ke blog ini. Ianya mencapai lebih 50 hits setiap hari. Banyak untuk sebuah blog sendiri yang tidak "hip" dan trendy. Aku fikir mungkin orang tersampai di sini akibat daripada carian mereka di enjin pencari mengenai sesuatu perkara yang mungkin perkataan tersebut pernah aku tulis di dalam post aku sebelum ini.

Sebenarnya kalau aku betul-betul mahu untung dari blog ini, aku akan kaji setiap perkataan (keywords) yang menyebabkan orang tersesat ke sini dan gunakannya untuk mempromosi produk. Boleh juga dapat duit. Cuma, aku tidak fikir aku mahu menggunakan frossonice.com sebagai blog mendatangkan keuntungan walaupun aku letak iklan Nuffnang pada blog ini. Biarkan. Kalau ada orang terdetik mahu klik, silalah. Adalah aku dapat untung beberapa sen.

Aku ada beberapa blog lain yang aku cuba wujudkan khusus untuk mendatangkan keuntungan atau mendapat hasil daripada iklan yang terpapar. Aku tidak menggunakan teknik dari ebook sesiapa pun. Aku mencuba sendiri. Ada sekali sekala aku baca tulisan-tulisan mengenai bagaimana untuk menghasilkan blog yang boleh mendatangkan keuntungan. Tetapi tidak pula aku ikut kerana hampir semua yang ditulis memerlukan aku membeli ebook (yang sebenarnya mendatangkan keuntungan kepada mereka). Kalau sudah namanya ebook, kenapa perlu aku beli lagi? Cari sajalah dalam internet.

Sebentar tadi, aku aktifkan balik akaun eBay dan PayPal aku. Aku memang sudah lama wujudkan akaun tersebut dengan niat untuk berniaga di eBay tidak lama dulu. Tapi usaha terbantut kerana kekurangan modal. Rupanya ada cara yang lebih mudah. Aku sedang usahakan. Apa yang perlu aku dapatkan sekarang adalah nombor kad kredit/debit untuk memudahkan urusan jual beli nanti.

Produk apa yang aku akan jual? Aku sebenarnya dulu ingin menjual produk-produk kraftangan Malaysia terutamanya dari Kuala Kangsar seperti labu sayong, batik tekat dan keris/parang. Barang-barang sebegini agak esotik di luar negara dan boleh menghasilkan pendapatan yang banyak kalau bijak mempromosinya. Cuma, seperti yang aku cakap tadi, perlukan modal. Ada teknik menjual produk yang tidak perlu banyak modal dan inilah yang aku mahu cuba.

Apa bezanya promosi ebook dan jual barang di eBay? Promosi pelan perniagaan rahsia yang terbongkar, dibongkar atau didedahkan melalui ebook yang agak panas di internet sekarang adalah tidak lebih daripada menjual ebook itu sendiri. Kalau kamu pandai menulis dan ada idea untuk memberitahu sesuatu produk, ebook adalah cara yang paling mudah untuk kamu hasilkan keuntungan. Kamu tulis dan hasilkan dalam bentuk ebook. Kemudian kamu buat marketing kononnya produk kamu ini telah membongkar dan mendedahkan rahsia yang selama ini tidak diketahui orang. Letakkan promosi potongan harga beberapa kali lebih murah dari harga asal dan diugut pula orang bahawa harga ini hanya kekal untuk beberapa ketika. Kemudian lagi, letakkan juga jumlah ebook yang tinggal dalam stok kamu seperti mendesak orang dapatkan segera sebelum kehabisan. Hairanlah juga, ebook tu cuma sebuah fail elektronik dalam komputer. Apa hal boleh habis? Copy paste sajalah. Lainlah kalau ebook itu di cetak dan di pos kepada kamu. Tapi itu bukan lagi nama eBook. Itu adalah BUKU. ebook ini tidak lebih daripada, lebih ramai orang membeli, lebih untung kamu. Kemudian kamu tunjukkanlah akaun bank kamu yang masuk duit setiap masa untuk membuktikan produk kamu menguntungkan. Padahal duit yang masuk itu adalah duit orang beli ebook. Bukan duit hasil produk yang kamu tulis dalam ebook. Bijak juga orang sekarang ni.

eBay pula, kamu menjual produk. Ada produk, ada permintaan, ada urusan jual beli maka adalah keuntungan. Kamu buka produk kamu untuk bidaan orang. Lebih tinggi bidaan, lebih menguntungkan. Itu kalau produk kamu tawar itu sesuai untuk di bida. Macam kereta kancil kamu, contohnya. Jadi eBay lebih jujur? Tidak juga. Cuma kita kena anggap begini, pembeli mahu beli apa saja yang dia mahu beli. Kalau ada yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membelinya, takkan kita mahu halang? Itu hak mereka. Kita jual sajalah.

Cuma, kenal dengan perangai aku ni, agak susah sikit hendak kekal lama melakukan sesuatu. Aku terlalu asyik melakukan perkara lain nanti. Itulah masalahnya. Padahal, setiap hari lebih 5 jam aku di depan komputer dan internet. Kalaulah sejam aku di internet boleh menghasilkan RM10, sebulan aku boleh dapat tidak kurang RM1000. Kalau sajalah kan...

Kamu kamu yang mengambil berat mengenai masalah jari aku, terima kasih. Aku amat menghargainya. Agak menyenangkan, hari ini atau lebih tepat, sejak beberapa jam tadi, jari manis tangan kiri aku sudah semakin pulih. Aku tidak ada masalah lagi untuk membengkokkan jari tersebut. Tidak langsung lagi rasa sakit aku pedih. Perlu aku katakan, aku tidak makan apa-apa ubat pun lagi. Aku cuma minun air teh misai kucing yang aku beli siang tadi kerana katanya ia boleh membantu mengurangkan Gout, darah tinggi dan sakit-sakit lain. Malah boleh membantu mengurangkan berat badan. Jadi, aku cuba.

Aku ceritakan kepada Bayah (sahabat online/pernah bertemu sekali) mengenainya dan ceritakan bagaimana sistem badan aku yang agak menghairankan, dapat memulihkan kesakitan aku dalam jangkamasa yang tertentu. Syukur aku ucapkan. Sedikit terasa seperti Wolverine dari cerita X-Men, cuma masa untuk pulih agak lambat. Hehe.

Terima kasih sahabat-sahabat yang mengambil berat. Aku amat menghargai kamu.

27.1.09

Pemimpin, Memimpin, Dipimpin

Kalaulah...

Ahli politik tidak mengambil kesempatan dari pangkat yang mereka pegang untuk mengutip lebih banyak harta, lebih aman makmur Malaysia ini. Apabila aku membaca mengenai peribadi Obama di sebuah akhbar barat, beliau amat risau untuk memakai jam tangan yang mahal. Kalau lihat gambarnya sebelum menjadi presiden, jam tangan yang dipakai adalah dari jenis yang murah (buatan China) sama seperti jam digital Casio yang boleh dibeli dengan harga RM10. Akibat daripadanya, para Secret Service terpanggil untuk mengumpul duit sesama mereka dan menghadiahkan jam Secret Service (rasanya jenama Tag Hauer) kepada Obama untuk dipakai semasa hari mengangkat sumpah beliau tempohari.

Boleh aku kata perkara yang sama untuk ahli politik Malaysia? Botol air mineral tidak dibuka oleh pelayan pun sudah mencuka muka mereka (kisah benar). Setiap kali diadakan jamuan makan dengan kehadiran menteri, makanan yang terhidang adalah dari yang terbaik dengan harga yang mahal. Untuk mereka sahaja. Orang lain yang ada di majlis yang sama makan "kurang" sikit nilainya dari menteri.

Sebenarnya aku hairan situasi di Malaysia ini. Kenapa menteri dan pembesar (melainkan Sultan dan Raja) di layan seperti dewa dan diberi segalanya. Sedang mereka dilantik (dipilih dan diundi) oleh rakyat kejawatan mereka itu. Kemudian kita pula menjamu dan menghadiahkan mereka pelbagai barangan dan juadah yang bernilai kerana mereka adalah menteri dan pembesar? Mana logiknya?

Sepatutnya para pembesar perlu lebih malu dan lebih merendah diri dari orang yang ada disekeliling mereka. Orang yang melantik mereka. Mereka perlu malu sekiranya mereka dihidang dengan makanan mewah sedang orang biasa di sekeliling mereka hanya makan makanan biasa. Mereka juga perlu malu bila mereka tiba dengan Proton Perdana V6 siap dengan pemandu dan eskot polis kerana orang biasa yang tiba ada daripada mereka yang bersusah payah naik menunggu bas dua tiga jam dan berjalan jauh di bawah terik matahari.

Mereka juga perlu malu kerana setiap kata-kata mereka yang menyuruh orang biasa bersyukur dan berterima kasih atas budi dan jasa yang kerajaan curahkan kepada rakyat itu adalah sebenarnya amanah yang WAJIB mereka tunaikan. ITU SEBAB mereka dilantik ke jawatan mereka itu, untuk menyebarkan dan mencurahkan kekayaan negara kepada rakyat. Perlu jugakah rakyat berterima kasih lagi? Sepatutnya mereka yang perlu ucap terima kasih dan tunduk (seperti orang Jepun biasa buat) kepada orang ramai setiap kali mereka hulurkan sesuatu kepada rakyat.

Kemudian mereka perlu mohon maaf atas kelewatan dan kecuaian mereka untuk membantu rakyat. Bukan rakyat yang perlu berterima kasih kerana itu memang sudah tanggungjawab KERAJAAN YANG MEMERINTAH.  Takkan pula hendak ugut rakyat kalau kita tidak sokong mereka, kita akan dihukum dan tidak diberi bantuan atau apa saja? Kerajaan apa macamtu? Serius aku cakap, kalau ada menteri yang ugut sebegitu, wajib saja dia di pecat oleh rakyat. Menteri yang tak kenang budi.

Begitu juga dengan pembesar yang menggunakan kedudukan yang ada dan menggunakan agensi kerajaan di bawahnya untuk kepentingan sendiri dan politik. Mereka adalah pengkhianat negara nombor satu. Tidak kira siapa mereka baik dari ahli politik yang memerintah atau dari yang dibarisan pembangkang, kalau mereka menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan sendiri dan politik mereka, wajib saja mereka dihukum sebagai pengkhianat negara.

Agensi kerajaan bukan tugasnya untuk membantu ahli politik sebagai kepentingan peribadi. Agensi kerajaan adalah untuk membantu rakyat. Agensi kerajaan adalah hak rakyat. Hak orang ramai tidak kira apa jua pegangan politik mereka. Kalau orang di luar sana tidak sedar juga, aku rasa mereka adalah orang yang amat-amat bebal.

Sudah tiba masanya orang biasa, rakyat Malaysia ini tidak lagi terlalu tunduk dengan pembesar politik yang dilantik. Itu salah. Sepatutnya mereka yang tunduk kepada kita. Sepatutnya kalau hendak diadakan majlis untuk rakyat, mereka perlu tiba dulu dan kemudian tunggu rakyat tiba. Mereka perlu datang awal dan panggil rakyat untuk berkumpul dan seterusnya berilah apa yang hendak diberi.

Aku masih ingat kami terpaksa menunggu masa yang lama untuk seorang menteri datang ke majlis yang dia arahkan supaya diadakan. Kemudian dia datang lambat. Siapa dia hendak datang lambat? Tuhan? Dewa?

Pembesar kita patut diajar cara menghormati rakyat.

Ya, aku bersifat membangkang dan kamu pasti aku ini seorang lagi pembangkang. Begini, kalau orang biasa macam kita boleh guna Proton Wira, Proton Saga, Proton Gen.2, Proton Waja, Perodua Kancil, Perodua MyVi dan lain-lain kereta murah yang boleh dibawa kemana-mana, wajarkah pembesar kita guna Proton Perdana, Toyota Camry atau Mercedes-Benz? Faham maksud aku? Jadi aku tidak sebelah mana-mana pihak.

Aku nampak tidak ada bezanya politik mana-mana pihak sekarang. Apabila di tampuk kuasa, "citarasa" mereka juga meningkat. Melainkan mungkin, Tok Guru. Entah. Aku kurang minat dengan politik. 

Cuma aku fikir, adalah tidak adil kita sebagai rakyat yang mengundi melantik wakil kita di parlimen, kita pula terpaksa hormat membabi buta terhadap mereka seperti mereka itu dewa. Alasan mereka itu pemimpin tidak logik pun. Mereka itu pemimpin bila kita yang lantik mereka jadi pemimpin. Jadi, apa jua sebab, mereka wajib hormat kepada kita. Wajib.

4 Pagi

Masih belum tidur? Engkau terkenangkan sesuatu yang lama dulu. Pasti ianya kenangan yang paling indah. Kerana engkau diam tersenyum mengenangkannya.

Begitu juga aku. Masih belum tidur. Kerana aku sedang menikmati irama dan lagu daripada Zee Avi dan Yuna. Sambil  terkenangkan dirimu. Kerana suatu masa dahulu kita pernah damai bersama. Walau itu hanya untuk sementara waktu, cukup buat aku kenang sepanjang masa.

Seperti sewaktu memandu pulang dari kotaraya yang pernah kita selami suatu waktu dahulu. Pandangan aku hanya terkenangkan dirimu saja. Seperti di hati ini bersuara,

"Datanglah kembali. Aku sedang menunggu."

Pasti engkau takkan kembali. Itu kepastian yang mati. Tidak boleh lagi hendak aku kejar walau hanya bayang-bayang dirimu. Jadi, aku hanya boleh kenangkan dirimu. Itu saja. Cuma sedikit berharap. Sedikit saja walau aku tahu aku tidak harus melakukannya. Tidak mengapa. Mereka tidak tahu. Engkau juga takkan mengetahuinya.

Masih belum mahu tidur? Mahu aku dodoi dan nyanyikan di sisimu lagu-lagu indah? Tidak, suaraku tidak lunak merdu untuk dirimu lena damai. Aku cuma ingin bahagiakanmu. Itu saja.

Kalau tidak kerana jari ini langsung tidak mampu bergerak lagi, akan aku tulis baris-baris yang lebih panjang. Maaf

Sway



Bic Runga - Sway

Ya, aku tahu, ini lagu lama. Menariknya, ibu penyanyi adalah seorang warga Malaysia yang sekarang menetap di New Zealand. Lagu ini pernah aku dengar dalam filem American Pie.

Oh, kalau ada penyanyi Malaysia yang bakal menang anugerah Grammy, aku rasa sudah tentu beliau adalah Zee Avi a.k.a Kokokaina. Cari sendiri (kalau kamu masih belum tahu siapa dia).

26.1.09

Diet Aku Selama Ini Adalah Merepek

Aku syak, jari manis tangan sebelah kanan pun juga semakin diserang dengan situasi yang sama. Bangun pagi tadi, aku sudah dapat rasakan tanda-tanda awal ianya berlaku. Manakala jari sebelah kiri yang sebelum ini telah diserang sekarang sepenuhnya mengalami sedikit kesakitan setiap kali aku menggenggam.

Namun, kerana aku biarkan saja rasa sakit tersebut, ianya tidak mengganggu sangat aku. Dan sekarang, ianya agak selesa. Pelik.

Aku sudah mencari punca dan simptom di internet. Aku ramalkan apa yang berlaku di jari kiri aku sekarang adalah apa yang digelar Osteoartritis, (maaf, link ke Wikipedia Indonesia. Wikipedia Malaysia masih kekurangan bahan) iaitu degeneratif sendi (pengurangan rawan dalam sendi). Kalau merujuk kepada aku, ianya kemungkinan berpunca dari pemakanan seperti makan-makanan laut (udang, kerang dan sotong) serta makanan suplementari berasaskan susu (pelik juga ni).

Jadi aku kena berhati-hati dengan makan serta makanan sekarang. Seperti yang aku telah beritahu sebelum ini, diet yang aku selalu amalkan sekarang (diet dalam istilah jenis permakanan) lebih banyak bersifat karnivor atau pemakan daging dan amat sedikit herbivor. 

Kalau mengikut jenis darah aku iaitu AB+, diet yang sesuai untuk aku adalah bersifat sama rata antara daging dan sayur-sayuran iaitu campuran diet dari jenis darah A dan B. Namun apa yang berlaku sekarang adalah aku mengikuti diet orang yang berdarah O.

Jadi secara automatik, badan aku yang selama ini berdarah AB tidak akan mampu menerima terlalu banyak diet bersifat daging dan berprotein tinggi yang amat aku gemari. Itulah salah satu punca aku senang gemuk dan amat susah untuk turun berat badan. Macamana sekalipun aku cuba mengurangkan berat badan, akibat daripada aku hanya memakan nugget, sanwich dan bahan-bahan protein tinggi, ianya langsung tidak membantu.

Jadi, mulai hari ini, diet aku perlu berubah. InsyaAllah. Jangan sesedap hati je nak makan.

Jari Jemari

Jari manis tangan kiri aku bermasalah. Sejak beberapa hari lalu ianya seperti semakin mengeras dan sangat susah hendak dibengkok. Kalau dapat dibengkok sekalipun, ianya seperti terkunci dan tidak kembali ke keadaan asal bila jari direnggangkan.

Hari ini, ianya semakin menyakitkan apabila aku cuba untuk membengkokkan jari tersebut. Akibatnya, tangan sebelah kiri aku tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya bila aku mahu menggenggam. Memang terasa agak sakit apabila aku memaksanya juga.

Mungkin ini masalah pada ligamen di jari. Rasa aku ligamen di jari manis tangan kiri aku sudah rosak. Agak pelik juga kerana aku tidak terlalu memaksa penggunaannya. Sedang jari-jari lain masih elok. Apa yang berlaku sekarang, aku terpaksa menahan kesakitan sedikit sekiranya mahu menggenggam dan menaip ayat-ayat ini.

Aku perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian. Gout ke? Pelik juga di jari tangan. Tidak mustahil tetapi agak pelik. Aku syak ligamen yang bermasalah. Nampaknya aku perlu jaga pemakanan aku betul-betul mulai sekarang.

23.1.09

Inkheart

Mahu ke Alamanda malam ini. Hendak menonton Inkheart jam 9.45 malam. Kalau masih ada tiketlah.

Ikutkan mahu ke The Mines, tetapi tiada pula filem tersebut di TGV sana. TGV Cheras Selatan ada namun waktu tayangan agak lewat.

Jadi, ke Alamanda saja. Boleh makan Alien di Big Apple Donut juga!

Country Road



Country Road dari filem anime Whisper of The Heart karya Hayao Miyazaki.

Satu sebab kenapa aku suka anime beliau.

Masih Belum

Susahnya nak tidur.

22.1.09

Sudah Sampai Masa Untuk Lupakan Gaza?

Tidak beberapa lama kemudian, maka orang lupalah dengan apa yang berlaku di Gaza. Sebaliknya mereka lebih sibuk berpolitik, bergossip dan berhibur seperti hari-hari biasa sebelum Israel menghukum Hamas di Gaza baru-baru ini.

Kamu fikir aku tidak peduli? Sedang jiran mereka sendiri tidak peduli, malah sanggup tutup pintu sempadan dan berusaha membeli Kaka daripada A.C. Milan dengan bayaran ratusan juta ringgit, siapakah aku untuk terlalu memperduli? Apa yang aku boleh buat sekadar bersimpati dan berdoa agar segera di tamatkan peperangan dan orang-orang yang teraniaya dilindungi Tuhan.

Tidak sekali aku akan doakan agar rejim Zionist dihukum, dilaknat dan diseksa. Aku tak fikir Nabi pernah ajar umatnya untuk berdendam. Lebih baik aku doakan agar mereka di tunjukkan jalan yang benar dan diberi kesedaran tentang perbuatan tidak berperi kemanusiaan mereka itu. Bukankah itu lebih baik?

Kemudian sudah semestinya kamu petik ayat-ayat al-Quran berkaitan kedegilan dan kebiadaban Yahudi dan Nasrani terhadap orang Islam sebagai alasan untuk membenarkan kita menghukum kaum-kaum tersebut dengan apa jua cara. Itulah mungkin puncanya ada umat Islam yang sanggup jadi pengebom berani mati dan menyerang orang bukan Islam. 

Sudah sampai masanya umat Islam kembali menilai aspek pemikiran mereka. lebih 1400 sesudah Nabi adalah masa yang lama untuk kita terus berpegang kepada konsep dan kesuaian masa ketika itu. Kita perlu menilai balik konsep dan kesuaian mengikut masa kita sekarang. Bukan lari dari Islam dan bukan mengubah Islam, sebaliknya mengembangkan Islam agar bersesuaian dengan keadaan semasa.

Selagi kita sentiasa bertelagah dengan perkara-perkara trivial dan ribuan ulama membuat kesimpulan dan pandangan yang berbeza antara satu sama lain, maka, selagi itu Islam dan sahamnya akan terus menjunam.

Aku sebenarnya tidak mahu lagi dengar betapa hebatnya zaman kegemilangan Islam ratusan tahun dulu. Apa yang aku mahu dengar sekarang adalah zaman kegemilangan Islam sekarang. Pakar-pakar teknologi, budayawan, karyawan dan intelektual Islam sekarang yang menjadi pemangkin kepada ketamadunan manusia di dunia.

Jangan asyik ternganga meleleh air liur melihat beberapa juta orang Yahudi amat hebat dalam bidang ilmu itu ini. Tengok dan cakap saja, tidak guna. Kita ada 1 bilion lebih umat Islam, takkan nak jumpa sejuta ilmuan Islam tak boleh kot?

Dan, cukuplah dengan retorik kita hidup di dunia sebagai bekalan di akhirat. Kalau hidup kita di dunia ini tidak aman dan sering di tindas, bagaimana hendak kita menyediakan bekalan di akhirat? Fikir, apa berlaku bila umat Islam di tindas di Mekah di awal-awal dulu? Umat Islam berpindah ke Madinah dan dari situ mereka berkembang menjadi sebuah entiti yang kukuh dan stabil. Tujuan? Suka-suka? Tidak. Untuk memudahkan umat Islam. Apabila kita tidak ditindas dan diseksa, barulah senang untuk kita menyediakan bekalan ke akhirat.

Ini tidak, sedang dalam solat, di hati kita risau mana tahu tiba-tiba bom meletup di bumbung. Mana hendak timbul kusyuk?

Oh ya, aku lupa. Aku bukan pakar dalam bidang ini semua. Jadi aku tidak perlu sambung lebih panjang. Aku cuma mahu menjadi seorang yang lebih rasional dan berfikir lebih jauh sebelum bertindak. InsyaAllah.

Anjing

Teringin juga aku hendak bela anjing.

....

Ya aku dengar,

"Idan dah gila la tu agaknya. Tak tahu haram halal dah!"

Ye lah.

Tunggu aku ada rumah sendiri dan di situ selalu ada kejadian pecah rumah. Baru ada logik untuk bela anjing. 

p/s: Tengok SINI. Jangan jadi terlampau melayu, sentiasa hendak menghukum orang lain, okay.

21.1.09

Pemangsa

Maging. Ya. Itu kesimpulan diet aku.

Karnivor mungkin lebih saintifik.

Selamat Malam.

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 3

"Idan.."
"Oit.."
"Kau fikir orang yang apply naik pangkat tu semua layak ke?"
"Mana aku nak tau."
"Andaian kau la."
"Aku fikir? Aku fikir ramai antara mereka yang mahu naik pangkat kerana mereka fikir itu jalan terbaik untuk kerjaya mereka."
"Maksudnya?
"Ramai antara mereka yang clueless dengan jawatan yang mereka pohon. Maksud aku kalau dari segi buat kerja tu, memanglah lebih kurang sama saja. Tapi tanggungjawab lain."
"Ada tanggungjawab lain ke selain jadi mandur?"
"Mandur? Hahaha..."

"Lebih kurang la tu."
"Human interaction, diplomasi, problem solving, stress management, authority, kaunseling, motivasi dan banyak lagi mereka perlu tahu dan faham dan boleh menggunakannya. Kalau setakat mahu naik pangkat kerana mahu naik pangkat, ramai mereka nanti akan tertekan kemudian hari."
"Oo... Mereka boleh belajar kan?"
"Memanglah boleh. Tapi ingat Matrix ke? 10 saat belajar sudah mahir. Ambil masa dan perlu pemahaman."
"Banyak course untuk mereka nanti. Rasanya semua tu boleh diatasi."
"Hmmm.. mungkin. Tapi aku percaya, jawatan itu sebenarnya sesuai untuk orang yang benar-benar berpengalaman dan bersedia saja. Orang yang faham konsep apa itu ketua dan peranannya."
"Ramai mereka tak tahu ke?"
"I seriously doubt it. Tengok saja nanti. Aku setuju bila Bos Besar kata sepatutnya jawatan-jawatan ini perlu ada penilaian dalam tempoh masa tertentu. Kalau berjaya, terus kekal. Kalau tidak, turun pangkat balik. Itu lebih logik."

"Kesian la orang yang bersusah payah mohon dan kerja sudah lama dan yang tak mahir."
"Itulah, kesian. Aku faham. Tapi, kita kena rasional. Aku fikir diri sendiri yang perlu sedar. Sedar sama ada kita sedia ke tidak. Kalau masih belum bersedia, jangan. Memang kita boleh belajar. Cuma, kita tidak jujur dengan diri kita sendiri. Itu saja."
"Jadi kau tak sokong la ramai kawan kau yang mohon naik pangkat?"
"Eh, biar je la mereka naik pangkat. Itu hak mereka."
"Habis, apa masalahnya?"
"Err.. Siapa yang timbulkan masalah sebenarnya?"
"Aku... hehehe..."

"Aku cakap terus terang dengan ramai orang yang aku masih belum bersedia. Aku tak fikir aku boleh arah orang buat itu ini. Aku tak fikir aku boleh terima tanggungjawab sebagai ketua walau hanya untuk beberapa orang."
"Alah, naik pangkat sikit je pun. Bukan ketua besar."
"Hah! Itulah ramai mereka tidak faham."
"Huh?"
"Naik pangkat yang sikit tu pun mereka sudah dipertanggungjawabkan dengan beberapa orang sub-ordinat. Kalau mereka tidak boleh kawal anak buah mereka, sendiri yang susah nanti."
"Oo... Sebab itu la kau tak nak ye. Sebab kau tak reti nak arah orang."
"Tau pun. Orang macam aku mana suka sangat nak arah orang. Habis bodoh pun aku boleh buat muka garang je. Sampai bila orang nak percaya dengan muka garang aku tu."
"Eh, ramai je orang di pejabat tu percaya. Orang ingat kau sombong."
"Hahaha... Itu pasallah. Tak kenal."

"Idan..."
"Apa dia?"
"Sudahlah cakap dengan diri sendiri. Pegi tido!"
"Heh... Jom."

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 2

"Apasal tak mintak naik pangkat, Idan?"
"Tak nak."
"Rugi la kau. Orang lain yang sama masuk dengan kau dulu dah naik pun."
"Biarlah diorang. Aku belum ready."
"Bila nak ready?"
"Bila aku rasa aku boleh nak mengarah orang bawah. Kau fikir aku suka arah orang?"
"Ya, aku tahu."

"Banyak masa lagi."
"Tapi sekarang la peluang kau, Idan. Sementara Bos Besar baik dengan kau."
"Lagi aku tak nak. Nanti orang cakap aku guna Bos Besar untuk kepentingan aku."
"Apa masalahnya?"
"Takde masalah bagi aku. Orang je yang bermasalah nanti."

"Biarkan diorang. Pentingkan diri sendiri dulu."
"Boleh. Tapi sampai bila? Kau ingat Bos Besar tu jadi bos selama-lamanya ke? Orang di pejabat tu tunggu masa je Bos Besar keluar."
"Jadi?"
"Aku nak orang tahu, aku bukan orang Bos Besar. Tapi tak payah la aku bagitau."
"Biar je lah diorang."
"Aku biarkanlah ni."

"Habis, bila kau nak apply naik pangkat?"
"Nantilah kalau ada tawaran, aku applylah."
"Kira kau nak juga la ye?"
"Aku nak tapi aku nak kerja di tempat yang sama."
"Apahal?"
"Ini kerja yang aku suka buat. Lagipun memang ada kekosongan jawatan tu di tempat aku kerja sekarang."
"Tak nak cuba bahagian lain?"
"Wajib sangat ke nak masuk core-business tu?"
"Ye la, dah kau kerja situ, patutnya kau tau la bisnes utama dia."
"Siapa cakap?"
"Semua orang cakap."
"Okay. Biar semua orang fikir macamtu. Aku tak masuk campur. Bagi aku, kerja di bahagian mana sekalipun, kerja tetap kerja."

"Idan.."
"Ya?"
"Apasal kau cakap sendiri-sendiri ni?"
"Hahaha. Sebab orang lain susah nak faham aku kot."
"Ye ke?"
"Entah. Aku rasa agak menarik aku berbicara dengan diri sendiri. Sebab orang lain jarang mahu berbual dengan aku mengenai teori evolusi, ekologi atau apa-apa bicara berkaitan perkara sebegitu."
"Ye lah. Kau salah orang. Mereka tu lebih suka baca Mastika dan menonton Melodi. Mereka suka buat apa 99% orang melayu lain suka buat. Kau tu loner. Mana suka benda semua tu."
"Eh, jangan cakap kuat-kuat. Mereka sensitif."
"Gila! Kau cakap dengan diri kau sendiri. Apa jadah mereka nak sensitif pulak?"
"Apa?"
"Patutnya mereka fikir kau sudah gila. Itu baru betul."
"Ya juga..."

Hehehe... Cukup keliru?

20.1.09

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 1

"Woit, aku nak buat video blog!"
"Yeah!!.. Err, ada ke orang nak tengok muka ko?"
"Diam la Idan!"
"Baik. Saya diam, Idan."

Menulis Bukan Kerana Nama

Sekarang ini aku agak keberatan hendak menulis blog mengenai hal pejabat. Sudah terlalu ramai orang pejabat yang membacanya. Dari rakan satu bahagian hinggalah pegawai atasan. Tidak, aku tidak halang mereka membaca. Cuma aku tidak mahu mereka memikirkan apa-apa yang negatif. Baca saja, cukup. Mereka tidak perlu pertahankan apa-apa. Kerana di sini, ianya sekadar tulisan. Ianya takkan boleh membunuh sesiapa.

Sekiranya suka, terus membaca. Sekiranya tidak, berhenti dan cari laman web atau blog lain yang lebih sesuai dengan jiwa kamu.

Aku ada juga membaca beberapa blog milik orang di sini. Ramai. Ada yang sudah lama menulis, sejak beberapa tahun lalu. Ada yang masih baru menulis, beberapa hari atau cuma posting yang pertama. Aku harap mereka yang baru menulis, teruskan menulis karya kamu. Walau pendek cuma sebaris atau satu perkataan, ianya sudah cukup dan kamu patut bangga dengannya. Jangan risau kalau tidak ada orang yang membacanya. Jangan risau kalau cuma ada seorang saja yang membacanya sehari atau seminggu. Paling penting, blog ini adalah tempat kamu sendiri menulis apa saja yang kamu fikir dan mahu.

Setakat ini aku masih belum jumpa blog orang pejabat yang seaktif blog ini. Ada blog yang lebih ramai pengunjung tetapi tidak banyak posting. Mungkin kenalan mereka lebih ramai.

Atau sebenarnya lebih ramai orang pejabat ini lebih sukakan Friendster, Facebook dan MySpace. Malah ada groupies pun. Biarkanlah. Aku pernah berkata, aku tidak lagi berminat dengan Friendster, Facebook dan MySpace. Aku sudah lama tidak update data aku di sana dan aku masuk kerana ingin melihat. Sekali sekala berinteraksi dengan orang yang aku kenali.

Selebihnya, aku habiskan masa dengan blog ini. Aku lebih senang menulis dan bercerita, mungkin. Aku sudah habiskan masa yang sangat lama di sini. Lebih sembilan tahun aku menulis blog. Sembilan tahun. Buat masa ini, aku tidak fikir aku mahu berhenti. Aku akan terus menulis selagi mahu.

Aku akan cuba kurangkan menulis mengenai hal pejabat terutamanya mengenai orang lain. Aku malas hendak bersoal jawab dengan orang lain. Kalau aku menulis juga mengenai hal pejabat, biarlah sekadar di permukaannya saja.

Malam Hari

Semalam aku menonton kembali Anime Howl's Moving Castle karya Hayao Miyazaki. Anime ini berasaskan novel dengan tajuk yang sama karya Diana Wynne Jones. Namun terdapat banyak perbezaan jalan cerita antara filem dan novel. Kepada yang belum pernah menonton, sila cari. Bagaimana dalam setiap karya Hayao Miyazaki, orang jahat mana sekalipun tetap ada perasaan dan boleh berubah.

Setiap kali aku menonton filem karya Hayao Mizayaki (Studio Ghibli) atau dari Pixar Animation, sering aku fikir pembikin filem di dua studio ini adalah genius. Melalui animasi, mereka berjaya membawa cerita yang mudah tetapi penuh dengan makna dan pengajaran. Mereka tidak cuba menjadi Disney yang membezakan dengan jelas antara baik dan jahat. Sebaliknya setiap filem animasi daripada Studio Ghibli dan Pixar membawa nilai-nilai kemanusiaan yang jarang ada dalam filem biasa. Maka tidak hairan kedua-dua orang utama dalam Studio Ghibli dan Pixar (Hayao Miyazaki dan John Lasseter) saling mengakumi antara satu sama lain.

Selesai filem, jam sudah menunjukkan jam 2 pagi. Ahh.. Mata masih belum dapat terpejam lena. Memang sejak beberapa minggu ini amat susah untuk aku tidur waktu malam. Bukan tidak mengantuk, tetapi susah hendak lena. Bukan juga tidak selesa. Hendak dikata pemikiran terganggu, tidak juga.

Maka aku banyak habiskan masa di hadapan laptop, memerhatikan internet. Sekali sekala menonton filem yang tersimpan di dalam hard disk laptop atau DVD koleksi Studio Ghibli yang baru dibeli (padahal dulu aku pernah beli koleksi yang sama dalam bentuk VCD). Kebetulan malam semalam, internet di rumah bermasalah. Aku tidak faham, kenapa orang suka sangat mencuri kabel telefon di flat tersebut. Bukan tidak ada pemantauan. Cuma aku rasa orang yang memantau lebih kurang sama saja perangainya.

Lalu, sepanjang minggu di pejabat, aku akan mengantuk dan keletihan. Hujung minggu barulah dapat tidur lena di siang hari. Ada peluang jadi pontianak, agaknya.

19.1.09

Sesudah Dua Tahun

Pernah kamu sedang terfikirkan sesuatu, akibat daripadanya kamu terkenangkan perkara lama yang telah kamu lalui suatu masa dulu?

Siang tadi semasa ke pejabat (ya, aku ke pejabat di hujung minggu...), aku memerhatikan penunggang motosikal di hadapan. Aku perhatikan halmet dan jaket yang dipakai. Aku fikirkan bahawa semasa sebelum dia menunggang, pasti ada ritual yang dia lakukan.

Seperti juga sewaktu aku menggunakan motosikal sekitar tahun 2003 - 2004 dulu. Halmet jenama Index dengan visor yang aku akan pastikan sentiasa bersih dan tidak calar. Aku memang kurang senang kalau visor kotor dan ada kesan calar. Pasti aku akan tukar baru. Kemudian jaket. Aku tidak guna wind-breaker atau jaket kulit. Aku beli sehelai jaket cotton jenama Chargers berwarna biru. Aku ingat kalau aku pakai sekarang, aku takkan boleh zipkan sampai ke dada. Badan aku sudah besar.

Kemudian aku terkenangkan jaket tersebut. Mana perginya jaket yang seingat aku, begitu aku suka. Kemana saja aku pergi akan aku bawa jaket tersebut. Lalu aku teringat. Aku telah berikan kepada Zura sebelum dia ke Miri pada awal 2005. Katanya dia mahu jaket tersebut sebagai kenangan.

Dari situ, aku terkenangkan sewaktu aku sentiasa bersama dia kesana kemari dulu. Orang kata aku dan dia bercinta. Aku balas bagaimana hendak bercinta sedang dia sudah berpunya. Tapi kalau melihat kelibat kami, sepanjang masa bersama hingga saat-saat akhir sebelum dia berkahwin kira-kira dua tahun dulu.

Dua tahun sudah cukup rasanya untuk menyembunyikan rahsia yang bukan rahsia bagi orang lain. Ayat-ayat terakhir beberapa hari sebelum dia berkahwin sehingga kini masih menghantui aku,

"Idan cuma lambat sedikit daripada dia..."

Kalaulah aku tidak terlalu buta untuk menyedari semua itu, aku takkan bersusah payah. Beberapa bulan sebelum dia berkahwin, dia amat rapat dengan aku. Ketika itu aku masih belum tahu dia akan berkahwin malah perancangan perkahwinan dia seperti tidak akan terjadi dek kerana mereka break-up sementara ketika itu. Dan dia berkata,

"Ketika itu, saya sudah hampir-hampir terima Idan sepenuhnya."

Patutlah berbeza benar layanan dia terhadap aku ketika itu. Lebih mesra dan lebih manja.

Namun, tidak semua bahagia itu berakhir bahagia. Bagi dia, mungkin bahagianya tercipta bersama suaminya sekarang. Bahagia aku belum lagi aku temui.

Kalau kamu tanya, masihkah aku mencari? Jawapan aku, ya. Dan seterusnya aku melihat diri ini. Sepanjang dua hari ini, cukup. Jumlah orang yang aku berbual bicara = dua. Jumlah masa perbualan = 15 minit. Jantina = dua orang lelaki.

Maka, peluang aku amat-amat... tiada.

Namun, tidak perlulah aku bersedih dan kamu bersimpati. Seperti mana-mana jua keadaan yang pernah aku alami, aku telan dan simpan dalam hati dan lupakannya. Jangan risau, ianya takkan meletup. Habis teruk pun, aku akan tulis semula di sini sebagai kenangan yang kamu semua akan baca.

15.1.09

Kak Fizah

Patutlah post aku sebelum ini agak emosi. Aku masih kurang senang dengan tingkah laku seorang staf bahagian Teknologi Maklumat yang datang membaiki komputer di sini. Bukanlah apa, tidak perlu sombong sangat. Bila orang tanya tu, kurang-kurang jawablah. Kalau sibuk pun, cakap je

"Maaf, saya agak sibuk dengan kerja. Nanti kita sembang."

Ini buat bodoh je. Staf mereka yang datang minta tolong, boleh saja kami layan dengan baik. Minta 10 gambar, kami bagi 20 gambar. Minta satu informasi, kami bagi lebih. Sama-sama kerja di pejabat yang sama. Apa masalah hendak berkongsi, bukan?

Jadi, biarkanlah. Mungkin hari semalam hari emosi dia.

Aku hendak ceritakan perkara lain.

Tiga hari lepas aku kirim SMS kepada Kak Fizah, kakak angkat aku semasa di Maktab. Itu pertama kali aku berhubung dengannya setelah 16 tahun. Sehari kemudian barulah dia membalas. Walaupun cuma di SMS. Cukuplah buat masa ini dulu.

Kak Fizah sudah berkahwin dengan orang Kelantan dan mempunyai tiga orang anak. Sekarang dia bertugas sebagai seorang guru di Pulau Pinang, tanah kelahiran dia sendiri.

Namun agaknya dek kerana terlalu lama tidak berhubung, jadi agak kekok juga hendak berbual bicara. Aku masih menggelar diri sebagai Saya dan memanggilnya Kak Fizah atau Akak. Kak Fizah pula menggelar diri sebagai I saja. Sekali sekala ada terselit Kak Fizah.

Tidak mengapa. Janji usaha aku selama ini berbaloi. Tahun ini, dua orang kenalan lama dapat aku temui semula. Bukan apa, kadang-kadang kita terlalu asyik dengan perkara baru, kita lupa perkara lama yang dulu adalah amat baik bagi kita. Jadi apa salahnya kita mencari balik sebagai tanda ingatan kita terhadap mereka. Bukan perlu kita berhubung dengan mereka setiap masa selepas itu. Cukup sekadar mereka tahu, kita masih ingat pada mereka.

Macam Kak Fizah, satu perkara yang aku masih ingat adalah pemberian sehelai baju kemeja kasual bermotif heliografi Mesir Kuno yang amat aku suka suatu ketika dulu. Lama kemudian aku terperasan emak di kampung memakai baju tersebut. Aku tersenyum kerana berbaloi sungguh pemberian Kak Fizah sampai emak aku sendiri dapat menikmatinya.

Paling aku tidak lupa kerana aku buat dia menangis di akhir pertemuan aku dengan dia di maktab dulu. Mungkin itulah sebab aku mahu mencari dia. Aku ingin memohon maaf. Sekarang aku sudah temui, lupa pula hendak memohon maaf. Tidak mengapa, aku akan lakukannya nanti.

Jadi selesai pencarian aku untuk tahun ini, mungkin. Ada seorang lagi sebenarnya. Tetapi tidak mengapalah. Aku tidak perlu cerita siapa dia di sini.

p/s: Terima Kasih, Taufik a.k.a Ayarm (aku sebenarnya tak tau orang gelar hang dengan nama tu)

14.1.09

Baru Aku Sedar

"Oit Idan! Tahun 2009 ni engkau belum ambil sekeping gambar pun lagi dengan Canon 400D engkau!"

Eh, ye ke? Wah...

13.1.09

Pelik Juga

Pendek saja.

Beberapa hari lepas. Atau mungkin minggu lepas. Aku sudah lupa. Dalam lif menuju ke pejabat ada seorang rakan sepejabat. Lelaki.

Mulanya aku tidak sedar. Lama kemudian baru aku terasa ada sesuatu yang pelik.

Apa dia?

Dia pakai kasut kulit berwarna putih. Putih.

Okay aku ulang.

Dia pakai kasut kulit berwarna putih. Putih!

Aku ingatkan pegawai Tentera Laut saja yang memakai kasut kulit putih semasa bertugas.

Tidak ada apa-apa masalah sebenarnya. Itu dia punya sense of fashion. Lepas ini aku mahu tengok, ada tak orang pergi kerja pakai kasut kulit warna merah atau kuning atau oren!

Aku? Jangan harap. Aku tidak seberani rakan aku.

Selamat Datang Sang Puteri

Mungkin engkau sudah tidak sabar melihat dunia
Atau bondamu tidak sabar melihat dirimu
Kerana itu engkau tiba awal di perhentian ini

Jangan engkau risau wahai puteri
Kami datang menyambutmu dengan penuh kasih sayang
Tidak pernah sekali pun kami akan meninggalkanmu sendirian
Dalam dunia yang bila engkau dewasa nanti
Tidaklah seindah mata kecilmu yang cuba melihatnya

Namun itu juga tidak kami ceritakan kepadamu
Kerana sejauh mana wajahmu berpaling
Akan kami hias hamparan pemandangan damai dan suci
Ceria dan bahagia ayahnda dan bondamu
Akan membelai hari-harimu yang mendatang

Kami menunggu senyum dari bibirmu wahai puteri
Kami menunggu tawa suaramu wahai puteri
Kami menanti saat dirimu perlu untuk dimanja
Dan dirimu dimanja sepenuh jiwa

Lalu kami berdoa
Agar dirimu nanti kelak akan menjadi insan tersanjung
Dibanggai ayahnda dan bondamu
Dikasihi oleh segenap manusia yang menyayangimu

Mungkin engkau sudah tidak sabar melihat dunia
Kami sebenarnya sudah lama menunggu dirimu
Selamat datang, sang puteri


- Puisi Untuk Puteri Kecil Sani & Aliah
oleh Ahmad Sharidan / 13 Januari 2009 / Seri Kembangan

12.1.09

Baris-Baris Kata - 2

Aku sorokkan sejambak bunga ros di belakang sambil menghampiri kereta dia. Dia sudah menunggu di dalam kereta. Buka saja pintu kereta, aku terus letakkan jambangan bunga ros tersebut di atas ribanya.

Agak anti-klimaks kerana waktu itu dia sedang sibuk berbual di telefon bimbit. Namun muka dia masih kelihatan terkejut. Segera dia tamatkan perbualan di telefon.

"Awak, cantiknya!"
"Ye, seperti yang saya janjikan dulu."
"Buat susah-susah saja. Awak beli bila ni?"
"Tengahari tadi."
"Besar bunga ros ni. Jarang nampak ros besar macam ni."
"Kata cina kedai tu, ini bunga import. Mungkin juga. Kalau di Cameron, bunga ros macam ni kecil saja."
"Terima kasih, awak."
"Takpelah. Saya kan dah lama berjanji hendak berikan bunga ros kepada awak."

Kemudian kami terus menuju ke Taman Warisan, Putrajaya. Minum petang sambil berbual mengenai hidup dan kerja. Cuaca mendung membataskan waktu.

Cukuplah walau hanya seketika itu.

"Awak balik nanti makan okay. Jangan pula makan bunga tu." - Dia ketawa. Aku ketawa.
"Tidak. Saya akan keringkan bunga ni."


Menulis Diri Ini

Banyak aku menulis kali ini. Biarkan. 

Aku teringat suatu perkara semasa aku mengunjungi sebuah blog tidak berapa lama dulu. Penulis blog tersebut ceritakan bagaimana dia tidak minat untuk berkasih dengan penulis blog lain (dia seorang perempuan) kerana ramai penulis blog yang ada sebenarnya emo dan syok sendiri. 

Ada juga betulnya. Selalunya penulis blog akan mempertahankan diri sendiri dan memperlihatkan mereka yang lebih baik, lebih bagus dan lebih hebat. Jarang ada penulis blog yang mahu mengaku kesilapan, kelemahan dan kekurangan mereka. Blog adalah alter-ego mereka. 

Aku fikir dulu aku juga begitu. Dulu dalam setiap penulisan, pada fikiran aku, hanya aku yang betul dan orang lain salah. Pada aku, blog ini adalah tempat bagi aku membuktikan kehebatan dan coolnya aku. Maka aku akan kritik apa saja orang buat, baik orang buat di dunia nyata atau tulisan orang lain dalam blog. Ada saja benda yang nampak salah di mata aku ini.

Rasanya sekarang aku agak kurang begitu. Walaupun masih ada, tetapi sudah kurang. Aku tidak malu hendak ceritakan keadaan aku yang rabun warna dan gemuk. Aku juga tidak malu hendak mengaku kalau aku tidak mahir dan pandai terhadap sesuatu perkara. Aku sedar dengan menulis mengenai kekurangan diri kita, aku lebih puas untuk menulis. Aku tidak perlu berpura-pura lagi. Jadi aku boleh tulis apa saja tanpa tersekat-sekat hendak mengawal kelemahan aku. 

Cuba bayangkan waktu muda aku dulu. Semua orang salah dan aku saja yang betul. Aku rasa sekarang kalau orang muda datang jumpa aku dan cakap aku salah dan dia betul, aku biarkan saja. Jiwa muda, biasalah. Aku sudah lalui dan aku faham. Tidak perlu berbalah lagi. Sebab lama nanti orang muda itu akan sedar keadaan sebenar. Hidup berdasarkan pengalaman. 

Aku cuba sebaik mungkin untuk tidak menunjukkan aku betul sentiasa setiap kali aku menulis. Kalau aku fikir aku salah, baik aku mengaku. Sekurang-kurangnya kamu yang membaca akan berkata dalam hati,

"Hah, mengaku juga salah engkau ye."

Tidak mengapa. Aku akan terus menulis sejujur mungkin. InsyaAllah.

Emak

Mak ajak aku pergi tengok ladang sayur-sayuran adik lelaki aku. Aku cakap aku malas. Dua kali dia ajak dan dua kali juga aku cakap tidak mahu. Tambah lagi aku cakap, setakat dengan anak pokok je, belum masa hendak tengok. Kesian mak, agaknya dia mahu keluar dengan aku.

Emak orang kampung. Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak. Awal 80an, orang kampung masih menggunakan pelita di waktu malam. Tapi emak bukanlah langsung tidak tahu apa-apa. Dia belajar hingga tamat SPM. Kalau tidak dia kawin awal, mungkin sehingga hari ini emak masih bekerja di mana-mana.

Uniknya emak, dia amat meminati bola sepak, terutamanya pasukan bola sepak negeri Perak. Siang Ahad dia membebel marahkan kerajaan negeri Perak kerana masih tidak bayar gaji pemain bola sepak Perak yang masih tertangguh. Aku cuma dengar saja. Aku selalu fikir, ada baiknya kami terus menetap di kawasan perumahan lama di Gerik sana. Sekurang-kurangnya ada ramai kawan emak di situ. Rumah kami sekarang agak tersorok dan kurang jiran. Selalunya emak cuma ada ayah dan anak-anaknya yang masih tinggal di rumah. Sekali sekala cucu tunggalnya akan pulang dan rumah hingar bingar seketika. 

Antara emak dan ayah, aku lebih rapat dengan emak. Sejak dulu lagi memang begitu. Entah kenapa.

Sekarang, setiap kali aku pulang ke kampung, soalan popular yang sering keluar dari mulut emak adalah bila aku hendak berumah tangga. Sekali sekala dia cadangkan untuk mencari seorang calon kepada aku. Sering saja aku cakap, carikan saja kalau ada. Emak agak mellow sekarang berbanding dulu. Kalau dulu dia agak garang dan tidak berhenti bercakap. Sekarang agak kurang dan agak tenang. Mungkin emak agak penat.

InsyaAllah kalau aku balik lagi nanti, aku akan bawa dia meninjau ladang sayuran adik. Masa itu mungkin pokok sudah tinggi dan berbuah.

Sebelum aku berangkat balik dari Kuala Kangsar tadi, emak keluarkan satu lagi soalan popular dia kepada aku,

"Hang bila nak balik lagi ni?"

Susahnya nak jawab.

Sudah Lama Tidak Berfotografi

Kebelakangan ini aku kurang berfotografi (ada ke perkataan ni?). Entah kenapa. Penat agaknya. Aku malas. Mungkin dua-dua. Kadang-kadang bila petang dan terdapat pemandangan indah di horizon, aku biarkan saja. Aku cuma melihat tanpa ada usaha hendak merakamnya dengan lensa kamera. Dalam fikiran berkata, biar cuma aku kenang saja. 

Cuma bila di pejabat, ada masanya aku langsung tidak boleh mengelak untuk mengambil gambar walaupun aku cuba. Bos Besar itu biasanya hanya mahu aku sebagai jurufoto walau ada ramai lagi orang yang boleh melakukannya. Aku tahu ramai staff di RMC (Record Management Centre) yang jauh lebih hebat skill mereka dalam bidang fotografi. Apa tidaknya, ramai antara mereka yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang fotografi, sesuai dengan nama jawatan mereka dulu, Jurufoto.

Tapi Bos Besar tetap akan cari aku. Takkan kamu mahu cakap pada dia,

"Suruh orang lain sajalah, Dato'. Saya sudah malas". Gila.

Ada beberapa perkara yang orang tidak tahu dengan situasi semasa aku melakukan fotografi. Satu, aku paling tidak suka orang suruh ambil gambar mereka sambil mereka berposing. Aku tidak suka ambil shot begitu. Aku sukakan shot candid tanpa orang sedari. Itulah kalau boleh aku mahu dapatkan lensa zoom jarak jauh supaya aku boleh ambil shot yang aku mahu tanpa diganggu. Aku sudah berikan spesifikasi kepada pegawai dan harap dia beli.

Kalau di pejabat, hasil fotografi seorang staff yang sentiasa aku kagumi. Kami selalu panggil dia dengan gelaran Pom Pom saja. Walaupun ada masanya dia agak keberatan untuk mengambil gambar, namun setiap kali dia melakukannya, hasil kerjanya amat-amat hebat. Gambar yang terhasil sentiasa jitu dan penuh 'aksi'. Sedang aku sendiri masih tidak mampu menghasilkan kerja sebegitu. Aku pernah cakap pada dia aku suka karya yang dihasilkannya. Aku tidak fikir dia boleh ajar bagaimana. Ianya lebih bersifat feel. Bagaimana dia feel (rasa) setiap kali merakam shot. Tidak perlu snap berkali-kali. Cukup sekali dan, hebat.

Aku perlu menjadi setenang Pom Pom kalau hendak mengambil shot sebegitu. Heh, kalau hendak difikirkan, awek dia juga mampu menghasilkan karya fotografi yang menarik dan hebat. Bertuah mereka.

Buat masa ini, aku masih tidak ada feel untuk berfotografi. Bukan tidak minat, aku cuma rasa bosan agaknya. Lagipun, member ada boleh ambil gambar. Dia pun boleh ambil gambar dengan baik. Tapi kalau sudah Bos Besar mahu aku ambil, terpaksalah juga.

Cuma sekarang, selagi boleh aku tidak mahu bawa kamera sendiri ke pejabat. Aku tidak mahu pegawai aku tengok selagi ada kamera tersebut, dia tidak perlu bersusah payah hendak cepatkan pembelian kamera baru. Aku sudah cadangkan Nikon D80 dengan beberapa lensa tambahan dan flash sejak beberapa bulan lalu. Tapi sampai sekarang masih belum nampak lagi hasilnya. Aku teringat sekitar 1991 semasa aku menggunakan Nikon SLR di Maktab. Itu pengalaman awal aku dengan kamera SLR. Sudah amat-amat lama. 

Hah, aku perlu paksa diri untuk minat balik dengan fotografi. Sudah tiba masanya aku beli lensa 50mm tu. Sudah lama sangat tertangguh. 

Bukan Tidak Boleh, Cuma...

Balik kampung sebenarnya. Tapi bukan dalam erti bercuti. Hari sabtu lepas aku ke Ipoh kerana ada bengkel kerja. Dari pagi sampai ke petang di pejabat negeri bersama bos Perak dan Pulau Pinang dan seorang konsultan. Menyiapkan sebuah buku.

Aku agak kepenatan untuk menghasilkan buku. Apatah lagi mereka bentuk buku atau apa-apa kerja grafik. Idea rasanya makin berkurangan. Ada juga bagusnya Bos minta seorang lagi staff membuat kerja-kerja menghasilkan dokumen/buku. Masalahnya staff seorang ni langsung tidak pernah tahu mengenai Adobe InDesign. Jadi terpaksa ajar. Nasib baik ada seorang member boleh mengajar juga. Nak harap aku seorang, rasanya susah sikit. Aku tidak pandai mengajar sangat walau banyak ilmu yang ada. Aku kurang bijak hendak luahkan balik ilmu tersebut kepada orang lain. Cuma kalau mereka tanya, aku boleh tunjuk, itu pun dengan cara aku sendiri yang aku sedar kadang-kadang agak laju.

Bos ada cadangan untuk membuat kelas mengajar beberapa orang lagi menggunakan Adobe InDesign. Bagus juga. Dia tawarkan kepada aku untuk mengajar. Boleh tu memanglah boleh. Tapi seperti yang aku cakap, aku kurang bagus untuk berinteraksi dengan orang. Jadi aku tidak pasti sejauh mana berkesan bila aku mengajar nanti.

Sebenarnya, banyak ilmu yang aku tahu itu aku pelajari sendiri. Kalau aku tidak tahu sesuatu perkara, aku akan rujuk internet, buku atau CD learning. Ada sekali sekala kalau aku bertemu dengan orang yang lebih mahir, aku akan tanya mereka apa yang perlu aku tahu. Selebihnya aku kaji atau buat trial and error. Aku selongkar setiap menu yang ada dan mencuba. Ada kalanya aku rosakkan terus dokumen yang aku hasilkan akibat dari mencuba. Tapi sekurang-kurangnya aku faham apa yang berlaku jika aku lakukan sesuatu.

Jadi aku agak pasif sekiranya orang datang dan minta ditunjukkan sesuatu kepada aku sebelum mereka mencubanya dulu. Harap ilmu buta-buta dari aku, bagi aku adalah sikap orang pemalas. Cuma kadang-kadang mungkin aku tidak sedar yang mereka sudah berputus asa dengan apa yang mereka lakukan. Ya, aku agak kejam bila difikirkan balik.

Ada sesetengah perkara yang aku enggan benarnya orang lain mendapatkannya setelah samada aku bersusah payah hasilkannya sendiri atau bersusah payah aku dapatkannya. Itu aku agak berat hati sikit untuk kongsi dengan orang (buat permulaan). Atau kalau berkongsi pun, kurang-kurang janganlah mengaku itu mereka punya. Kalau belakang aku, aku tak kisah sangat. Kalau depan aku, sedih la juga.

Jadi berkaitan mengajar orang menggunakan Adobe InDesign, mungkin aku akan lakukannya. Tapi aku akan pastikan orang benar-benar faham dengan apa yang aku ajar. Kena ingat, aku amatur juga seperti mereka. Cuma aku tahu lebih sikit dari orang lain. Itu saja. Tapi bukanlah aku hebat. Seperti orang lain, aku juga kadang-kadang kagum dengan hasil kerja orang lain. Contohnya, aku kagum dengan seorang staff yang amat mahir dengan grafik. Sentiasa cantik walaupun simple. Ada peluang, aku akan minta tunjuk ajar dari dia nanti. Namun aku tahu, dia juga seperti aku, kurang pandai hendak terangkan kepada orang lain.

Staff baru belajar InDesign itu kalau kadang-kadang dia panggil aku minta tolong aku tunjukkan sesuatu, aku tunjuk apa yang aku tahu saja. Kalau aku tak tahu, aku cakap aku tak tahu. Seperti membuat secondary bullet contohnya. Memang aku tidak tahu dan masih tercari-cari cara. Tapi selalunya staff tersebut minta tolong dari seorang rakan lagi. Jadi tidak mengapalah. Aku pun tak pandai sangat hendak mengajar.

Seperti juga fotografi. Walaupun aku bermain dengan SLR sejak 1991, aku masih belum mahir. Malah jauh sekali hendak dianggap bagus. Ada peluang, aku akan belajar dari sesiapa yang sudi ajar. Bos Besar contohnya. Dia selalu akan panggil aku dan suruh aku ambil shot mengikut mode-mode tertentu. Kemudian dia tunjukkan cara yang betul. Jadi, tidaklah aku cakap aku bagus dalam bidang fotografi. Sebenarnya, tidak ada jurugambar yang mengaku dia pandai. Kalau kita duduk di kelompok mereka, kita boleh dengar mereka meminta dan berkongsi pendapat sesama sendiri. Takde yang bodoh sombong melainkan orang yang tak reti fotografi tetapi mengaku pakar.

Maka, selalunya aku diam saja bila aku tidak tahu sesuatu perkara. Kalau aku tahu pun, aku tak reti nak ajar balik kepada orang lain. Takutlah nanti ilmu ini mati dengan aku saja. Aku perlu cari cara bagaimana hendak berkongsi balik dengan orang lain. Harap-harap aku boleh berbuat begitu.

Sebab itu jugalah bila orang kata aku pakar itu ini, mahir itu ini, boleh itu ini, aku langsung tidak suka. Aku cuma pandai satu je, menyakitkan hati orang. Hahahaha.

9.1.09

Memasang Komputer - Versi Lebih Panjang

Bila aku cerita mengenai pemasangan komputer tempohari, aku terkenangkan balik zaman aku begitu aktif memasang komputer pelanggan. Banyak dan menyeronokkan. Aku berhenti melakukannya kira-kira dua tahun lalu setelah aku menggunakan iMac. Sampai sekarang aku sudah tidak memasang komputer dan aku takkan pasang walaupun disuruh dan dibayar lumayan. Aku sudah tidak berminat.

Tapi kalau hendak berbicara mengenai komputer ini, aku kena balik pada tahun 1985, waktu pertama kali aku memegang dan menggunakan komputer. Sebuah komputer (dinosaur) jenama tidak dikenali dengan prosesor Intel 386, kad grafik 16 warna, tiada hard disk, floppy disk 5.25 inci, monitor 14 inci yang amat tidak menarik dan sebuah printer dot-matrik cetakan warna. Itu spesifikasi paling hebat ketika itu dan aku ingat lagi, Maz Mirza (lelaki) menunjukkan kehebatan Print Shop Deluxe.

PC pertama milik keluarga aku adalah ALR (Advanced Logic Research) ProVesa (kalau tak salah aku) dengan spesifikasi Intel DX4 25MHz, 4MB RAM, 20MB HDD, 4MB grafik, monitor 13 inci dan floppy disk 3.5 inci. Tiada CD Rom. Pomen pertama yang aku lakukan adalah dengan komputer ini, aku tambah kad bunyi (sound card) soket ISA (sekarang sudah tiada). Operating System? Dos 6.22 dan Microsoft Windows 3.11 For Workgroup. Punyalah susah untuk install komponen baru.

Menjelang 1995, aku sudah agak mahir dengan modifikasi dan pemasangan komputer. Walaupun secara asasnya, masih sukar, kerana tidak semua komponen berfungsi secara plug and play seperti sekarang. Aku masih ingat, Bob, kawan aku yang mahu upgrade RAM sebanyak 4MB, beliau terpaksa bayar hingga RM300! Punyalah mahal. Itu pun kerana mahu menonton VCD. Masih juga kena beli MPEG card, baru boleh video dimainkan dengan lancar. Konfigurasi sekitar tahun 1995 adalah Pentium 1, 16MB RAM, 120MB HDD, 8MB kad grafik dengan CD-ROM dan skrin 15 inci. Operating System pula adalah Windows 95. Tapi masih perlu guna MS Dos sebelum boleh install Win 95. Lama lepas itu baru aku tahu kita boleh terus direct install.

Penghujung tahun 1998, aku memang bekerja di CyberCafe dengan kerja aku membaiki dan memasang komputer hampir setiap hari. Memang mahir juga ketika itu. Tengok saja komputer, sudah tahu apa masalah. Tengok saja pelanggan, sudah tahu apa yang mereka mahu.

Sehinggalah sekarang. Kalau diberi balik tools dan bahan kepada aku, rasanya aku boleh pasang komputer tersebut dengan mudah. Cuma, ianya sekarang bukan lagi passion aku. Aku sudah tidak berminat. Aku cuma boleh beri pandangan dan terpulang kepada mereka untuk guna atau tidak.

Satu perkara yang aku sedari bila kita pasang komputer untuk orang, kita kena jujur. Awal dulu semasa aku start pemasangan komputer secara sendirian, aku fikir satu saja; untung. Maka, kadang-kadang aku boleh untuk hingga RM600 bagi sebuah komputer dengan harga RM2000. Banyak tu. Aku bagi pelbagai alasan dan kenyataan mambo jumbo dengan segala frasa teknikal yang mengelirukan pelanggan. Akhirnya aku berikan mereka sistem yang ala kadar saja.

Aku cari RAM paling murah, HDD paling sederhana dan prosesor paling rendah dengan alasan, prosesor tidak penting sangat. Ya, sampai sekarang masih tidak penting sangat.

Kemudian aku sedari sesuatu. Apa yang aku buat sebenarnya merugikan aku kemudian hari. Jadi selepas itu, aku biasanya pasang komputer yang terbaik untuk orang berdasarkan bajet mereka.

Biasanya aku akan tanya apa yang mereka mahu buat dengan komputer. Kemudian aku tanya berapa bajet. Kalau mereka tidak tahu bajet, aku yang letak berdasarkan keperluan kegunaan mereka. Kalau mereka letak bajet dalam RM2000, biasanya aku akan pasang dengan komponen yang berharga hampir RM1950. RM50 lagi cuma upah minyak, teksi, dan beli software yang berkaitan. Aku juga siapkan manual pengguna untuk mereka, sesuai dengan tahap kemahiran. Akhirnya aku listkan harga setiap satu barang yang ada dalam komputer dan juga tempoh waranti (bukan garenti - korang kena faham beza) barangan tersebut kalau ada.

Setelah siap pasang, aku akan buat burn-in sekurang-kurangnya 24 untuk memastikan komputer tersebut berjalan lancar. Aku tidak mahu mereka datang dua tiga bulan kemudian komplen itu ini. Itu sebenarnya. Maka, aku sertakan juga cara-cara penyelenggaraan asas komputer sebagai memudahkan kerja mereka. Ada yang pernah tanya, kenapa aku beritahu semua itu sedangkan aku boleh dapat duit lebih bila buat servis. Kamu, kalau ada komputer, suka komputer kamu rosak? Aku tidak suka, dan kalau aku, aku mahu sekurang-kurangnya tahu sedikit bagaimana hendak selenggara komputer supaya tidak mudah rosak. Begitu juga orang lain.

Sekarang, kalau orang tanya aku mengenai pemasangan komputer, awal lagi aku suruh beli saja iMac kalau mampu. Kalau tidak, beli laptop. Lebih mudah. Kalau hendak juga pasang, aku cadangkan orang lain saja. Aku sudah tidak berminat untuk pasang komputer. Aku sudah tiada passion. Kerana dulu, bila aku pasang komputer, ianya seperti anak sendiri. Bangga dengan hasil kerja yang aku buat. Sekarang, aku tidak boleh hendak bangga dengan komputer biasa. Kerana passion aku hanya pada Apple. Itu hakikatnya. Dan Apple tiada yang boleh kamu pasang sendiri.

Jadi, kamu kena faham bila orang datang tanya aku mengenai komputer dan pemasangan, aku akan beri spesifikasi terbaik berdasarkan harga yang mereka mahu bayar. Kalau mereka kata RM1500, aku akan beritahu mereka setiap satu komponen komputer yang sesuai dalam lingkungan harga tersebut. Kerana aku tidak langsung mahu ambil sesen duit mereka. Aku tidak pasang komputer, jadi perlu apa aku beritahu orang mengenai harga komponen komputer yang dua tiga ratus lebih murah dari harga bajet mereka.

Kemudian aku terfikir. Kalau sudah begitu, siapa pula yang akan pasang nanti? Berapa yang mereka akan dapat kalau mereka berniaga untuk pasang komputer? Bodoh juga aku ye.  Hahaha. Ah, malang juga kawan aku bila aku bagitau bos spesifikasi sebegitu dengan harga begitu. Patutnya aku letak spesifikasi yang lebih rendah pada harga bajet bos. Kurang-kurang kawan aku boleh dapat untung. Tapi aku tak fikir la sebab aku dalam mode penasihat, bukan penjual.

Tapi okay juga kita tak untung awal-awal ini. Kita buat yang terbaik kepada pelanggan awal kita. Supaya mulut pelanggan kita tu boleh ceritakan kebaikan kerja dan produk kita. InsyaAllah akan lebih ramai datang kepada kita untuk mendapatkan perkhidmatan. Betul tak? Hari ini kita rugi, esok mungkin rezeki kita lebih baik.

Tapi maaflah, aku sudah tidak berminat pasang komputer. Jangan suruh lagi. Tanya dan minta pendapat boleh tapi ingat, aku akan beri spesifikasi pada harga mengikut bajet kamu. Tapi kamu kena ingat, orang yang pasang itu berniaga. Mereka tetap mahu keuntungan. So, jangan harap mahu dapat komputer berharga RM2000 dengan kos barang hampir RM2000. Kamu cuma akan dapat barang yang berharga lebih kurang RM1500. Itu saja. RM500 adalah tanggungan waranti dan servis percuma yang pemasang akan cas.

Kalau kalau kawan kamu ada buat pemasangan dan kamu minta dia pasang, kalau kamu mahu dia pasang pada harga RM2000, dan kamu mahu barang harga RM2000, jangan lupa bayar upah pasang dia dan juga upah servis percuma serta waranti.

Ingat senang pasang komputer?

Baris-Baris Kata - 1

Aku yang menunggu, seperti seribu tahun lamanya. Lima hari dia menyepi tanpa berita. Sejauh mana semua ini sedang berlangsung, tidak sejauh hingga aku mengetahui segalanya.

Baru setakat itu; mengenali diri dan menghargai antara satu sama lain. Aku seperti berputus asa. Maka, sehari-hari sepanjang masa itu, aku tidur lama semahu aku dan aku tidak tidur langsung, semahu aku juga. Akibatnya masa menjadi keliru dan sekurang-kurangnya dia dapat aku ketepikan sementara.

Kemudian, telefon berbunyi.

"Awak, apa khabar?"
"Baik saja. Sihat?"
"Tak sangat. Awak, saya minta maaf tak balas mesej awak."
"Tak mengapa."

"Saya kurang sihat la, wak. Kepala asyik rasa pening bila berbaring."
"Tekanan darah, mungkin. Baik awak pergi jumpa doktor."
"Tekanan darah? Darah saya okay je awak."
"Mana la nak tau. Mungkin bukan darah tinggi. Mungkin low blood."
"Ye ke awak? Kalau macam tu saya pergi la nanti."
"Ye, pergi. Janji awak sihat nanti."

"Awak, saya nak jumpa awak boleh? Hari ini ke. Esok ke?"
"Boleh, bila-bila pun boleh. Nak datang hari ni ke?"
"Kalau hari ni, sekejap sangat kot."
"Esok pun boleh datang. Saya tak banyak kerja sangat."
"Okay, saya datang esok. Kita pergi tempat haritu ye, awak."
"Tempat mana ni?" - padahal aku tahu, cuma aku pelik.
"Alah, di Presint 9 tu."
"Boleh. Takde hal."
"Okay, saya datang jumpa awak esok ye."

"Eh, pukul berapa nak datang ni?"
"Saya ingat nak datang petang. Boleh kita sembang lama sikit"
"Okay, tapi pukul berapa?"
"Kalau jumpa pukul 4.00, kita sembang sampai pukul 8.00. Tapi kalau jumpa pukul 3.00, kita boleh sembang sampai pukul 9.30." - Aku ketawa. Dia ketawa.
"Pandai lah awak. Pukul 4.30 boleh? Saya nak pastikan takde kerja tambahan bos suruh buat lewat petang nanti."
"Okay, boleh wak... Saya tunggu awak pukul 4.30 di tempat haritu ye."

"Awak sihat ke?"
"Saya sihat je. Awak tu yang tak sihat."
"Mungkin sebab saya tak makan kot."
"Eh, tak makan? Kenapa nak diet lagi ni? Dah elok kan."
"Tak, saya tak diet dah. Cuma kurang makan je."
"Ada orang risau awak tak sihat."
"Awak janganlah risau ye. Awak pun jaga kesihatan awak. Makan tau, jangan lupa."
"Pandai je nak nasihat orang suruh makan. Awak tu yang kena makan." - Dia ketawa. Aku ketawa.

"Okay lah ye, wak. Saya nak masuk meeting ni."
"Okay, jaga kesihatan."
"Ye. saya datang jumpa awak esok ye."
"Saya tunggu."

Begitu, baris-baris kata. Hilang duka lima hari dalam sunyi. Sungguh indah dunia ini walau hanya untuk seketika itu. Esok aku tunggu. Ada bersama nanti, tiga kuntum ros merah sebagai melunas janji lama. Tapi itu dia tidak tahu. 

8.1.09

Baris-Baris Kata - Prolog

Aku tamatkan siri Menilai Hidup Ini. Rasanya sudah cukup panjang. Seterusnya aku mulakan dengan siri ini pula, Baris-Baris Kata.

Bukan bertujuan sebagai tanda bermulanya sesuatu. Cuma sejak dulu lagi aku fikirkan, kalau aku hendak menulis cerita-cerita yang bersambung, sekurang-kurangnya perlu ada tajuk yang sesuai dan menarik.

Sebenarnya, tajuk Baris-Baris Kata ini bukanlah tajuk baru. Aku pernah guna ayat tersebut sebelum ini dalam post aku bertajuk Baris-Baris Kata Dengan Seribu Cerita. Cuma kali ini aku ringkaskan sedikit dan aku tumpukan penulisan dalam siri ini kepada bicara antara aku dan dia serta mungkin watak-watak lain sekiranya aku fikir sesuai.

InsyaAllah aku akan sambung dan mulakan secepat mungkin. Tunggu saja, Baris-Baris Kata.

Low Man's Lyric


Low Man's Lyric - Metallica

My eyes seek reality
My fingers seek my veins
There's a dog at your back step
He must come in from the rain
I fall 'cause I let go
The net below has right away
So my eyes seek reality
And my fingers seek my veins
The trash fire is warm
No one's safe from the storm
And I can't bare to see
What I've let me be
So wicked and worn

So as I write to you
What is dawning to do
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me

My eyes seek reality
My fingers feel for flame
Touch clean with a dirty hand
I touched the clean to the waste

The trash fire is warm
No one's safe from the storm
I can't bare to see
What I've let me be
So wicked and worn

So as I write to you, yeah
What is dawning to do, yeah?
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me
Please forgive me
Please forgive me

So low the sky is all I see
All I want from you is forget me
So you bring this poor dog in from the rain
Though he just wants right back out again

And I cry, to the alley way
Confess all to the rain
But I lie, lie straight to the mirror
One I've broken, to match my face

The trash fire is warm

No one's safe from the storm
And I can't bare to see
What I've let me be
So wicked and worn

So as I write to you, yeah
What is dawning to do, yeah?
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me
Please forgive me

So low the sky is all I see
All I want from you is forget me
So, you bring this poor dog in from the rain
Though he just wants right back out again

My eyes seek reality
My fingers seek my veins

====

Lagu lama. Tetap menarik dan penuh makna.

Menilai Hidup Ini - Babak 17



Tamat.


7.1.09

20 Tahun Dulu, Hari Ini

20 tahun dulu pada hari ini, aku mendaftar masuk sebagai pelajar di MRSM Balik Pulau. Sebentar tadi baru sedar setelah membaca emel dari rakan-rakan lama.

20 tahun. Sungguh lama. Dua per tiga daripada usia.

Ayah, emak, adik, arwah nenek dan saudara yang menghantar aku. Pesan arwah nenek masih aku ingat;

"Hang belajar rajin-rajin. Kita ni dari keluarga susah. Dulu ayah hang jual kuih sebelum pegi sekolah. Naik perahu nak pergi sekolah."

Malangnya aku tidak patuh dengan pesanan arwah nenek. Tetapi aku tetap bersyukur diberi peluang untuk belajar di situ. Banyak tempat aku pergi sebelum dan selepas itu, tidak ada lagi yang boleh dibandingkan pengalamannya ketika berada di maktab.

Nombor maktab, 89031 masih aku ingat. Orang yang ke-31 mendaftar. Kiranya awal juga.

20 tahun sudah berlalu. Kenangan di sana masih segar dalam ingatan.

Seharian

China Doll

Aku gelarkan seorang PA di pejabat, China Doll. Dia potong rambut pendek di hadapan dan biarkan panjang di belakang. Cute, memang macam anak patung. Minggu lepas bila jumpa dia setelah lama bercuti, dia tunjukkan sebiji jerawat di pipi.

"Tengok ni, jerawat! Teruknya."
"Alah, comel lagi."

Itu je aku mampu jawab. Dia sudah hampir setahun diet tidak makan nasi. Beratnya dari 60 kilo lebih turun menjadi 40 kilo lebih. Kira, sumber inspirasi aku untuk turunkan berat badan juga. Tapi buat masa sekarang, aku semakin banyak makan.

Mungkin kerana aku tidak cukup tidur.

Alasan.

Esok aku mahu cakap kepada PA supaya pakai cheong-sam. Baru jadi China Doll betul. Hah!

Telefon

"Awak, sejak ada dia, call saya pun tak nak."
"Ye ke? Awak tu yang selalu takde."

Kemudian aku periksa telefon bimbit. Kali terakhir aku terima call, kelmarin. Pakcik yang telefon. Kali terakhir terima sms, petang tadi dari kampung. Memang aku tidak ramai kawan rupanya. Atau kawan-kawan aku sengaja malas telefon aku. Baiklah, aku pun malas telefon kamu lagi.

Merajuk lah tu kononnya.

Kadang-kadang aku menyesal juga beli telefon bimbit ratusan ringgit. Kalau aku terima 2 - 3 panggilan sehari atau terima 2 - 3 sms sehari, boleh kata berbaloi jugalah. Tapi hendak terima panggilan atau sms sekali sehari pun susah. Baik saja aku pakai telefon bimbit murah yang boleh aku buang sekiranya tidak diperlukan.

Kamu atau apa perkara paling aktif aku buat dengan telefon?
  1. Jadi jam loceng mengejut aku bangun pagi (sejak akhir-akhir ini sentiasa gagal);
  2. Jadi kalendar; dan
  3. Main games Paris Hilton's Diamond Quest. Hahaha.
Oh, tunggul kayunya aku ini.

Pasang Komputer

Bos datang ke kubikel sebelum dia balik. Dia tunjukkan aku sekeping kertas bertulis spesifikasi komponen komputer dan anggaran harganya. Aku memang tahu dia mahu beli komputer baru. 

Spesifikasi dan harga yang diberikan oleh seorang rakan pejabat tu (yang sibuk membuat promosi pemasangan komputer dengan harga paling menarik di pasaran - kata dia lah) agak mahal dari sepatutnya. Mungkin dia sudah kira sekali dengan kos waranti (bukan gerenti ye).

Lalu aku tunjukkan price-list dari Lowyat.net dan menerangkan kepada bos apa perkara yang perlu diberi perhatian bila beli komputer. Dalam hati hendak saja aku suruh dia beli iMac, selesai kerja. Tapi rasanya bos lebih selesa dengan komputer biasa. Jadi aku katalah pada dia, yang penting RAM tinggi dan barang bila pasang, boleh berfungsi dengan baik. Kalau dulu semasa aku buat bisnes pasang komputer, setiap komputer yang siap dipasang aku akan biarkan beroperasi dan menjalankan set-set ujian selama 24 jam untuk memastikan ianya stabil dan berfungsi dengan baik. Barulah selepas itu aku serahkan kepada pelanggan.

Aku tidak tahu cara orang lain. Jadi aku berikan spesifikasi mudah kepada bos;
  • Prosesor - Intel Core 2 Duo E4700 dengan 3MB L2 Cache dan 1066MHz BUS. Aku terangkan cache tu seperti memori juga, lagi besar lagi bagus dan BUS tu seperti highway, lebih laju, lebih bagus. Basic orang biasa nak tahu. Tidak perlu teknikal sangat. RM400
  • Motherboard - aku suruh cari jenama Asus (kerana aku tahu ianya baik) dengan harga anggaran sekitar RM200 - RM250. Kurang daripada itu, kita sebenarnya beli barang lama. Lebih daripada itu, tidak berbaloi kalau sekadar hendak buat word processing dan surfing internet.
  • RAM - Dua keping 2GB DD2 800MHz (total = 4GB). Lebih daripada itu, tidak ada guna untuk Windows XP dan Vista. DDR2 1066MHz masih mahal. RM140
  • Sound Card dan Graphic Card terbina dalam (bos cuma mahu surfing dan buat word processing)
  • 320GB HDD SATA2 - Ikutkan bagi aku agak kecil buat masa sekarang tapi dengan harga cuma RM165, ianya cukup berbaloi. Aku yakin bos takkan simpan movies dalam hard disk.
  • DVD RW - Dengan harga sekitar RM80 - RM100, sudah boleh dapat yang baik.
  • Floppy Disk - Perlu lagi ke?
  • Casing - Kerana spesifikasi yang dikehendaki agak rendah, maka casing tidak perlu gila-gila mahal. Biasa saja pun sudah cukup. RM150
  • Monitor - LCD sekarang sudah murah. 19" boleh dapat bawah RM500. Mana ada orang offer LCD 14" lagi sekarang? Gila apa?
Itu saja perkara asas yang perlu untuk pasang sebuah komputer yang okay. Anggaran kos, tidak lebih RM1200, kalau tidak termasuk monitor.

Bos kata dia akan pulang dan fikir balik. Isk, kesian juga. Aku pun tidak boleh nak serang rakan pejabat tak tentu pasal. Itu bisnes dia. Tapi aku rasa harga yang dia beri tidak berbaloi. 

6.1.09

Serangkai Tiga





Serangkai tiga gambar suasana bekerja. Ada lebih kurang 30 buah design buku yang perlu disiapkan dalam masa terdekat.

Entah kenapa, aku suka pula guna effecti ni dalam PhotoBooth iMac ni. Nampak macho. Hahaha. Tidaklah. Nampak lebih cool rasanya.

Antara Dua Dunia

Ada seorang perempuan india tua yang selalu duduk di sebuah kerusi depan rumahnya.

Setiap petang bila balik dari kerja, pasti aku akan menyapa dia;

"Hello Auntie."

Selalunya dia akan tersenyum sambil melambai tangan. Ada kalanya dia akan bersuara dan bertanyakan sesuatu kepada aku. Entah apa yang dia tanya, 90% daripadanya aku tidak faham. Aku tahu dia berbahasa Malaysia, tetapi kerana suaranya agak halus, susah hendak aku agak apa yang diperkatakan. Biasanya aku akan senyum saja.

Aku terkenangkan arwah atuk aku yang selalu duduk di beranda belakang rumah menghadap jalan raya utama di Kuala Kangsar, sekitar awal 80an. Bukanlah ada kerusi pun, atuk cuma duduk di atas pangkin kecil dan sentiasa merenung ke arah jalan. Mungkin dia terkenangkan masa lalu. Sebelah pangkin tersorok sebilah pedang. Ketika itu aku fikir ianya pedang Jepun. Lama kemudian baru aku sedar bahawa itu adalah pedang sewaktu atuk berkhidmat sebagai ahli bomba.


Gambar atuk dan ayah sekitar awal 80an. Dua budak kecil di hadapan adalah adik-adik aku. Aku masih menetap di Gerik, Perak ketika ini. Setiap kali "balik kampung" ke Kuala Kangsar, aku akan duduk dengan atuk di beranda belakang. Aku sudah tidak ingat apa yang dibualkan. Tapi atuk memang orang yang baik. Tidak segarang arwah nenek.

Aku fikir dia melalui hidup dengan sepenuhnya. 

Aku melihat auntie dekat rumah aku sebegitu juga. Dia sudah melalui hidup dengan sepenuhnya. Dia cuma perlu duduk di kerusi itu dan mengenangkan kembali saat-saat itu.

Tidak seperti aku; berkejar kesana kemari, mencari entah apa. Masih belum ditemui.

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau Lagi

Post aku sebelum ini mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau mendapat dua respon. Kedua-duanya memberi cadangan agar Ansara atau bekas pelajar saja yang membina laman web yang ada kandungan mengenai peristiwa lama atau aktiviti yang lepas.

Pertamanya, aku harap kamu faham tujuan kenapa aku tulis post tersebut. Aku harap laman web tersebut boleh jadi one-stop-centre atau portal ulung daripada mengharapkan beberapa laman web lain melakukan perkara yang sama. Lebih mudah untuk sesiapa saja akses, termasuk bekas pelajar dan juga bekas guru. Kalau kita mahu wujudkan komuniti berasingan antara maktab sekarang dan bekas pelajar/guru, boleh. Tapi ianya kurang menarik dan seperti tiada sinambungan. Seperti,

"Kamu sudah keluar dari institusi ini, jadi buatlah hal sendiri."

Adalah lebih menarik kalau laman web rasmi maktab boleh dijadikan penghubung antara perkara yang lepas, sekarang dan masa akan datang. Ada juga sebab orang mahu datang berkunjung ke web tersebut selain dari memeriksa keputusan peperiksaan atau aktiviti semasa semata-mata.

Mengenai perlu kerjasama dengan bekas pelajar, aku rasa tiada masalah. Cuma pemilik web perlu berusaha untuk mencari mereka (bekas pelajar) yang komited untuk menyumbang tenaga dan mungkin modal untuk menghasilkannya. Pasti ada, insyaAllah.

Saya juga tidak bersetuju dengan komen seorang respondan mengenai laman web tersebut bersifat akademik semata-mata. Maktab yang aku kenali dulu amat hebat dalam semua bidang. Jadi, membuat limitasi kearah akademik semata-mata sebenarnya memperlihatkan sempitnya ruang untuk kita berimaginasi dan berkreativiti. Kalau laman web tersebut benar-benar diusahakan, ianya boleh menjadi tempat tumpuan pelajar, guru, bekas pelajar, bekas guru dan sesiapa saja untuk berkongsi banyak perkara melaluinya.

Aku fikir, itulah idea asal internet, berkongsi. Bukan membuat limitasi. Maaf kalau kamu masih tidak bersetuju. Aku lihat potensi yang lebih besar melalui laman web tersebut.

5.1.09

7 Perkara

Aku kena Tag oleh Bayah. Ikutkan, aku memang tidak pernah kena sebelum ini. Kira ini yang pertama kali dan nampaknya amat susah juga untuk aku jawab; Tag 7.

7 ciri pasangan idaman anda:
  1. "Sempurna" di mata dan hati ini.
Cukup.

7 jenis pasangan yang tidak pernah anda minati sepanjang hidup:
  1. Merajuk tak sudah. Aku tak reti pujuk, tau tak.
  2. Awek orang. Heh.
  3. Ntah...
Aku jarang tengok buruk orang. Itu masalahnya. Tapi orang masih kata aku memilih.

7 perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati:
  1. Seram sejuk
  2. Suka gila
  3. Panik
  4. Bahagia
  5. Marah (heh...)
  6. Damai
  7. Seperti diri ini terapung dalam hembusan bayu. Begitu.
7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:
  1. Bora-Bora, Kepulauan French Polynesia
  2. Milford Sound dan Mitre Peak, New Zealand
  3. Florence, Itali
  4. Crete, Greek
  5. Karambunai, Sabah
  6. Melihat matahari berlabuh di mana-mana pantai
  7. Gerik, Perak. :-) Kampung aku sendiri. hahaha...
7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia:
  1. Bunga ros (seorang gentleman patut melakukannya)
  2. Buku
  3. Segala kebahagian yang dia mahu dan ingin aku berikan...
7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda:
  1. Falling Slowly - Glen Hansard
  2. Menunggumu - Chrisye
  3. Hari Ini, Esok dan Seterusnya - Nirina (serius ni... hahaha.)
  4.  Now And Forever - Richard Marx
  5. Julia - The Beatles (mestilah aku tukar nama dalam lagu tersebut kepada nama dia...)
  6. And I Love Her - The Beatles
  7. Lagu aku sendiri... ada lah. ;-)
Ye, aku tahu, The Beatles ada 2 buah lagu dalam list ni. Kalau kamu belum pernah dengar, pergi dengar. Ada yang tak berkaitan, cuma gaya nyanyian lagu tersebut, menarik.

7 rakan yang anda Tag dan mahu mereka buat 7 perihal ini:
  1. Mazlina (Heh!)
  2. Fatim (Heh Heh!)
  3. AYP
Dan sesiapa saja.

Aku sebenarnya tidak suka terikat dengan limitasi. Bila aku lihat tujuh, aku lihat limitasi. Tidak boleh kurang, tidak boleh lebih. Aku jadi kurang selesa. Tapi aku peduli apa. Aku jawab setakat mampu. 

Kalendar

Dek terlampau rajin dan kurang kerja, aku buat kalendar sendiri. Hasilnya seperti di bawah. Tiru/ambil boleh, takde hal. :-) Tapi itu semua muka aku.