Novel pun belum sepenuhnya bergerak.
Bisnes pun belum bergerak juga.
Kerja pun banyak yang masih sangkut.
Apa nak jadi? Entah.
Sejak beberapa hari ini, aku ada masalah dengan makan. Makanan banyak. Macam-macam pilihan ada. Tapi sejak aku 'sedar' itu ini aku tak boleh nak makan, susah juga nak lalui hari-hari dan berfikir apa yang patut aku makan hari ini. Kalau dulu, jalan ringkas aku akan terus ke restoran makanan segera saja. Sekarang, dengan aku membuat larangan (kurangkan sebenarnya) terhadap makanan yang berisi daging ayam dan lembu, pilihan aku dari 10 jadi 2 saja. Ikan dan sayur.
Aku sebenarnya tidak ada masalah makan sayur. Aku bukanlah anti sayur. Tapi aku memilih dengan sayur yang aku makan. Jenis-jenis kobis tiada masalah. Aku kurang makan sayur seperti sawi, peria, bendi dan beberapa lagi sayur yang dulu bila aku makan, terasa pahit. Akal budak kecil, mana suka pahit. Jadi, beberapa hari ini aku pergilah ke pasaraya. Kononnya hendak membeli salad segera yang sudah berbungkus (boleh terus makan). Mulanya di Cold Storage Alamanda. Harganya jauh lebih mahal dari biasa aku tengok. Aku ke Carrefour Alamanda, langsung tidak jual.
Esoknya pula aku ke Jusco depan rumah. Ada salad yang aku cari. Cuma bila aku tengok tarikh luput, sudah luput beberapa hari lepas atau akan luput esok hari. Baru aku teringat, orang masih menyambut Tahun Baru Cina jadi stok mungkin tiada. Kalau nak suruh aku buat sendiri, jangan harap. Merugikan saja.
Jadi penyelesaiannya aku makan makanan yang tiada ayam dan daging di dalam masakan. Padahal benda-benda lain yang boleh menggemukkan tetap ada. Itulah, susah hendak menjaga makan dalam dunia yang penuh dengan makanan yang tidak sesuai untuk orang yang mahu menjaga makan.
Pengajarannya, bersenam lebih baik dan lebih menjimatkan kos daripada cuba hendak menjaga makan kerana hendak sihat. Kalau di negara barat, mungkin boleh. Mungkin. Tetapi di Malaysia dengan juadah yang bermacam dan enak, cara paling kejam adalah menjahit mulut kamu sendiri. Realitinya begitu. Ya, bersenam. Itu lebih baik.
Tapi, ada masa ke hendak bersenam?
2 comments:
salam.
di Mydin salad/sayuran murah harganya & segar. boleh buat sandwich- buh salad, tuna atau telor rebus (ambil putih je). tapi jalan paling baik.. banyakkan bergerak dan minum banyak air untuk meningkatkan metabolisme.
cik idan, saya ada jumpa dvd collection anime dari Studio Gibli (betul ke saya sebut ni?) kat MPH. Ada 9 cerita antaranya Kekoro(betul ke nih?), Whisper of The Heart dan Kiki Delivery Service. Harganya RM 69 di MPH Alamanda. Macam nak beli tapi tunggulah bulan depan :) Tertarik bila tengok klip video yang awak letak tempohari :)
Dear.
If you need profitable currency trading software and fxpro metatradre please
[b]Download[/b] here http://forexmarkt.us/user/dear.html
Post a Comment