27.1.09

4 Pagi

Masih belum tidur? Engkau terkenangkan sesuatu yang lama dulu. Pasti ianya kenangan yang paling indah. Kerana engkau diam tersenyum mengenangkannya.

Begitu juga aku. Masih belum tidur. Kerana aku sedang menikmati irama dan lagu daripada Zee Avi dan Yuna. Sambil  terkenangkan dirimu. Kerana suatu masa dahulu kita pernah damai bersama. Walau itu hanya untuk sementara waktu, cukup buat aku kenang sepanjang masa.

Seperti sewaktu memandu pulang dari kotaraya yang pernah kita selami suatu waktu dahulu. Pandangan aku hanya terkenangkan dirimu saja. Seperti di hati ini bersuara,

"Datanglah kembali. Aku sedang menunggu."

Pasti engkau takkan kembali. Itu kepastian yang mati. Tidak boleh lagi hendak aku kejar walau hanya bayang-bayang dirimu. Jadi, aku hanya boleh kenangkan dirimu. Itu saja. Cuma sedikit berharap. Sedikit saja walau aku tahu aku tidak harus melakukannya. Tidak mengapa. Mereka tidak tahu. Engkau juga takkan mengetahuinya.

Masih belum mahu tidur? Mahu aku dodoi dan nyanyikan di sisimu lagu-lagu indah? Tidak, suaraku tidak lunak merdu untuk dirimu lena damai. Aku cuma ingin bahagiakanmu. Itu saja.

Kalau tidak kerana jari ini langsung tidak mampu bergerak lagi, akan aku tulis baris-baris yang lebih panjang. Maaf

3 comments:

Wan08 said...

Hi... saya mengikuti catatan anda secara kebetulan mulai dua - tiga bulan yang lalu. Ada sesuatu yang menarik tentang catatan anda dan mungkin diri anda. Jari jemari anda masih sakit. Kalau bisanya pada setiap sendi, nasihat saya pergilah periksa darah anda. Berkemungkinan besar anda ada gout. Apa-apa pun selamat berkenalan. Doa saya agar anda segera sembuh.

frossonice said...

Terima kasih. Saya pun fikir ianya Gout. Tapi sendi-sendi lain tidak sakit. Nanti esok akan ke klinik untuk pemeriksaan.

Ini orang yang jenis tak reti nak jaga kesihatan.

frossonice said...

Saudara Wan08,

rasanya teratakhidayah.blogspot.com itu adalah milik saudara. Kalau melihat dari segi konsep (berdasarkan tiga posting di situ), ianya sesuatu yang menarik dan boleh dipanjangkan lagi. Cadangan saya, tulislah pengalaman saudara dalam kehidupan seharian dan untuk lebih menarik, ceritakan pengalaman kehidupan seharian masa lalu saudara. Kemudian bandingkan dengan keadaan masa sekarang dalam bentuk paling mudah atau sinikal.

Terima kasih sekali lagi kerana membaca blog ini.

Post a Comment