Pertamanya, aku harap kamu faham tujuan kenapa aku tulis post tersebut. Aku harap laman web tersebut boleh jadi one-stop-centre atau portal ulung daripada mengharapkan beberapa laman web lain melakukan perkara yang sama. Lebih mudah untuk sesiapa saja akses, termasuk bekas pelajar dan juga bekas guru. Kalau kita mahu wujudkan komuniti berasingan antara maktab sekarang dan bekas pelajar/guru, boleh. Tapi ianya kurang menarik dan seperti tiada sinambungan. Seperti,
"Kamu sudah keluar dari institusi ini, jadi buatlah hal sendiri."
Adalah lebih menarik kalau laman web rasmi maktab boleh dijadikan penghubung antara perkara yang lepas, sekarang dan masa akan datang. Ada juga sebab orang mahu datang berkunjung ke web tersebut selain dari memeriksa keputusan peperiksaan atau aktiviti semasa semata-mata.
Mengenai perlu kerjasama dengan bekas pelajar, aku rasa tiada masalah. Cuma pemilik web perlu berusaha untuk mencari mereka (bekas pelajar) yang komited untuk menyumbang tenaga dan mungkin modal untuk menghasilkannya. Pasti ada, insyaAllah.
Saya juga tidak bersetuju dengan komen seorang respondan mengenai laman web tersebut bersifat akademik semata-mata. Maktab yang aku kenali dulu amat hebat dalam semua bidang. Jadi, membuat limitasi kearah akademik semata-mata sebenarnya memperlihatkan sempitnya ruang untuk kita berimaginasi dan berkreativiti. Kalau laman web tersebut benar-benar diusahakan, ianya boleh menjadi tempat tumpuan pelajar, guru, bekas pelajar, bekas guru dan sesiapa saja untuk berkongsi banyak perkara melaluinya.
Aku fikir, itulah idea asal internet, berkongsi. Bukan membuat limitasi. Maaf kalau kamu masih tidak bersetuju. Aku lihat potensi yang lebih besar melalui laman web tersebut.
1 comment:
Idan, potensi yang dikekang manjadi limitasi kepada kita untuk membangunkan pemahaman institusi pelajar ke institusi kemsyarakatan dimana asimilasi berlaku secara harmoni berlaku. Jadi untuk itu aku setuju diadakan komentar dan brainstorming bagi membangunkan pemikiran semua yang terlibat. Kerana biarpun kita selalu mendengar celoteh cikgu ahmad senireka yang entah apa-apa dulu tu.. baru sekarang aku mula paham yang itu semua adalah persediaan kita kepada dunia politik, perang, sahsiah, kuasa dan wang. terimakasih cikgu..
Post a Comment