Agak anti-klimaks kerana waktu itu dia sedang sibuk berbual di telefon bimbit. Namun muka dia masih kelihatan terkejut. Segera dia tamatkan perbualan di telefon.
"Awak, cantiknya!"
"Ye, seperti yang saya janjikan dulu."
"Buat susah-susah saja. Awak beli bila ni?"
"Tengahari tadi."
"Besar bunga ros ni. Jarang nampak ros besar macam ni."
"Kata cina kedai tu, ini bunga import. Mungkin juga. Kalau di Cameron, bunga ros macam ni kecil saja."
"Terima kasih, awak."
"Takpelah. Saya kan dah lama berjanji hendak berikan bunga ros kepada awak."
Kemudian kami terus menuju ke Taman Warisan, Putrajaya. Minum petang sambil berbual mengenai hidup dan kerja. Cuaca mendung membataskan waktu.
Cukuplah walau hanya seketika itu.
"Awak balik nanti makan okay. Jangan pula makan bunga tu." - Dia ketawa. Aku ketawa.
"Tidak. Saya akan keringkan bunga ni."
1 comment:
so sweet =)terpfikir saat ni blum penah ade lelaki yg bg aku bunga.bkn senang lelaki nk bg bunga..perlu keberanian mungkin.
Post a Comment