Namun, kerana aku biarkan saja rasa sakit tersebut, ianya tidak mengganggu sangat aku. Dan sekarang, ianya agak selesa. Pelik.
Aku sudah mencari punca dan simptom di internet. Aku ramalkan apa yang berlaku di jari kiri aku sekarang adalah apa yang digelar Osteoartritis, (maaf, link ke Wikipedia Indonesia. Wikipedia Malaysia masih kekurangan bahan) iaitu degeneratif sendi (pengurangan rawan dalam sendi). Kalau merujuk kepada aku, ianya kemungkinan berpunca dari pemakanan seperti makan-makanan laut (udang, kerang dan sotong) serta makanan suplementari berasaskan susu (pelik juga ni).
Jadi aku kena berhati-hati dengan makan serta makanan sekarang. Seperti yang aku telah beritahu sebelum ini, diet yang aku selalu amalkan sekarang (diet dalam istilah jenis permakanan) lebih banyak bersifat karnivor atau pemakan daging dan amat sedikit herbivor.
Kalau mengikut jenis darah aku iaitu AB+, diet yang sesuai untuk aku adalah bersifat sama rata antara daging dan sayur-sayuran iaitu campuran diet dari jenis darah A dan B. Namun apa yang berlaku sekarang adalah aku mengikuti diet orang yang berdarah O.
Jadi secara automatik, badan aku yang selama ini berdarah AB tidak akan mampu menerima terlalu banyak diet bersifat daging dan berprotein tinggi yang amat aku gemari. Itulah salah satu punca aku senang gemuk dan amat susah untuk turun berat badan. Macamana sekalipun aku cuba mengurangkan berat badan, akibat daripada aku hanya memakan nugget, sanwich dan bahan-bahan protein tinggi, ianya langsung tidak membantu.
Jadi, mulai hari ini, diet aku perlu berubah. InsyaAllah. Jangan sesedap hati je nak makan.
2 comments:
laaaa...patut la. actually sy pun darah AB (adakah org kualer semua darah AB??) konon2 nak diet, makan banyak makanan high protien. kurang karbo. tapi camtu jugak... rupa2nya ajaran sesat.
kena tukar lagi.
*sigh*
Ya, sama juga. Terpengaruh dgn ajaran sesat selama ni. Mungkin semua orang Kuala darah AB. hehehe..
Post a Comment