Sekarang, aku perlu kumpul duit untuk dapatkan lensa baru. Lensa lama yang rosak akan aku hantar untuk dibaiki dan setelah kembali okay, aku akan jual. Tidak peduli berapa harganya nanti.
Itulah masalah kalau punyai hobi yang mahal.
Kemudian aku tersangkut di sini; apa yang nak aku tulis lagi?
10 minit kemudian...
Kelmarin aku beli sebuah novel karya Pramoedya Ananta Toer bertajuk Bumi Manusia. Aku masih belum membacanya, masih ada di atas meja di pejabat. Kadang-kadang rasa aneh juga. Bila waktu aku amat santai, tiada apa yang hendak dilakukan. Kemudian bila aku usahakan sesuatu untuk menghilangkan rasa bosan, mahu membaca novel contohnya, tiba-tiba datang kerja yang menimbun.
Sewaktu aku bercuti di Langkawi tempohari, perkara yang sama berlaku. Bila aku santai di rumah pada hujung minggu biasa, aku rasa dalam dunia ini cuma ada aku. Tidak ada sesiapa yang mengganggu. Tetapi apabila aku di Langkawi, di atas bot yang membawa aku dari pulau ke pulau, ada saja panggilan telefon dan SMS yang bertanyakan itu ini, mahu mengajar keluar, mahu berborak dan mahu mengadu masalah.
Kamu tahu bila aku dalam keadaan selesa, ya?
Aku tidak kisah. Cuma aku terasa sedikit aneh. Bukan sekali dua ini ianya berlaku. Sejak dulu lagi perkara yang sama terjadi. Mulanya aku fikir, mungkin kebetulan atau mungkin hanya aku yang terasa begitu. Tetapi apabila ianya terjadi berkali-kali, malah ada kalanya aku jangkakan ianya akan berlaku, maka ianya berlaku.
Aku balik rumah setelah selesai kerja lebih masa hujung minggu, tiada siapa yang menghubungi aku.
Aku bersiar-siar hingga ke Port Dickson setelah selesai kerja lebih masa hujung minggu, ada saja manusia yang menghubungi aku.
Aneh!
Tetapi biarkanlah. Aku lebih selesa menghadapi suasana yang biasa aku lalui. Kalau ianya tidak begitu, aku pasti akan berasa lebih pelik. Lagipun bukan aku tidak suka ianya berlaku begitu. Cuma kadang-kadang dalam keadaan aku sedang menikmati saat-saat tenang, telefon dan SMS kamu itu akan membantukan ketenangan aku. Kamu tidak nampak. Aku juga tidak beritahu kamu perasaan aku mengenainya.
Secara jujur, aku terasa diganggu. Secara jujur juga aku senang jika kamu menghubungi aku. Tidak perlulah, selepas daripada membaca post ini, kamu jadi risau. Bukan bermaksud aku marah atau jengkel. Cuma ada terasa sedikit pelik; kamu tahu aku sedang melakukan sesuatu ke?
Aku patut tanggalkan 'beacon' di badan...
2 comments:
salam.
saya mengganggu x?
hehe
Ehehe... Tak.
Cerita ini sebenarnya lebih simbolik dari maksud sebenar.
Post a Comment