Namun begitu, seperti ramai manusia di dalam dunia ini, kita amat susah hendak menerima kritikan dan kalau kritikan itu datangnya dari orang yang rendah pangkatnya daripada kita, ianya mungkin langsung tidak boleh diterima. Bagi kita, manusia yang mengkritik samalah juga dengan manusia yang cuba membunuh kita. Kita jarang sangat berusaha untuk melihatnya dari sudut yang positif. Aku tidak salahkan mereka. Budaya berfikir antara kita tidak sama.
Jadi aku pilih jalan mudah. Aku buang semua post yang berkaitan dengan pejabat. Aku harap kamu berpuas hati. Kerana kamu sebenarnya tidak faham apabila membacanya. Jadi aku tidak mahu menyusahkan kamu untuk berfikir dan mengadu kepada orang atasan aku mengenainya. Kamu boleh tidur dengan lena apabila mengetahui aku tidak lagi akan menulis apa-apa mengenai hal pejabat tempat aku bekerja. Harap juga kamu boleh berbangga kerana aku menuruti kehendak kamu.
Kalau masih ada post yang negatif mengenai orang dan hal pejabat kamu jumpa dalam blog ini, sila beritahu. Aku boleh buang yang itu juga. Tidak mengapa. Kamu "ada hak".
No comments:
Post a Comment