13.11.09

Bersunyian Di Bilik Hotel

Program di pejabat tamat siang tadi. Ramai yang sudah pulang. Rakan urus setia lain juga sudah pulang ke rumah masing-masing. Aku kembali ke hotel. Berseorangan dalam bilik hingga esok, aku mahu siapkan beberapa kerja sebelum sekali lagi pergi bertugas luar mulai hari ahad nanti.

Aku fikir aku lebih selesa berada di bilik hotel ini daripada di bilik sendiri di rumah. Aku pasti, sekiranya pada waktu ini aku berada di bilik rumah, aku sudah leka dengan internet dan bakal tidur tidak lama kemudian.

Sekarang aku mahu siapkan kerja. Siapa mahu temankan aku hingga esok pagi?

No comments:

Post a Comment