26.11.09

Melakarkan Potret Di Baris-Baris Kata

Siang tadi blog ini dihujani dengan komen dari seorang pengunjung. Begitu banyak komen yang ditinggalkannya dalam satu hari menyebabkan aku tergamam seketika. Kemudian aku melihat kembali post yang dikomen beliau.

Kadang-kadang aku keliru; betulkah aku yang menulis semua itu? Itu sering menjadi persoalan utama. Aku lupa isi cerita ratusan post yang aku paparkan di blog ini. Kemudian orang seperti kamu mengingatkan aku kembali mengenainya. Aku baca dan ada kalanya aku tersenyum sendiri.

Dulu aku tidak pernah menulis diari. Kalau ada, cumalah buku jurnal yang aku tulis buat seketika sehingga aku bosan dan aku tinggalkannya. Sekarang aku sudah menulis blog lebih sembilan tahun. Ketika Blogspot atau Wordpress masih mentah, aku menulis di laman web di mana aku terpaksa upload beberapa fail setiap masa ketika aku menghasilkan post terbaru. Semuanya dibuat secara manual. Pengunjung yang membaca cuma boleh meninggalkan komen di Guestbook atau ruang message board yang aku sediakan. Tiada kemudahan untuk mengomen setiap post yang aku hasilkan secara langsung.

Sekarang, seperti siang tadi, apabila aku menerima bertalu-talu komen dari seorang pengunjung, aku rasa sangat gembira. Ada juga yang sudi membaca bebelan aku. Ada cerita lama yang sudah aku lupakan, kembali menimbulkan kenangan akibat darinya.

Walaupun aku ada Facebook, aku lebih selesa di sini. Ini tempat aku menyendiri. Meluahkan rasa mengikut gerak jiwa. Jadi apabila ada manusia yang cuba menentukan arah tuju tempat ini, aku berasa kecewa. Kecewa kerana mereka tidak faham dan berfikir amat sempit. Kecewa kerana dalam keadaan kita begini, ada manusia yang berfikir mereka boleh menguasai orang lain kerana pangkat dan jawatan yang mereka pegang di pejabat, seluruh hidup orang lain di bawah mereka juga, mereka mahu kawal.

Kemudian aku terkenangkan penulis-penulis agung. Ada antara mereka terbeban dengan kekangan dan halangan yang maha hebat. Namun mereka tetap terus menulis dan berkarya kerana itu adalah nafas hidup mereka. Maka aku tidak boleh berputus asa hanya kerana ada manusia yang tidak faham dan naif.

Aku akan terus menulis dengan sebaik-baiknya di sini. Tahun hadapan juga aku sudah tetapkan satu matlamat; aku mahu menulis novel. InsyaAllah.

Aku tidak peduli kalau cuma ada 10 orang yang membacanya nanti. Itu sudah cukup menggembirakan aku. Blog ini di awal dulu cuma ada dua tiga orang pengunjung setiap hari. Sekarang, jauh lebih ramai. Jadi, begitulah. Aku pasti akan terus menulis sedaya mampu.

3 comments:

DaddyCool said...

Bravo...

Zulaikha said...

jgn peduli laa bro ape org nak ckp..
blog ni hak kite..
teruskan menulis selagi berdaya k..

halimatun sadiah said...

moga matlamat idan tercapai.pastinya novel itu akan membuahkan sesuatu dlm hati org yg membacanyer sepertimana sy membaca blog ini.
secara jujurnya lau keje xbyk sy akan bace blog idan dan cuber menghabiskan bace post2 dulu.ia sgt dekat dihati sy seolah2 terasa idan bercerita dihadapan sy.
teruskan usaha.gambat q(^-^)p

Post a Comment