Sudah tentu. Suatu ketika dulu, ianya sebahagian daripada hidup aku. Suatu ketika dulu, ketika aku masih mempunyai muse, sering saja aku menulis puisi untuk dirinya.
Sekarang kalau aku menulis puisi, ianya cuma bersebab tertentu. Untuk Fisya, anak Aliah. Untuk kerja dan pada waktu berterus terang adalah mustahil. Tetapi masih amat jarang. Kali terakhir mungkin pada awal tahun ini, rasanya.
Beberapa hari lalu, aku menonton kembali video animasi flash, kad ucapan hari lahir untuk Asyikin. Dalamnya penuh dengan puisi dan hampir semuanya ciptaan aku sendiri. Apabila aku membacanya, fikiran aku melayang memikirkan saat-saat aku menulis setiap baris kata-kata itu. Sering aku beritahu Asyikin agar menyimpan segala puisi yang pernah aku berikan kepadanya. Harap dia masih menyimpannya kerana rutin setelah aku menulis, aku akan terus mengirim puisi tersebut kepadanya. Aku tidak akan menyimpannnya.
Kenapa aku tidak berpuisi lagi seperti dulu? Kepada sahabat dan orang lain aku beritahu aku sudah kehilangan muse aku.
Realitinya, hidup ini tidak begitu menarik untuk dipuisikan. Lagi, aku sudah mempunyai kamera SLR yang sentiasa menjadi teman aku merakam saat-saat damai dalam hidup ini. Maka kata-kata sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Kamu juga pernah berkata; sekeping gambar membawa seribu makna.
Maka, fotografi adalah puisi aku sekarang. Setiap lakaran potret yang tergambar di lensa kamera adalah baris-baris kata yang cuba aku ungkapkan kepada kamu. Cuma sekarang, kamera dalam keadaan uzur. Maka, hidup ini agak suram sedikit daripada biasa.
Tidak mengapalah. Sementara tiada rakaman potret kehidupan sekeliling aku, aku akan menulis di sini sekadar mampu.
5 comments:
salam ziarah from ur silent reader..
i love ur writing =)
baru skrg terase nak appearkan diri..hehe..
teruskan berbloging n luahkan ape yg tersirat dlm hati anda utk dikongsi bersame.. =)
Terima kasih.
Saya akan terus menulis sedaya mampu.
idan...carilah muse baru...sememangnya dia takkan same dengan muse dulu.apa slhnya kiranya ia akan menjadi sumber ilham yg terbaik tuk idan.
sejarah mungkin berlaku...tetapi tidak dalam keadaan yg sama.
sejak mengenali blog ni sy mengerti ada lg yg lebih suram dari hidup sy.kadang kala membuat sy berfikir bagaimana dua orang yg suram seperti sy jika bertemu.mampukah mereka membuang kesuraman itu kerana hnya yang mengalami boleh merasainya dan mencipta ruang tuk mereka mencipta bahgia???
untuk itu sy menyedari hidup ni perlu bersyukur dan dinikmati walau sesuram mane sekali pon.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg berubah..
ternyatalah sy hnya mampu berkata dan tidak mampu tuk mengubah orang lain =)
laen mcm jer bunyinye cik halimatun sadiah?
tiada ape yg lainnyer.mungkin dibaca dlm nada lain sbb tu bunyinye lain.mungkin juga terlalu jauh berpikir =)
Post a Comment