Harapnya tahun hadapan, kerjaya aku bertambah baik, insyaAllah.
Bukan aku tidak mengharapkan hal-hal lain juga bertambah baik. Cuma rasanya perkara lain itu agak sukar hendak dicapai. Kadang-kadang terasa amat penat mengejarnya, masih tidak ada apa-apa hasil. Sebab itu aku tidak menaruh harapan yang tinggi.
Tetapi, harapnya dalam masa dua tiga hari ini, ianya boleh berubah. Tidak perlu aku jelaskan. Cuma aku tetap berusaha, walau pada hakikatnya peluang itu nampak kecil, sebesar debu. Harapnya juga, selepas daripada itu, aku tidak perlu risaukan lagi arah tujunya.
Biar kamu tidak faham. Aku tidak suruh kamu faham.
2 comments:
sy faham..
hehe..
=P
mak sy selalu ckp kiter kena cuber wpon peluangnyer sgt tipis..sekurang2nyer dipenghujungnyer kiter tau kiter kalah atau menang kiter berjaya atau tidak..paling tidak tidak kiter berjaya mencuba daripada tidak berbuat apa2.
Post a Comment