24.11.09

Sinopsi Seminggu Sibuk

Pertama, aku tidak balik Raya Aidil Adha nanti. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan sepanjang minggu ini dan minggu depan. Namanya pun dah korban, maka kenalah berkorban. Lagipun, aku sudah biasa tidak balik semasa Aidil Adha. Sambutannya di Kuala Kangsar tidak semeriah di negeri pantai timur.

Kedua, aku amat sibuk. Sudah aku sebutkan di perenggan pertama tadi. Sibuk dengan kerja. Betul kamu kata kerja sampai bila takkan habis. Tapi memandangkan ini kerja yang perlu aku buat, jadi aku abaikan saja apa yang kamu kata, ya. Selepas 6 Disember nanti, barulah aku ada masa terluang yang amat banyak, hingga penghujung Januari tahun hadapan, insyaAllah.

Kalau waktu itu kamu hendak ganggu atau ajak aku ke mana-mana, lakukanlah. Masa aku sibuk sekarang, maaf.

Tapi kadang-kadang pelik (aku sudah ceritakan sebelum ini). Beberapa hari sebelum aku menonton filem 2012 tempohari, telefon aku langsung tidak berbunyi. Tiada orang yang mengganggu atau menelefon. Aku baru duduk di kerusi pawagam sementara menunggu filem 2012 mula ditayangkan, telefon tidak putus-putus berdering (bergetar sebab dalam mod senyap). Panggilan demi panggilan yang masuk. Aku biarkan tidak berjawab. Anehnya, tidak pula mereka mahu mengirim SMS. Sekurang-kurangnya boleh aku baca dan jawab (walaupun ianya masih annoying di dalam pawagam).

Deria rasa kamu bergetar apabila aku sedang melakukan sesuatu perkara yang tidak mahu orang lain ganggu, ya?

1 comment:

jiwafaham said...

Salam dari saya. Ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha serta maaf zahir batin.

Berapa lama cuti dan berhari raya di mana... Putrajaya atau di kampung?

Jumpa lagi...

Post a Comment