Aku sedang merancang, dengan apa aku akan pergi ke sana. Mulanya aku fikir mahu memandu terus ke sana. Kemudian aku membelek jadual perjalanan AirAsia. Harga tiket cuma RM39 sehala. Pergi balik cuma RM90. Sungguh menarik. Cuma masalahnya, pada hari Khamis itu, aku perlu berada di JB sebelum malam. Sedang penerbangan ke JB cuma ada selepas senja.
Aku berkira-kira juga ingin menggunakan bas ekspres saja. Bas ke JB memang banyak mudah dapat. Cuma kali terakhir aku menaiki bas adalah bas pejabat. Aku sudah tidak seberani dulu untuk ke mana-mana dengan bas ekspres.
Agak dilema sekarang. Hari Khamis cuma tinggal empat hari lagi.
Ada sesiapa hendak tawarkan aku kereta berenjin besar (lebih besar daripada Kancil 850cc) yang aku boleh pandu dengan selesa ke JB? :-)
No comments:
Post a Comment