20 tahun. Sungguh lama. Dua per tiga daripada usia.
Ayah, emak, adik, arwah nenek dan saudara yang menghantar aku. Pesan arwah nenek masih aku ingat;
"Hang belajar rajin-rajin. Kita ni dari keluarga susah. Dulu ayah hang jual kuih sebelum pegi sekolah. Naik perahu nak pergi sekolah."
Malangnya aku tidak patuh dengan pesanan arwah nenek. Tetapi aku tetap bersyukur diberi peluang untuk belajar di situ. Banyak tempat aku pergi sebelum dan selepas itu, tidak ada lagi yang boleh dibandingkan pengalamannya ketika berada di maktab.
Nombor maktab, 89031 masih aku ingat. Orang yang ke-31 mendaftar. Kiranya awal juga.
20 tahun sudah berlalu. Kenangan di sana masih segar dalam ingatan.
2 comments:
salam
abg senior, sy pun dak MRSM bP, 2003339. org yg ke 339 mendaftar... rindu nak jumpa cikgu2
x melawat BP ke Senior?
aiyoh,memg BP byk mengajar..
Post a Comment