29.7.09

Kebun Sayur

Setelah sekian lama, baru aku berkesempatan mengunjungi ladang sayur-sayuran adik lelaki aku. Ianya tidaklah besar, namun cukup mengujakan. Cuma malang, ketika aku datang, ladang ini dalam proses penanaman semula. Maka, tiada shot cantik sayur-sayuran.


Kerja-kerja menggembur tanah menggunakan mesin.


Sebahagian daripada ladang sayuran milik adik. Bila aku tanya berapa besar kawasan tanaman sepatutnya, dia tunjukkan dari tempat dia berdiri itu hingga ke tepi sempadan lebuhraya. Agak luas. Tetapi masih tidak cukup, katanya. Dia masih berusaha untuk mendapatkan modal daripada Agrobank dan juga dua orang pekerja untuk membantunya nanti.


Baris-baris anak pokok yang baru tumbuh.


Anak pokok.. Err, aku lupa pokok apa.


Aku jumpa terjumpa sepetak ruang yang ditanam dengan terung. Bila aku tanya. adik aku menjawab bahawa tanaman terung ini tidak menjadi kerana faktor cuaca yang tidak menentu membantutkan pertumbahan pokok terung dan buahnya.

Kadang-kadang aku fikir; kalau kita lihat anak muda sebegini berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan pertanian dengan usaha kudrat sendiri, mana dia pihak yang bertanggungjawab untuk memberi bantuan kepada mereka?

Aku pasti, petani kecil seperti adik aku akan amat susah untuk memperolehi bantuan dari mana-mana pihak walaupun ada antara pihak tersebut ditubuhkan untuk membantu orang sebegini. Banyak alasan yang akan keluar dan banyak karenah birokrasi yang terpaksa dilalui.

Sepatutnya kerajaan lebih peka dengan golongan usahawan sebegini, bukan usahawan yang hanya tahu membodek dan mencium tapak kasut ahli politik sepanjang masa. Aku tahu, kerajaan pula akan berkata; sila tampil dan mohon bantuan, kerajaan akan tolong.

Tapi bagaimana?

Selalu aku lihat senario ini bertukar menjadi permainan puzzle atau rumah sesat. Mencari jalan penyelesaian seperti melalui lorong-lorong dalam rumah sesat.

Mungkin, aku fikir mungkin, kita sebagai orang biasa ini tidak penting dalam pembangunan negara sebenar-benarnya. Kita cuma pelengkap kecil. Small or even a very tiny player in nation building. A speck of dust. Ikan jerung besar tepi mereka mungkin jauh lebih berharga.

Fikir balik dan perbetul jalan yang ada. Bantu orang seperti adik aku, usahawan yang jujur tapi tiada ruang untuk menonjolkan diri. Bukan nak promote adik sendiri, tapi orang lain juga yang senasib dengan adik aku.

Are you willing to listen now?

No comments:

Post a Comment