Dua hari aku menyiapkan sebuah website untuk seorang sahabat. Beberapa jam untuk aku siapkan design dengan menggunakan Adobe Photoshop dan Dreamweaver. Sehari setengah berhempas pulas menyelesaikan web hosting yang tak masuk akal.
Domain name sudah dibeli beberapa bulan lepas. Cuma web hosting saja aku gunakan yang percuma. Lebih menjimatkan, pada fikirkan aku. Walaupun ada banyak perkhidmatan web hosting percuma (tanpa iklan), namun unt
uk mendaftar agak susah. Kena jadi ahli forum mereka, kena tapis dan juga kena tolak sebab katanya pengguna dari Malaysia selalu menyalahguna perkhidmatan mereka. Betul agaknya. Semakin banyak website lucah dari Malaysia sekarang. Kamu Google pasal benda lain pun boleh tiba ke website lucah dari Malaysia.
Sudah aku dapat beberapa web hosting percuma, aku cuba upload. Dari semalam hingga tadi, baru selesai. Hampir 10 web hosting aku cuba. Ada yang tidak boleh keluar gambar, ada yang tidak boleh keluar apa-apa pun.
Aku sudah lama tidak menghasilkan website. Lama sangat. Aku rasa sudah hampir 4 tahun. Kali terakhir aku buat website untuk diri sendiri dan itu pun aku guna teknik yang amat senang. Website yang aku buat ini pun agak senang juga. Tidak ada script, efek dan lain-lain. Cuma gambar, tulisan dan link saja. Kemudian aku buat link ke blog. Aku fikir pemilik website ini lebih mudah untuk update menggunakan blog berbanding kalau dia perlu edit website sendiri. Jadi, aku cuma buat satu muka depan sebagai portal untuk ke tempat lain. Jimat masa dan mudah.
Kalau kemudian nanti dia mahukan full-fledge website, aku perlu fikirkan masa dan teknik yang sesuai untuk menghasilkannya. Aku sempat lihat housemate menggodek website (dia pembangun website) menggunakan Liferay. Nampak menarik dan agak mudah. Tapi perlu belajar.
Aku sudah sakit kepala. Esok kerja. Rehat masih belum cukup, dan lapar.
No comments:
Post a Comment